19 September 2007

Mustafa ada bukti SU Politik PM rancang rusuhan

dipetik dari www.harakahdaily.net
Awang Harun
Sun Sep 16, 07 1:06:29 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 16 Sept (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali bersedia untuk mendedahkan penglibatan Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh berhubung insiden yang berlaku di Batu Buruk pada 8 September lalu.

Tegasnya, beliau mempunyai bukti penglibatan Wan Ahmad Farid dalam kejadian yang mengakibatkan dua pemuda, seorang daripadanya parah dimasukkan ke hospital kerana terkena tembakan peluru hidup yang dilepaskan oleh anggota polis.

Jika benar adanya bukti, sila serah kepada pihak polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil atau kenyataan pihak PAS Terengganu lebih berbaur fitnah semata-mata.
Tambahnya, ini kerana rusuhan yang berlaku itu adalah perancangan daripada pemimpin Umno dan antara yang terlibat ialah Wan Farid.


Bagaimanapun, katanya penjelasan itu boleh dilakukan apabila diminta oleh suruhanjaya diraja yang perlu ditubuhkan bagi menyiasat insiden anggota polis melepaskan tembakan tehadap pemuda berkenaan.

Tambahnya, suruhanjaya diraja itu perlu ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut dan mendapatkan gambaran sebenar.

“Saya sedia beri keterangan apabila Suruhanjaya Diraja itu ditubuhkan,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS negeri, di sini, Rabu lalu. Hadir sama ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanifa Maidin. Beliau merujuk kepada Suruhajaya Diraja yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat kes mata lebam yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.

Sementara itu, media menonjolkan hanya Wan Ahmad Farid sahaja yang melawat anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Azmi Husin yang cedera di tangan ketika rusuhan itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, petang Ahad lalu.

Sungguh dangkal dan ceteknya fikiran saudara sehinggakan ibadah melawat orang yang sedang sakit pun dipersoalkan, lagipun Wan Farid merupakan Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu. Adakah saudara juga bermaksud, jangan ziarah orang yang mati dibunuh nanti orang akan tuduh kita membunuh???

Beliau menyampaikan salam daripada Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, kejadian itu boleh dielakkan jika pihak terbabit menghormati undang-undang dan mengikut arahan polis supaya bersurai.

Selama kita 50 tahun Merdeka, pernah ada yang kena tembak ke sebelum ini??? Tidakkah saudara terfikir yang perusuh di Batu Buruk sememangnya melampau!!! Simpati saya lebih kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas, mempertarungkan nyawa untuk keselamatan rakyat.

Mustafa pula menambah, kenyataan Abdullah yang menyebut bahawa rusuhan itu adalah dirancang untuk menimbulkan kekacauan menjelaskan lagi bahawa ia sememangnya dirancang oleh pemimpin Umno yang memperalatkan polis. – mns
Sekali lagi statement yang berbaur fitnah kerana tiada bukti untuk segala kenyataan tersebut, lebih kepada unsur deceptive atau cuba mempertahankan diri, mungkin kerana malu???

No comments: