27 April 2007

Tian Chua baru jumpa bomoh pengundi hantu

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata , beliau telah mengarahkan jentera PKR dan PAS dari seluruh Malaysia untuk berkampung di Ijok mulai hari ini. Beliau mendakwa , telah mengenal pasti lebih 1, 200 pengundi berdaftar yang mencurigakan dalam senarai yang dikeluarkan SPR.

KomenKU:
Dia tu orang tempatan ke yang tahu sangat senarai nama pengundi yang mencurigakan? ATAU dah dapat agak akan kalah dengan majority 1,200 orang? TAKTIK penipu bomoh pengundi hantu kita boleh baca dah!!! Kalau ada dalam senarai SPR, hantu kemende lagi? Dia mungkin pengundi luar yang pernah menetap di Ijok dan tidak menukar alamat pada daftar pemilih. So, balik Ijok mengundi le……bawalah kamera banyak-banyak…..


Read more!

25 April 2007

BN semakin terdesak di Ijok - Khalid Ibrahim sangkal Najib

IJOK, 24 April (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang sering mengungit tentang tugas-tugas beliau sebelum ini di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Guthrie.
KomenKU:
Apa tak ungkitnya, engkau menipu orang terang-terangan, ngaku bawa balik Guthrie la, ngaku mencetuskan idea ASB la. Tipu belaka.


"Saya tidak mahu bercakap banyak hal ini, kerana hakikatnya dalam sesebuah organisasi, hanya dua tiga orang yang bertanggungjawab besar mengendalikannya, orang-orang yang di atas tidak berapa mengetahui," tegasnya dalam wawancara khas bersama Harakah dekat sini.
KomenKU:
Memanglah pengarah tak berapa tahu, biasanya CEO dan Pengurus Besar yang tahu banyak, tapi menipu banyak sangat. Tak baik.


Menurut Khalid, serangan terhadap pengalaman dan hasil kerja beliau di beberapa buah institusi korporat sengaja ditimbulkan kerana Barisan Nasional sudah semakin terdesak di Ijok.
KomenKU:
Apa yang terdesaknya? BN relax je, kerja macam di kawasan lain juga.


Tokoh korporat tersebut memberitahu, rata-rata pengundi Melayu yang beliau temui sendiri, khususnya di kawasan kubu Umno, menyatakan sokongan secara senyap-senyap kepada beliau.
KomenKU:
Pengundi Cina yang aku jumpa pun beritahu hal yang sama, depan engkorang , angguk sokong tapi bila engkorang (tian Chua) balik, mereka blah kecuali DAP totok!!


"Mereka nyatakan sokongan tetapi mereka tidak berani ke hadapan, saya kata saya faham kerana dalam suasana yang tertekan ini macam-macam boleh berlaku," katanya.
KomenKU:
Sejarah pilihanraya negara berapa ramai yang dah jadi korban agaknya yea?


Berdasarkan sambutan yang diterima dari kalangan pengundi kaum Tionghua, Khalid berkata beliau semakin yakin mereka akan mengundi beliau, kerana orang-orang Cina tahu apakah manfaat yang diperolehi dari wakil rakyat yang boleh membantu membangunkan ekonomi.
KomenKU;
Kalau engkau melawan arus dengan pemerintah Negeri, apa yang engkau boleh buat? Nak bangunkan ekonomi dengan apa? Engkau takde sokongan kerjaan negeri,sia-sia je undi engkau!!!


Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua yang berkampung di kawasan pengundi Cina sejak hari penamaan calon berkata, setakat hari ini, beliau yakin pengundi Cina sudah memberi signal untuk memilih Khalid.
"Saya harap orang-orang PAS bantu kita kerja kuat sikit di kawasan Melayu untuk membantu kemenangan Tan Sri," ujarnya.
Sementara bagi aktivis politik, Saifudin Nasution Ismail, yang ditemui di Pekan Ijok berkata, berdasarkan pengalaman beliau berkempen di Dun Lunas tahun 2001 yang lalu, beliau melihat banyak persamaan kecenderungan pengundi.
"Bagi saya, Cina Ijok sudah menjadi Cina Lunas (menyokong dan mengundi calon pembangkang), saya harap dalam beberapa hari terakhir ini, Melayu Ijok akan menjadi Melayu Lunas pula," kata beliau yang juga bekas Adun Lunas, Kedah.
KomenKU:
Aku dengar Saifuddin dah kena pujuk? Hari tu merajuk kejap?hehehe


Menyentuh tentang isu lain Khalid berkata, beliau tidak mengambil kira dengan gelaran 'Heavyweigth' yang diuar-uarkan sendiri oleh orang-orang BN.
"Saya kemukakan 'track-record' saya untuk diadili oleh rakyat, saya bukan hendak menjadi wakil rakyat, yang hanya membangunkan kawasan mengikut kehendak orang atasan, saya ada idea untuk bangunkan Ijok ini," ujar beliau
KomenKU:
Idea tanpa sokongan kerjaan negeri engkau tak kemana!


Khalid menegaskan beliau tidak pernah menyerang keperibadian mana-mana pemimpin, tetapi pelik kerana Najib dan beberapa orang pemimpin BN sering menghentam beliau.
"Sehingga apabila DAP bantu saya pun (berkempen), mereka menyelar saya. Sedang ini negara demokrasi, mengapa harus dibangkit perkara sebegini," ujarnya.
KomenKU:
Awas Melayu Ijok, jangan termakan pujuk rayu Keadilan yang bersongkongkol dengan DAP yang mahu laungan azan dihentikan, dia nak jadikan Malaysia macam Singapore agaknya. Menyokong Keadilan bermakna subahat . Jangan sekali-kali bersekongkol dengan DAP. Dulu Karpal kata langkah mayat dia sebelum isytiharkan negara Islam , kini Tan Seng Giaw pulak kata hentikan laungan azan di surau dan masjid. Takke kurang ajar ajar namanya.


Khalid juga yakin beliau boleh memberi sumbangan untuk membangunkan Ijok walaupun tidak dibantu oleh jentera kerajaan.
KomenKU:
Banyak duit? Mana mari. Anwar mau sponser ke? Tak pelik!!


Serentak dengan itu beliau menolak dakwaan Timbalan Perdana Menteri, yang mendakwa, seseorang wakil rakyat hanya boleh efektif untuk membangunkan sesebuah kawasan yang diwakilinya jika menjadi Adun dari parti kerajaan.
Katanya, jika sesebuah kerajaan hanya membangunkan kawasan yang diwakili oleh anggota partinya, ia merupakan suatu kesilapan.
"Tujuan diwujudkan kerajaan ialah untuk menyelaraskan pembangunan di sesebuah komuniti, saya rasa ini adalah konsep yang salah dan tidak wajar diteruskan," katanya.
KomenKU:
Sudahlah selama ni berapa ramai kaum lain di negara ni yang mati kebulur? Berapa ramai rakyat yang merempat? Yang merempat tu pemalas je. Kebiasaanya yang susah akan dibantu kerajaan. Warga asing pun berebut cari makan di negara ini.


Read more!

24 April 2007

TUDUHAN TAK HABIS LAGI PKR?

“Bila dia sebut macam itu, dia ada perancangan buat kerja itu. Pemuda UMNO kalau benar nak buat kenapa tak buat pada pilihanraya sebelum ini, di Pengkalan Pasir….Machap”

Kenapa tiba-tiba Ijok pulak nak menyamar? Sebenarnya Pemuda dan Putera UMNO lebih bangga menyarung pakaian berlambangkan UMNO daripada menyamar macam iguana. Pemuda dan Putera UMNO ada harga diri dan berani. Tak perlu menyamar.

Surah an – Nahl:125;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik…”.

Surah at –Taubah:47;
“Jika mereka berangkat bersama-sama kamu nescaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka dan tentu mereka akan bergegas-gegas maju ke hadapan di celah-celah barisanmu untuk mengadakan kekacauan antaramu sedang antara kamu ada orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang yang zalim.”


Read more!

TERJAWAB CAKAP FITNAH ANAK RAZAK ATAU CUCU RAZAK

dipetik dari: http://lahabau.blogspot.com/

Ujian DNA anak lelaki Altantuya, Altanshagai Mukhtulga mengesahkan bahawa kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun itu merupakan anak Altantuya dengan suaminya. Maka dengan ini sesiapa yang memfitnah
“ Anak Razak atau Cucu Razak” terjawab dengan sendirinya.

Riwayat Muslim:
Daripada Abu Hurairah r.r. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim.”

Riwayat Muslim:
“Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat.”

Surah an-Nur:19;
“Sesungguhnya orang yang suka menyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”


Read more!

Dosa sebar fitnah hilangkan pahala terkumpul

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.

Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.

Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.

Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.

Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.

Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim)

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.

Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.


Read more!

RADZI cabar Anwar

“Apa tunggu lagi….cakap saja isu itu (penghapusan hak istimewa orang Melayu) di Ijok bagi meraihkan sokongan orang Melayu”, cabar Radzi.

Sebelum ni dalam pilihanraya kecil di Machap, perkara itu merupakan manisfesto utama perjuangan Anwar Ibrahim. Sebab calon Cina dan pengundinya majority Cina. Tapi di Ijok lain pulak cerita dia, orang macam ni memang tak boleh pakai, lidah bercabang. Perangai macam ular!!!

Macam tu la dia berlakon di hospital. Di dalam wad berdiri tegak, berjalan ke sana ke mari tapi di depan orang ramai , siap duduk atas roda. Shah Rukh Khan pun kalah dengan lakonan dia. Muka tak tahu malu betul , boleh berlakon depan kakitangan hospital. Di Penjara Sungai Buloh pun dengar cerita dia main sepaktakraw, tapi depan media berlakon sakit belakang. (Slip disc konon).

***
APA LAGI NAK TUNGGU...DAH DICABAR OLEH MENTERI TAKKAN NAK DOK DIAM KOT


Read more!

Jentera BN Bersiap Sedia - Najib
















Read more!