12 August 2008

Perbincangan Hukum Islam Perlu Berlandaskan Iman

Kumpulan yang cuba menggugat kedudukan Islam dalam Artikel 11 dan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan diingatkan supaya tidak meneruskan sebarang aktiviti yang boleh mengeruhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Peruntukan perlembagaan tersebut jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan ia bukannya bertujuan untuk memencilkan mana-mana agama.

Sejarah juga membuktikan bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi bukan bermula semasa negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ia bermula sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kedatangan penjajah pada abad ke-16 juga tidak pernah mengacau’ kedudukan Islam, malahan memberikan kuasa mutlak perkara berkaitan Islam kepada raja.

Kes-kes yang melibatkan agama Islam perlu didengar di Mahkamah Shariah. Justeru, forum yang terbaik untuk menentukan status agama seorang individu Muslim ialah Mahkamah Shari’ah yang mempunyai bidang kuasa ekslusif di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan untuk mengadili kes-kes berkaitan agama Islam.

Mahkamah Shariah adalah merupakan platform terbaik untuk mengadili sesuatu kes yang melibatkan hal ehwal Islam secara khususnya. Mana mungkin hal ehwal mengenai hukum-hukum Islam boleh dibincangkan dengan menggunakan logik akal penganut bukan islam lebih lebih lagi dalam satu forum yang dikuatiri akan menimbulkan lebih banyak masalah dari menyelesaikannya. Untuk mengkaji atau mengadili sesuatu konsep dalam hukum Islam, ia perlu diselami bersama suatu faktor atau elemen yang tidak ada wujud dalam pengkajian ilmu duniawi yang lain yang lebih bersifat empirical iaitu konsep iman dalam Islam.

1 comment:

zelmey said...

Dan jadikan AL-QURAN sebagai bahan rujukan.