02 July 2007

Tuduh Anwar diktator, Syed Husin mahu Ezam beri bukti kukuh

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr Syed Husin Ali mahu bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) memberi bukti kukuh berhubung pelbagai tuduhan yang dibuat ke atas Ketua Parti, Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

KOMENKU:
Berani engkau minta bukti kukuh?


Ezam mana pernah dapat beri bukti kukuh. Dakwaan dia ada enam kotak dokumen rahsia pun masih “tersenyap sunyi”. Ezam gebang je lebih!!! Cakap tak serupa bikin. Hebahkanlah apa kelemahan Anwar di khalayak ramai kalau betul-betul Anwar buat silap!!!

Menurut Syed Husin, walaupun dilempar dengan tuduhan Ezam itu, beliau masih mempercayai pucuk pimpinan dan berpuas hati dengan urusan parti itu yang dilihat bertambah demokratik.

Tidak dinafikan kekurangan sememangnya wujud dalam parti, bagaimanapun pimpinan parti akan berusaha dengan tekad untuk memperbaikinya berasaskan semangat musyawarah, setiakawan dan perubahan, kata Syed Husin.

"Kami berazam untuk memperkuatkan serta mengembangkan prinsip serta amalan kepedulian rakyat di kalangan ahli-ahli," katanya dalam sidang media mingguan parti KeADILan yang diadakan di ibu pejabatnya di Brickfields.

Tidak mahu ulas jika Ezam masuk PAS

Ketika ditanya reaksi parti sekiranya Ezam menyertai PAS, Syed Husin enggan mengulas, sebaliknya menyatakan Ezam yang dilaporkan juga mempunyai keinginan untuk menyertai Umno, masih belum membuat keputusan muktamad.

KOMENKU:
Macam-macam la spekulasi!!


Terdahulu dalam kenyataan medianya, Syed Husin berkata, mereka tidak menyekat atau memujuk sesiapa yang memilih untuk keluar parti.

"Tetapi dalam berbuat demikian mereka hendaklah ikhlas kepada diri sendiri, dan jangan cuba memberi alasan yang mereka sendiri ketahui mengandungi unsur tidak benar bahkan dusta," katanya.

KOMENKU:
Teringat lagu” Jangan ada dusta antara kita.”


Pemimpin datang dan pergi, satu proses biasa

Malah beliau tidak menafikan sejarah menunjukkan dalam mana-mana parti dan perjuangan pemimpin akan datang dan pemimpin akan pergi tetapi perjuangan terus berkembang.

Beliau juga yakin KeADILan akan hidup dan berkembang selagi ia berjuang teguh menegakkan cita-cita dan tujuannya seperti ditentukan dalam Perlembagaan Parti.

KOMENKU:
Yang hidup segan mati tak mahu pun ada!


Justeru, tegasnya parti Keadilan akan terus berpegang kepada perjuangan murni untuk menegakkan keadilan, demokrasi, kebenaran, ketelusan, perpaduan negara dan kesejahteraan rakyat.

Dalam satu laporan akhbar versi internet baru-baru ini, Ezam dilaporkan sebagai berkata mengambil tindakan keluar dari KeADILan kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinannya, termasuk mentornya dan ketua Anwar Ibrahim.

Ezam yang telah bersama parti pembangkang itu sejak penubuhannya pada tahun 1999, juga tidak menolak kemungkinan menyertai PAS atau kembali semula ke pangkuan Umno.
Bincang masuk PAS atau Umno

Ezam, 40, bekas Setiausaha Politik Anwar sebelum bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat dari Umno dan kerajaan, juga memberitahu yang beliau sedang mengadakan perbincangan dengan kedua-dua parti tersebut.

Ezam telah meletakkan jawatan ketua AMK dan Ketua KeADILan Shah Alam, empat bulan lalu.

Sebelum beberapa pemimpin KeADILan, termasuk Datuk K.S Nallakarupan dan bekas Bendahari Agungnya, Abdul Rahman Othman, telah meninggalkan parti tersebut.

KOMENKU:
Kalau Nalla keluar parti, Anwar masih ada “supplier” lagi tak?


Menurut Ezam, beliau telah memaklumkan keputusannya itu kepada Pejabat KeADILan Shah Alam melalui surat bertarikh 4 April.

Tiada keikhlasan

“Saya tidak nampak keikhlasan di kalangan pucuk pimpinan parti itu untuk menyelesai krisis dalam PKR. Saya sudah hilang kepercayaan terhadap keikhlasannya (Anwar) untuk memperkukuhkan parti," katanya.

Ezam juga menuduh Anwar bersikap seperti seorang 'diktator' tetapi menganggapnya sebagai seorang pemimpin yang 'lemah'. Beliau juga mendakwa, Anwar berada 'di bawah telunjuk' Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali.

KOMENKU:
Woi duit kawan dalam akaun mamat tu kot!


Ezam turut memberi beberapa insiden yang berkaitan dengan pemilihan parti itu bulan lalu, di mana beliau mendakwa, Anwar memberi sokongan kuat kepada Azmin.

Azmin tahu permainan Ezam

Sementara itu Azmin pula dalam satu ulasannya terhadap kenyatan Ezam menyifatkan tindakan keluar dari parti bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan kerana spekulasi mengenainya sudahpun tersebar sejak lima tahun yang lalu.

“Saya pernah rapat dengan beliau, saya tahu ‘permainannya’. (Perkembangan) ini hanya membuktikan bahawa spekulasi tersebut adalah benar,” kata Azmin.

KOMENKU:
Lembabnya engkau bertindak….tak layak jadi pemimpin!!!


“Dia boleh kata apa sahaja kerana dia terpaksa menyatakan sesuatu sebagai justifikasi tindakannya keluar parti,” kata Azmin yang juga pengarah Pilihan Raya PKR.

“Keputusan (Anwar untuk tidak bertanding jawatan Presiden) dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Kita mesti menghormati kebijaksanaan para pemimpin parti,” katanya.

KOMENKU:
Tak boleh bertanding lagi la….masih dalam edah.


Ditanya mengenai pendiriannya terhadap pencalonan Anwar sewaktu mesyuarat tersebut, Azmin berkata ianya 'tidak penting lagi' sekarang.

“Saya hanyalah salah seorang anggota MPT,” tegasnya.

Ditanya mengenai keputusan Ezam keluar parti, Azmin mengulangi bahawa ianya adalah sebahagian daripada proses demokrasi dan beliau menghormati keputusan seseorang untuk masuk dan keluar parti.

“Ramai lagi ahli yang berpegang teguh prinsip dan perjuangan parti dan kita kini semakin kuat,” hujahnya./wann.

No comments: