04 March 2009

BUKIT SELAMBAU: Umno seen likely to do better

PARTIES within Barisan Nasional, especially Umno and the MIC, are clamouring to put up their candidates for the up-coming by-election in Bukit Selambau.

Though the seat was last contested by MIC, I feel the leadership of MIC should make way for Umno to contest the seat.

By allowing Umno to contest the seat, MIC will have to sacrifice a seat which, by tradition, is theirs to contest.

But looking at the current political scenario, I doubt that any other party candidate within the BN will have a fighting chance against Parti Keadilan Rakyat.

I hope the BN will come to a compromise, whereby the Bukit Selambau seat is temporarily given to Umno and that the MIC will be assured of a replacement seat to contest in Kedah in the next general election.
I am not denigrating the strength and credibility of MIC and its candidate per se, but one must be realistic when looking at the issue.

As the Bukit Selambau electorate is more than 50 per cent Malay, it is best that MIC gives way and supports the BN coalition.

From Letters To The Editor NST March 4 2009


Read more!

Bila Anwar berbicara tentang moral

Berikut adalah petikan dari satu artikel dari Anwar Ibrahim di Utusan Malaysia hari ini; " Pakatan pembangkang mahukan DUN Perak dibubarkan & pilihanraya negeri diadakan kerana kami mempunyai kekuatan moral & keberanian untuk berdepan rakyat"

Sungguh pelik dan geli hati bila membaca kenyataan orang yang tak bermoral bercakap tentang moral. Dalam satu lagi kes yang melibatkan reputasi moral ADUN Bukit Lanjan, pendekatan penasihat PKR dalam menangani isu anak buahnya itu sungguh berlainan. Bila kena batang hidung sendiri, habis satu negara diporak-perandakan semata-mata untuk meraih simpati. Bila kena anak buah, terus dinasihatkan "bercuti" dan sebagainya.

Jika benar beliau berani berdepan dengan rakyat, janganlah kita lupa yang beliau jugak berani mengada-adakan "rancangan 16 September" yang sudah terbukti gagal. Beliau lah yang mula-mula menjaja idea lompat melompat ini. Ikut fahaman Anwar Ibrahim jika BN lompat ke Pakatan maka itu adalah tindakan mulia dan dipandang tinggi, tapi jika sebaliknya berlaku, pelbagai tomahan dan segala yang negatif dihamburkan, lihat sahajalah apa yang berlaku di Perak sekarang.

Wahai Saudara Anwar Ibrahim, cakap tuh biarlah berdisplin, jangan sekadar sedap mulut sahaja.


Read more!

24 February 2009

Wee dares Anwar to swear and show proof

Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong today challenged Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to swear and show proof that the Education Ministry had threatened to withdraw the school allocation if Pakatan Rakyat leaders were invited to officiate at a ceremony.

Wee described as "an utter lie" the statement made by Anwar following his appearance at the opening ceremony of a new school block at SJK(C) Sin Ming in Puchong on Sunday that he should not threaten the school for inviting PR leaders to attend events.

He said Anwar should not use an education institution as his political arena to gain cheap publicity.

"I challenge him to swear on whichever holy book he likes and I want to know from him when I made such a directive (to withdraw the allocation of the school)," Wee said at a press conference at the parliament lobby.

"The list of Chinese schools which will receive the RM23 million allocation has not even finalised (so) how could I order the withdrawal of funds?" he asked.

He said the ministry only gives out allocations to schools:

> which suffer from termite infestation;

> with Old buildings aged more than 50 years needing immediate repair;

> which need to build new classrooms; and

> for replacement of broken furniture.

Wee said the ministry will send a team to access the situation based on the school‘s application before determining n the amount of money to be approved.

He said a team will be sent to Sin Ming this week.

"Sin Ming’s board of governors came to see me on Feb 11 to tell me about the termite infestation in the school and that it needed RM120,000 to repair the classrooms," he said.

"I was also told the school might invite Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim to officiate at the opening of the new four-storey block of classrooms and that Khalid would make a donation to the school.

"So I told them why don’t we wait and see how much the MB was going to donate and decide how much is still needed for the school to repair the (termite-infested) classrooms," Wee said, adding he did not threaten the board of governors that he would withdraw the funds.

Wee said the Opposition is trying to politicise the situation because if the ministry decides give the money, the allocation will be claimed as an effort by the PR to fight for the school and if the application is rejected, "they will tell the people the ministry has taken its revenge on the school".

The list will be finalised at the end of the month.

He also denied that the ministry would give out an instruction to stop teachers from attending school events.

"The board of governors had, in the beginning, told us the MB might be coming to the school but never mentioned about inviting the ministry and I only got the invitation in the morning," he said.

Sources The Sun Online


Read more!

19 February 2009

HRH Sultan Azlan Has Done His Part

In the Perak crisis, the Sultan, who is no stranger to interpretation and rule of law, acted in accordance with the State constitution.

Article 16 (2)(a) states, “His Highness shall first appoint as Mentri besar to preside over the Executive Council a member of the Legislative assembly who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the assembly,”.

Article 16(4) states, “In appointing a Mentri Besar, His Highness may, in his discretion, dispense with any provisions in the Constitution of the State restricting his choice of a Mentri Besar, if in his opinion it is necessary to do so in order to comply with the provisions of this article.”

Article 16(6) states, “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative assembly, then, unless at his request His Highness dissolves the Legislative assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council (emphasis added).


Read more!

16 February 2009

Isu Saman Sultan – Kenapa Pemimpin Melayu Pembangkang ‘Menikus’?


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya mementingkan diri tidak berani berkata benar apabila enggan mengulas Titah Sultan Selangor yang melahirkan rasa dukacita terhadap perkembangan yang mempersoal kewibawaan dan kedaulatan Raja berhubung isu kemelut politik di Perak sekarang.

“Soal (kenyataan) Sultan Selangor berhubung isu itu saya tidak mahu ulas, sebab sekarang isu berkaitan (Sultan) selalunya saya tak nak ulas, termasuk Sultan Kelantan sendiri,” katanya.

Hakikatnya di sini Menteri Besar Kelantan itu ‘play safe’ dan jelas sekali beliau seorang yang hipokrit dan pentingkan diri.

Begitu juga Nik Aziz kata Karpal bersendirian dalam tindakannya untuk menyaman Sultan Perak

“Tidak boleh diambil kira. Dia orang tua, malah di kalangan muda dalam Dap sendiri, tak pedulikan dia.

“Semua kenyataan Karpal adalah pandangan peribadinya dan disebabkan itu segala tindak tanduk Karpal dalam isu berkaitan tak menjejaskan hubungan dengan parti-parti dalam pakatan rakyat dan Pas sendiri,”

Matematik mudah, antara Nik Aziz dan Karpal, siapakah lebih tua?

Sudah pasti Nik Aziz kerana dia lahir pada tahun 1931 sedangkan Karpal lahir 1940.

Jelas di sini pakatan pembangkang tidak sekepala dalam membuat sesuatu tindakan dan sentiasa bertindak sesuka hati. Ini menunjukkan mereka memang takkan mampu berpakat mentadbir, sebagai contoh, tumbangnya kerajaan campuran Perak yang hanya berusia 10 bulan sahaja.

Kalau ahli Dap tidak setuju dengan Karpal, Lim Kit Siang tidak akan berada di sisinya sewaktu sidang media Karpal memberi amaran kepada yang membuat laporan polis terhadapnya mengenai saman Tuanku.

Dasar kurang ajar dan Melayu tak sedar diri pun terus menyokong dan sekongkol dengan Dap. Entah nanti ustaz ‘beli’ mana pulak akan jadi calon pilihan raya bagi Dap nanti. Sejarah telah membuktikan…

Nik Aziz dan Wan Azizah bacul sangatkah sampai sanggup biarkan kroni sekongkolan mereka menyaman Raja Melayu mereka. Betapa hinanya manusia sebegini. Jangan pelik, satu hari nanti agama Islam pun tergadai dek kerana mahukan kuasa dan pengaruh duniawi.

DSAI kenapa membisu. Berilah kenyataan!!


Read more!

Setelah Kehilangan Kuasa, DAP Semakin Tak Keruan!

Tumbangnya kerajaan campuran parti pembangkang PAS, PKR dan DAP di Perak pada awal Februari 2009 lalu benar-benar memberi tamparan yang hebat kepada mereka terutamanya DAP yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak.

Pelbagai cara, komplot dan tindakan yang telah mereka lakukan untuk menafikan kesahihan kerajaan negeri yang baru di bawah BN, sama ada melalui tindakan undang-undang, demonstrasi sehinggalah ke tahap menderhaka kepada Sultan Perak.

Terbaru, mereka menerima pukulan yang hebat apabila Persatuan Kerabat Di Raja Kedah (PKDK) mencadangkan agar pemimpin pusat Pengerusi DAP, Karpal Singh diharamkan daripada menjejak kaki ke Perak kerana kebiadabannya buat sekian kalinya terhadap Sultan Azlan Shah.

Tambahan pula, tindakan DAP Perak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zamby Abd Kadir menuduh MB menyalahguna kuasa dilihat sebagai usaha daripada pihak yang telah kehabisan idea untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap kelemahan dan pergolakan yang berlaku di pakatan pakatan pembangkang.

Laporan tersebut menuduh MB menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Datuk S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.

Chang merupakan Naib Presiden Gerakan pusat dan juga Pengerusi Gerakan Perak manakala Veerasingam adalah Naib Presiden MIC.

Menurut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam, setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM250,000 setahun.

Apakah terdapat di dalam mana-mana peruntukan undang-undang yang menafikan hak MB untuk melantik penasihat?

Bukankah jumlah yang diungkitnya itu menyamai dengan perbelanjaan bagi setiap exco yang lepas?

‘Kedegilan’ bekas MB untuk terus tinggal di kediaman rasmi, tetapi akhirnya akur akan meninggalkannya, berkemungkinan juga berpunca daripada ‘hasutan’ dan ‘dipengaruhi’ oleh parti DAP sebagaimana pengakuan Nga Kor Ming;

“Kami sedar kediaman ini adalah harta awam dan kami tidak berniat untuk terus tinggal di sini.

“Bagaimanapun, berdasarkan nasihat peguam, kami percaya kediaman ini melambangkan kerajaan pakatan rakyat adalah kerajaan negeri yang sah.”

Kenyataan Nga itu mungkin disebabkan beliau berasa malu terhadap tindakan mereka yang berkeras mahu ‘menghakmilikkan’ harta awam itu serta membuat mesyuarat exco ‘haram’ tetapi apakan daya sudah terlajak mendayung.

‘Keakuran’ untuk keluar daripada kediaman tersebut, mungkin juga atas nasihat peguam mereka di mana mereka boleh didakwa kerana menyalahguna harta awam.

Begitu juga, di sebalik tiada isu yang menampakkan kelemahan kerajaan BN Perak, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, tidak semena-mena membuat tuduhan yang paling tidak berasas apabila mendakwa empat kekosongan jawatan exco sebelum ini adalah sebagai habuan kepada mana-mana Adun pembangkang menyertai BN.

“Mungkin kalau masuk (BN), boleh ditawarkan jawatan itu, kalau tidak kenapa tidak dipenuhi semua jawatan itu, saya rasa itu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak lebih hanyalah memalukan diri sendiri kerana sering berprasangka buruk.

Kekosongan empat tempat itu hanyalah sementara bagi memilih individu yang benar-benar berkelayakan memandangkan daripada 31 kerusi, hanya satu sahaja wakil daripada MCA dan ketiadaan wakil MIC.

Maka, tindakan MB melantik penasihat bertaraf exco daripada parti Gerakan dan MIC dilihat sebagai tindakan yang adil kerana menampakkan semangat perpaduan yang tinggi di dalam BN dan semua komponen BN diberi peluang dan mewakili pelbagai kaum.

Ini secara jelas BN amat menitikberatkan dan memberi perhatian kepada kepentingan semua kaum.

Kata-kata Guan Eng umpama mengenai batang hidung sendiri, seperti amalan pakatan pembangkang, kalau lompat parti jadi exco contohnya; V.Arumugam yang dari Bebas ke PKR langsung dilantik sebagai exco tetapi kini meletakkan jawatan sebagai Adun Bukit Selambam, menghilangkan diri, tidak lain dan tidak bukan hanya untuk melakukan pembaziran wang rakyat!


Read more!

13 February 2009

Mufti Perak Pula Dimaki Penyokong-Penyokong Pakatan Rakyat Yang Taasub

Saya sedih dengan perkembangan terkini di Perak. Mula-mula Tuanku Sultan Azlan menjadi sasaran pelbagai tomahan dan kejian penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semata-mata kerana tidak membenarkan lagi pemimpin-pemimpin mereka berkuasa di Kerajaan Negeri Perak. Jika ikut "hukum" mereka, segala yang tidak menyebelahi mereka akan ditafsifkan sebagai haram (dalam isu lompat parti keluar dari Pakatan Rakyat), menipu (jika kalah dalam pilihanraya, SPR menipulah, undi hantulah), kafir (dalam kes mengkafirkan ahli UMNO) dan macam-macam lagi.

Yang terkini, Mufti Perak Dato Seri Hj Harussani b Hj Zakaria, lihat sahajalah buku pelawat online di laman rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak. Berikut adalah antara komen-komen yang yang tak sepatutnya dibuat oleh mereka yang lebih taasub kepada pemimpin parti pembangkang dari ulama itu sendiri, Astagafirullah;

1.Dato' Mufti..manusia semua setaraf kecuali amal kepada allah swt..Ilmu saya tidaklah setinggi dato mufti.Saya meluat dato' mufti

2.Mufti......apa ada pada mufti.....kalau macam ni....

3.Kenapa aku benci sangat dgn Mufti P.cacai UMNO ni. ??? Eh....kau ni nak juangkan Islam ke dan pertahankan melayu cabuk ka ??

4.aku tak faham ada yang masih nak backup mufti perak kita ni.. jelas die keluarkan kenyataan bukan kerana Islam, tapi untuk kepentingan lain.
siap cakap jangan hina caci orang alim seperti mufti kita ni.
korang tak belajar sejarah islam ke, seorang alim ulamak yang mempunyai beratus ribu anak murid pon bleh mati dalam kafir.. inikan pulak seorang mufti yang suka2 hati keluar kenyataan bukan kerana menegakkan dasar Islam.

5.Ulama akhir zaman ulama fulus fi dunnia wal mampus bil akhirat....Dato' hasussani, ingat anda akan dihisab terlebih dahulu di akhirat kelak. adakah dato; sudah mencegah amal makruf nahi mungkar oleh pemimpin BN/UMNO skrg ni? Nasihat kepada kebaikan cthnya suruh pemimpin tutup aurat ker dan lain-lain lg.

6.Apa sebenarnya tugas mufti? Makan gaji buta ker? tak ada ke buat sesuatu. Mana lebih baik, mencegah dengan tangan atau niat atau perbuatan atau buat bodoh ajer kemungkaran depan mata? Sila jawab..................

7.Teman nak ucapkan tahniah lee krn dapat gelaran tokoh maal hijrah.
Mu suruh rakyat jelata taat pada pemimpin yang isteri sdr pun x tutup aurat?
mu x nasihat paklah ke, minta isteri dia pakai tudung?
mu x nasihat najib ke, minta isteri dia pakai tudung?
mu x nasihat s_ _ _ _ _ ke? minta isteri dia pakai tudung?
atau mu takut hilang pangkat?
Perkara remeh temeh tutup aurat pun xleh nak pimpin isteri sdr, mu nak suruh rakyat jelata taat pada pemimpin mcm tu?
mana kitab mu bljr?
hadis mana? ayat al quran surah apa?
kalu ada bgtau,blh la teman tlg2 photostat utk diedarkan di masjid setiap kali jumaat.
Kalu mu blh jawab, mu jawab la, teman mengharap sgt ni.....

7.kau bukan sahibul samahah mufti perak tapi saahibul sahamah mufti yang kejor reta dunia and jadi penjilat raja yang zalim dan pemimpin tamak kuasa yang kepala hotak tarok kat lutut mcm najib altantuya al-mongolia. kemak.

8.Assalamualaikum pejuang2 Islam and Penyokong Islam PR,

>>Kita tak yah bagi cadangan atau kutuk2 dia nie buat perabis beras saja...
Cuma kita tanya soalan2 banyak yg ada sangkut bab nie..
kita tengok mufti nie ikhlas tak untuk nak jawab...kalau jawab..barulah kita bagi gelaran pejuang Islam sejati...tu pun kita tengok jawapan lah..kalau hampeh ..nilailah sendiri tahap mana ilmu dia.

Soalan aku...
1) Berapa ramai dah Murtad kat Perak la nie?? Apa tindakan mufti atau nak suruh kami nga-nga saja kaa.
Dulu 250ribu org..tapi sekarang mungkin dah cecah guiness book record??

9.Gambar lu berpeluk dengan Zambri adalah sesuatu yang amat2 memalukan.Jijik aku tengok muka mufti yang sperti engkau ni...baik ko tampal jer muka ko dengan kulit B*b*...tugas kau berkaitan agama.tak perlu ko mencampuri urusan politik.Satu soalan aku kat kau, ADAKAH SULTAN TERKECUALI DARI MEMBUAT KESILAPAN MAHUPUN KEZALIMAN.ADAKAH MEREKA INI JUGA TERLEPAS DARI AZAB API NERAKA???JIKA SULTAN MEMBUAT KESILAPAN CONTOHNYA BERZINA,KITA SEBAGAI RAKYAT MENEGUR KESALAHANNYA, ADAKAH KITA DIKIRA MENDERHAKA??? KEANAPA DERHAKA KEPADA SULTAN SAHAJA YANG KO BISINGKAN, SEDANGKAN RAMAI YANG DERHAKA PADA AGAMA ISLAM ITU SENDIRI KO TUTUP MULUT??? BODOH PUNYA MUFTI!!! KO NI MEMANG BANGANG DAN BARAL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Read more!