25 August 2008

والله أعلم

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Surah Al 'Ankabuut Ayat 3




1. Saiful Bukhari Azlan, budak pembancuh kopi Anwar akhirnya tetap menjadi perhatian di Permatang Pauh. Sepatutnya isu ini mudah ditepis dengan kepakaran pidato Anwar, namun rupa-rupanya isu itu masih menghantui Anwar, walaupun esok hari mengundi.

2. Kalau tidak 'menghantui', sudah pasti tidak perlu diusung ustaz Ramlang Porigi (yang menjadi saksi sumpah) naik ke atas pentas PKR berceramah menyokong Anwar. Ustaz itu pula mendakwa beliau diarah diarah oleh 'pihak atasan' menjadi saksi sumpah Saiful. Katanya lagi ada empat orang imam yang menjadi saksi sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan tempohari.

3. Adakah ustaz itu pula turut bersumpah di depan pengundi Permatang Pauh mengatakan sumpah budak pembancuh kopi itu salah ? TIDAK. Beliau kata beliau hanya menegur sebutan budak pembancuh kopi Anwar yang tersalah sebut sahaja. Lepas itu, beliau turut mendiamkan diri (mengiakan?) sebutan budak pembancuh kopi Anwar itu hingga selesai majlis.

4. Adakah ustaz itu pula turut bertukar imej dari 'tok imam masjid' menjadi 'kempen manager politik Anwar' pula dengan memberi huraian terperinci menyokong teori konspirasi ? TIDAK. Ustaz itu berucap ringkas, beliau dakwa diarah oleh 'pihak atasan' untuk menjadi saksi kepada pembancuh kopi Anwar itu. Ustaz itu sendiri tidak menyebut nama siapakah 'orang atasan' yang telah mengarahkannya apatah lagi mampu menghurai teori konspirasi Anwar secara komplek. Ustaz itu sendiri mengakui beliau tidak mengenalpasti siapakah 'orang atasan' yang mengarahkannya itu.

5. Jadi untuk apa ustaz itu diusung ke pentas ceramah PKR, kalau tidak semata-mata menunjukkan untuk menunjukkan 'isu budak pembancuh kopi' menghantui Anwar. Kalau mahu seret ustaz yang jadi saksi sumpah, sepatutnya Ustaz Anwar dan PKR hereta keempat-empatnya sekali naik ke pentas politik itu. Ustaz Ramlang Porigi hanya salah seorang, mana tiga orang saksi lagi? Adakah dengan kehadiran ustaz itu boleh membersihkan semula semua sumpahan budak pembancuh kopi Anwar itu ?

6. Untuk lebih berkesan lagi sepatutnya Anwar dan PKR heret bekas budak pembancuh kopinya itu naik ke pentas menafikan sumpahnya tempoh hari. Kena tuan badan yang bersumpah menafikan sendiri, bukannya diwakili oleh pihak lain. Ustaz itu hanya menjadi saksi sahaja dan tidak bersumpah pun di pentas ceramah PKR mengatakan apa yang diucapkan adalah benar.

Teori konspirasi?

1. Bermakna kehadiran ustaz Ramlang Porigi masih belum gagal merungkai teori konspirasi yang telah diwar-warkan oleh Anwar. Ustaz itu hanya berjaya memberitahu bahawa beliau tidak bersalah dan beliau diarahkan hadir. Itu sahaja kejayaannya setelah sebelum ini diasak bermati-matian oleh tranungkite.

2. Adakah ini bermaksud kehadiran ustaz itu ke pentas PKR semata-mata untuk membersihkan namanya dan bukan untuk membersihkan nama Anwar?

3. Bagaimana pula hujah sokongan untuk memperkasakan teori konspirasi Anwar ? Adakah masih belum terjawab hingga ke hari ini ?

4. Lagipun, teori konspirasi Anwar telah berubah-ubah. Pada mulanya beliau mengatakan isu liwat itu adalah konspirasi pejabat Najib. Setelah didakwa, beliau menukar pertuduhan mengatakan konspirasi pejabat Pak Lah pula.

5. Barangkali selepas dijatuhkan hukuman, siapa pula yang menjadi mangsa Anwar?. Kenapa beliau sering berubah-ubah tuduhan ?


Sumpah budak pembancuh kopi Anwar

1. Benar atau tidak sumpah budak pembancuh kopi Anwar itu, dia telah serahkan kepada Allah Taala yang menghukumnya. Itu urusan dia dengan Allah. Allah Lebih Mengetahui benar atau tidak lafaz yang telah diucapkan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu.

2. Mufti Wilayah Persekutuan telah mengesahkan lafaz yang diucapkan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu adalah betul . Mufti Perlis pula menegur perbuatan Saiful memegang Al Quran yang dianggap salah, tetapi mengesahkan lafaznya betul. Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim pula mengatakan kedua-duanya perbuatan dan lafaz adalah betul.

3. Bermakna terdapat perbezaan antara lafaz dan perbuatan. Perbuatan yang dilakukan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu tidak menyalahi akidah dan tidak boleh membatalkan lafaz yang telah diucapkannya. Kesimpulannya ketiga-tiga tokoh agama yang disebut di atas sebulat suara bersetuju lafaz yang diucapkan budak pembancuh kopi Anwar itu adalah sah di sisi agama.


Read more!

21 August 2008

2 Exco Perak ditahan - Disyaki terbabit sogokan wang, seks projek RM180 juta

Kenyataan Media dari BPR Mengenai Kes Ini


KENA SIASAT: Osman (kiri) dan Usaili antara enam yang ditahan BPR
atas dakwaan kes rasuah dan sogokan seks manakala Jamaluddin (kanan) diminta memberi keterangan di pejabat BPR Perak di Ipoh, semalam.


Dua ahli Exco Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah antara enam orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membantu siasatan kes rasuah seks dan sogokan lebih RM123,400.

Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO yang juga Adun Changkat Jering, Kapten (B) Osman Mohd Jailu dan bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, ditahan bersama seorang lelaki di sebuah hotel di Ipoh pada jam 6 petang kelmarin, manakala dua lagi ditahan di sekitar bandar raya itu antara 9 hingga 10.30 malam kelmarin.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan yang juga Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, pula ditahan di Pejabat BPR Perak, jam 10.30 pagi semalam. Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegah Rasuah 1997 bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan satu projek perumahan di Seri Iskandar bernilai RM180 juta.

Osman, Usaili dan tiga lagi suspek kini direman tiga hari bermula semalam, manakala Jamaluddin dijangka direman hari ini.

Usaili yang memenangi kerusi DUN Bota pada pilihan raya umum 1999 tetapi tewas pada pilihan raya umum 2004 dan Mac lalu, adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, manakala Jamaluddin dan Osman, masing-masing Bendahari dan ahli jawatankuasa PKR Perak.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata enam suspek itu ditahan selepas BPR menerima maklumat orang awam.

"Mereka dipercayai meminta suapan dalam bentuk wang ringgit dan ada juga meminta rasuah seks untuk mempercepatkan kelulusan projek perumahan itu," katanya pada sidang media selepas menutup Bengkel Modul Pelapis Penceramah dan Persembahan Mesej BPR 2008 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

BPR turut merampas lebih RM100,000, dipercayai sebahagian daripada suapan yang dipersetujui dan tidak menolak kemungkinan mereka menerimanya secara berperingkat.

Ibu Pejabat BPR dalam kenyataan media yang dikeluarkan di Putrajaya pula menjelaskan, Osman dan dua lagi suspek ditahan sejurus selepas menerima wang suapan itu.

Suspek lain yang ditahan ialah Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan dakwaan wujudnya konspirasi politik berikutan penahanan dua Exco Kerajaan Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung dakwaan rasuah.

"Kita tidak mempolitikkan setiap tangkapan yang dibuat... sesiapa saja yang disyaki terbabit dalam perbuatan rasuah, BPR akan mengambil tindakan.

"Kita melakukan siasatan dan menahan pemimpin Umno begitu juga mendakwa pegawai tertinggi kerajaan dan kes penahanan dua Exco PKR yang terbaru ini juga tiada bezanya dengan kes rasuah lain," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ahmad Said mengulas kenyataan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua bahawa penahanan dua Exco Kerajaan Perak itu bermotifkan politik.


Read more!

18 August 2008

Bila Raja Petra menulis tentang hukum Islam, begitulah cara pemikirannya.

Saya berasa marah dan terkilan dengan sebuah artikel dari Raja Petra pada hari ni yang bertajuk "Inventing New Religious Rituals". Sememangnya Corak penulisan seseorang melambangkan peribadi dan corak pemikiran penulis itu sendiri. Dan kali ini Raja Petra bukan sahaja sudah melampau tetapi telah menyerlahkan kebodohan beliau dalam pemahaman atau ulasan yang berkaitan tentang hukum Islam.

Cara beliau menceritakan tentang kisah Saidatina Aishah R.A yang difitnah bersama seorang sahabat Safwan bin Ma'tal, amat mendukacitakan saya kerana olahan beliau yang sungguh melampau terhadap Saidatina Aishah R.A sendiri. Itu semua menunjukan kedangkalan minda Raja Petra itu sendiri. Antara ayat beliau adalah seperti berikut

"And neither was Safwan, who was accused of ‘penetrating’ Aisha, also asked to swear on the Quran in a mosque that he had kept his pecker in his pants at all times when he was alone with Aisha"

"Apparently, the tudung was ‘decreed’ for only the Prophet’s wives and not for all women. Anyway, that is another topic for another time as, today, we wish to talk about Saiful swearing on the Quran and he does not wear a tudung, yet."

Pada pendapat saya yang jahil ini, biarlah mereka yang alim tentang hukum Islam memberi pandangan, seperti para mufti-mufti kita sekalian. Ulasan sebegini tidak harus datang dari orang yang berfahaman liberal dan terlampau menggunakan logik akal.

Memang kes Saidatina Aishah R.A selalu dibuat sebagai rujukan untuk kes fitnah, ia merupakan perkara asas dalam Fiqh dan beliau sepatunya perlu ambil tahu situasi dan sebab-sebab berlaku perkara itu. Beliau juga perlu mengambil kira keadaan peristiwa tersebut kerana kes itu telah menjadi asbab al nuzul iaitu sebab-sebab (asbab) turunnya ayat al-Quran tersebut.

Sehingga pada satu hari turunnya ayat surah al-Nur ayat 11-20 yang menjelaskan mengenai kesucian Saidatina Aishah R.A dan pembuktian dia tidak bersalah melakukan perkara curang. Sejurus selepas turunnya ayat, Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Wahai Aisyah, kini Allah mengisytiharkan kesucianmu daripada segala noda"- Hadis diriwayatkan oleh Iman Bukhari.

Pengorbanan sahabat dan sahabiah amat hebat dan tinggi nilainya. Orang-orang yang berfahaman terlampau liberal macam Raja Petra senang-senang memperlekehkannya dgn kata-kata sedemikian walaupun dengan bertujuan bersenda gurau.

Bukalah mata wahai saudara-saudara Islam ku, bahawa dalam menghadapi cabaran-cabaran mendatang, lebih-lebih lagi berdepan dengan golongan seperti Raja Petra ini, kita perlu muhasabahkan diri, rujuk pada alim ulama dan selalu berpegang pada Al-Quran dan Hadith.


Read more!

14 August 2008

YB Arif Shah Haji Omar Shah Calon BN untuk DUN Permatang Pauh


YB Arif Shah Haji Omar Shah dilahirkan pada 21hb November 1956 dan merupakan anak ke-4 daripada keseluruhan 10 orang adik beradik.Menerima pendidikan awal di SRJK(C) Hun Lian, Taiping, Perak dan disusuli dengan sambungan sekolah rendah di SRJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke SMJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu dan diikuti sambungan pengajian di Chong Hwa High School, Gombak, Kuala Lumpur.

Walaupun Ayahanda kepada YB Arif Shah merupakan seorang anak Pulau Pinang tetapi oleh kerana bapa beliau juga merupakan seorang usahawan yang selalu bergerak dari satu negeri ke satu negeri yang lain, maka YB Arif Shah sewaktu persekolahannya turut mengikut bapanya dan mengikuti pengajiannya di beberapa Negeri di Semenanjung Malaysia.

Setelah tamat persekolahan di peringkat menengah YB Arif Shah telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kejuruteraan Awam dan mengikuti pengajian khas di Graber International, California, USA.

Beliau berpeluang untuk memperolehi pengalaman dan kepakaran di dalam bidang-bidang seperti berikut :

1. Industri Pembinaan & Pemajuan Hartanah - Melebihi 15 Tahun
2. Industri Pembuatan - Melebihi 10 Tahun
3. Industri Perkhidmatan - Melebihi 5 Tahun
4. Industri Pengiklanan - Melebihi 3 Tahun


Di samping itu beliau juga seorang insan yang gigih bekerja dan mempunyai banyak idea yang memberansangkan. Semasa berada di kampus beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Persatuan Siswa Siswi ITF.

Beliau juga terdedah kepada suasana antarabangsa termasuk di beberapa kawasan di Negara China seperti Beijing, Tianjian, Chen Du, Guangzhou, Qu Yan, Xian , Nin Xia termasuk Hong Kong dan lain-lain.

Kehadiran beliau di Amerika, Belgium, England termasuk London, Dusseldorf, Frankfurt, Moscow, South Africa, Jeddah, Mecca, Jordan, Iraq dan kawasan-kawaan yang berjiran dengannya membolehkan beliau mempunyai banyak pengalaman serta gambaran dari negara-negara luar untuk memanfaatkan kepada karier politiknya.

Minat beliau dalam memperhambakan diri memberikan perkhidmatan dan kudrat secara ikhlas dan professional mendorong beliau untuk bergiat aktif dalam bidang politik.

Semasa waktu persekolahan lagi beliau telah dijinakkan di dalam arena politik dengan didedahkan ke majlis-majlis politik yang dihadiri oleh bondanya yang dikasihi dan abangnya yang sungguh giat dalam politik UMNO.

Beliau telah menjadi ahli UMNO sebelum UMNO Baru diwujudkan. Secara rasmi beliau merupakan ali UMNO semenjak 13hb January 1989 dengan nombor keahlian 00483844

Antara jawatan-jawatan politik yang disandang oleh beliau adalah :

1. Ahli UMNO Cawangan Tuna;
2. Bertukar menjadi Ahli UMNO Cawangan Sri Kalui;
3. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Kalui;
4. AJK beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
5. Pengerusi beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
6. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh;
7. Bendahari Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang;
8. AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh;
9. Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh; dan
10. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Permatang Pauh.


Sekarang beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya (N10).

Di samping bergiat aktif dalam arena politik beliau juga turut terlibat di dalam kegiatan-kegiatan NGO. Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah:

1. Pengerusi Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Negeri Pulau Pinang;
2. Timbalan Pengerusi PEMADAM Seberang Perai Tengah;
3. Ahli Lembaga Pengarah Kooperasi Seberang Jaya Berhad;
4. Penasihat Kelab Belia Tamil Permatang Pauh; dan
5. Penaung dan Penasihat kepada kepada banyak Pertubuhan NGO di Peringkat Negeri dan Pusat.


Setelah diberi peluang oleh YAB Dato� Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk beliau menjadi calon pilihanraya pada Tahun 2004, beliau telah memenangi pilihanraya tersebut dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya N10 dengan memperolehi majoriti 4464 undi.

Beliau amat menghayati slogan YAB Dato� Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi iaitu �CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG�.

Berpandukan kepada slogan tersebut beliau mewujudkan 2 Pusat Khidmat dengan dibantu oleh beberapa orang petugas sepebuh masa. Bagi memastikan pengkhususan tanggungjawab untuk petugas-petugasnya beliau mewujudkan secretariat-sekretariat tertentu. Antaranya :

1. Sekretariat Permasalahan Rakyat;
2. Sekretariat Sumber Manusia;
3. Sekretariat Kebajikan;
4. Sekretariat Keselamatan;
5. Sekretariat Hal Ehwal Cina;
6. Sekretariat Hal Ehwal India;
7. Unit Agama Islam dan Qariah;
8. Unit Perhubungan Awam dan lain.


Untuk mencapai ke tahap cemerlang Pusat Khidmat YB Arif Shah telah diiktiraf dengan Persijilan ISO 9001 2000.

Pusat Khidmat YB Arif Shah adalah di antara Pusat Khidmat yang paling aktif dengan berbagai kegiatan dan aktiviti dijalankan dari masa ke semasa.

Ariff Shah is the only BN candidate in the three state assembly seats within the Permatang Pauh parliamentary constituency who survived the March 8 political tsunami.

Another factor is that he's the quintessential politician — a nice, friendly and good humoured person. He is also seen as a hardworking assemblyman who is quite approachable. In other words, he's a good wakil rakyat.

During the last general election campaign, he was among the very few BN candidates who were seen stopping by the opposition's pondok panas or campaign booths to shake hands and have coffee with the party workers.

His command of Mandarin and Hokkien is legendary, and he has even sent his children to Chinese schools.

In the present scenario, Ariff Shah does not have much to lose personally. Win or lose, he's still the state assemblyman. He's also known for his record of servicing his constituency and anyone who has visited his service centre in Seberang Jaya will be easily impressed with his community work.


Read more!

12 August 2008

Perbincangan Hukum Islam Perlu Berlandaskan Iman

Kumpulan yang cuba menggugat kedudukan Islam dalam Artikel 11 dan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan diingatkan supaya tidak meneruskan sebarang aktiviti yang boleh mengeruhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Peruntukan perlembagaan tersebut jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan ia bukannya bertujuan untuk memencilkan mana-mana agama.

Sejarah juga membuktikan bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi bukan bermula semasa negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ia bermula sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kedatangan penjajah pada abad ke-16 juga tidak pernah mengacau’ kedudukan Islam, malahan memberikan kuasa mutlak perkara berkaitan Islam kepada raja.

Kes-kes yang melibatkan agama Islam perlu didengar di Mahkamah Shariah. Justeru, forum yang terbaik untuk menentukan status agama seorang individu Muslim ialah Mahkamah Shari’ah yang mempunyai bidang kuasa ekslusif di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan untuk mengadili kes-kes berkaitan agama Islam.

Mahkamah Shariah adalah merupakan platform terbaik untuk mengadili sesuatu kes yang melibatkan hal ehwal Islam secara khususnya. Mana mungkin hal ehwal mengenai hukum-hukum Islam boleh dibincangkan dengan menggunakan logik akal penganut bukan islam lebih lebih lagi dalam satu forum yang dikuatiri akan menimbulkan lebih banyak masalah dari menyelesaikannya. Untuk mengkaji atau mengadili sesuatu konsep dalam hukum Islam, ia perlu diselami bersama suatu faktor atau elemen yang tidak ada wujud dalam pengkajian ilmu duniawi yang lain yang lebih bersifat empirical iaitu konsep iman dalam Islam.


Read more!

04 August 2008

KONSEP KERAJAAN CAMPURAN PERIKATAN/PAS - UCAPAN TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN

Hari ini saya ingin post satu text ucapan yang amat bersejarah dalam scenario politik negara terutama apabila kita membincangkan isu muzaqarah antara UMNO dan PAS. Ada intipati dalam text ucapan Tun Haji Abdul Razak yang boleh kita sama-sama jadikan teladan.


UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA MENTERI
TUN HAJI ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN
DI PERJUMPAAN KHAS KETUA-KETUA UMNO MENGENAI
KONSEP KERAJAAN CAMPURAN PERIKATAN/PAS
DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
KUALA LUMPUR PADA 22hb DISEMBER, 1972

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara-saudara sekalian terutama mereka yang datang dari jauh, khasnya pemimpin-pemimpin UMNO dari tempat-tempat yang dilanda banjir, untuk menghadiri Perjumpam Khas Ketua-ketua UMNO yang bersejarah pada pagi ini. Sesungguhnya, Perjumpaan Hari ini mempunyai makna yang besar, bukan saja kepada Parti kita UMNO, bahkan juga kepada perkembangan politik tanahair, yang mana Parti kita adalah pelopor utama semenjak dua puluh enam tahun dahulu.

Perhimpunan ini membuka lembaran baru dalam sejarah politik dan perpaduan bangsa Melayu, menguatkan lagi solidarity kebangsaan dan harmoni antarabangsa di Malaysia ini. Ia juga memberi sumbangan kepada pembangunan Negara dalam context yang lebih besar dan luas.

Seperti yang saudara-saudara sedia maklum, tujuan kita berhimpun di sini hari ini ialah untuk memberi kesempatan kepada saya menerangkan konsep dan implikasi pembentukan Kerajaan Campuran antara Parti kita dengan Parti Islam atau PAS bagi timbangan dan penerimaan saudara-saudara sekalian.

Konsep Kerajaan campuran ini adalah merupakan satu langkah lagi kehadapan bagi melaksanankan hasrat National Front atau Barisan Kebangsaan bagi menjamin kejayaan perpaduan rakyat serta pembangunan ekonomi dan masyarakat yang lebih adil, kuat dan mewah di negara kita ini.

Saudara-saudara tentulah masih ingat iaitu kemungkinan membentuk kerjasama untuk Kerajaan campuran dengan PAS ini telah pun saya bayangkan dalam Persidangan Agung UMNO bulan Jun lalu berdasarkan pada hakikat kejayaan Parti sahabat kita, Parti bumiputra di Sarawak dengan SUPP dan selepas itu Parti Perikatan dengan P arti Gerakan di.Pulau Pinang. Kemudian dari itu kita telah maju setapak lagi dalam usaha inidengan tercapainya persetujuan mengadakan Kerajaan Campuran bersama Party Progresif Rakyat di Perak

Oleh kerana tidak ada sebarang bangkangan terhadap gagasan itu malahan para perwakilan UMNO telah memberi tepuk sorak yang gemuruh, maka ini dengan sendirinya memberi dorongan dan semangat kepada saya serta rakan-rakan saya dalam Majlis Kerja Tertinggi untuk meneruskan usaha-usaha itu.

Syukur Alhamdullilah, berkat kebenaran kita dan kejujuran perjuangan Parti kita, usaha yang baik ini telah mendapat sambutan dari pihak PAS. Saya beserta Tun Dr. Tsmail telah mengadakan pertemuan pertama dengan pemimpin-pemimpin PAS pada bulan September, sejurus sebelum saya memulakan lawatan rasmi ke Eropah Timur. Dalam perundingan yang diadakan secara ikhlas, terbuka dan mesra itu, jelas nampaknya tidak ada perbezaan tentang matlamat perjuangan kita dan apa yang diperjuangkan oleh PAS. Hasil perundingan pertama itu mencapai persetujuan pada dasarnya mtuk mengadakan Kerajaan Campuran Perikatan PAS.

Di sini saya sukalah mengulangi, apa yang saya rasakan satu kejayaan besar bagi kita, bagi.UMN0 khasnya, apabila Parti Islam memberikan sokongannya kepada Pindaan Perlembagaan Negara dan seterusnya kepada Dasar Ekonomi Baru Kerajaan semasa sidang-sidang Parlimen tahun 1971 dahulu. Titik persefahaman tentang masaalah-masaalah penting menghadapi bangsa dan Negara telah wujud semenjak masa itu.

Barangkali baik juga saya terangkan bahawa dalam perundingan itu pihak PAS menegaskan keutamaan kepada memelihara kebesaran ugama Islam dan usaha melaksanakan dasar Kerajaan mtuk meninggikan martabat Islam. Dalam hal ini, saudara-saudara sedia maklum bahawa Kerajaan Perikatan telahpun dan sedang mengambil dan menjalankan segala langkah dan usaha untuk meninggikan dan mendaulatkan ugama Islam di negara kita ini dalam berbagai bentuk dan cara. Saya rasa tidaklah perlu saya butirkan satu persatu, namun memang banyak bukti yang ada didepan mata seperti masjid-masjid dan surau-surau baru, sekolah-sekolah ugama, gerakkan dakwah, pelajaran tinggi Islam dan di samping itu usaha yang menjadi nama Negara Malaysia terkenal dan harum di seluruh Negara Islam, iaitu pertandingan Membaca Al-Quran selama empat belas tahun. Segala ini adalah hakikat yang sebenarnya.

Begitu juga dalam lapangan memperbaiki akhlak dan membersihkan rohani, kita sentiasa menjalankan apa-apa jua usaha yang patut. Di dalam melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan kita sentiasa menerangkan iaitu sambil mengejar kemajuan jasmani dan kebendaan, kita serentak bersama-sama menggalakan kemajuan rohani.

Saudara-saudara,

Dalam perundingan-perundingan selanjutnya dengan pemimpin-pemimpin PAS, kita telah pun dapat persetujuan detail mengenai bentuk Kerajaan Campuran yang akan dilaksanakan itu. Saya ingin mengumumkan di sini bahawa konsep Kerajaan Campuran itu dilaksanakan pada kedua-dua peringkat Negeri dan Pusat, yang bermakna bahawa Parti Islam akan menjadi anggota Kerajaan.Y.A.B. Datuk Haji Mohd. Ami, Presiden PAS dan Menteri Besar Kelantan, telah bersetuju memasuki Kabinet sebagai Menteri Kerajaan
dan beliau akan diberi sebuah Kernenterian yang sesuai yang akan saya umumkan serentak dengan perubahan Kabinet sebelum akhir tahun ini iaitu pada 28hb Disember, 1972 ini. Di samping itu, seorang anggota PAS akan dilantik menjadi Setiausaha Parlimen.

Pada peringkat Negeri pula, telah pun dipersetujui bahawa Perikatan akan mendapat dua kerusi Exco di Kelantan, dan sebaliknya PAS akan mendapat dua kerusi Exco di Trengganu dan Kedah.

Selain dari itu, kita juga telah bersetuju untuk menimbangkan perlantikan pemimpin-pemimpin dari PAS yang berkelayakan dan menasabah untuk menjadi anggota-anggota Jawatankuasa-jawatankuasa, Lembaga-lembaga dan Badan-badan Berkanun. Pihak PAS juga telah bersetuju untuk menimbangkan perlantikan pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan untuk menjadi anggota-anggota Jawatankuasa, Lembaga dan Badan-badan Berkanun dalam Negeri itu.

Sebuah Jawatankuasa Penyelaras akan juga d i tubuhkan yang anggotanya terdiri sama banyak di antara PAS dengan kita. Perikatan bagi pihak kita, saya bercadang hendak melantik pemimpin-pemimpin UMNO dari Pusat, Kelantan, Terengganu dan Kedah mtuk menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Penyelaras itu.

Dalam mencapai persetujuan itu, saya suka menerangkan bahawa kita sebagai Parti yang besar yang memegang tampuk Kerajaan sekarang mustahaklah bertimbang rasa dan bermurah hati sedikit memandang kepada kepentingan Bangsa dan Negara pada masa akan datang. Saya yakin dengan izin Tuhan apabila konsep Kerajaan Campuran telah dipersetujui, maka perpaduan di kalangan orang-orang Melayu akan bertambah kuat dan meluas dan ini akan membawa kepada kestabilan, kemajuan dan kemakmuran rakyat dan Negara. Kesan atau impact Kerajaan Campuranan sudah tentu adalah sangat baik di kalangan bangsa kita yang akan memberi kita semua lebih keyakinan dan tekad baru dalam perjuangan kita sekarang dan pada masa akan datang.

Dengan terlaksananya konsep percaturan tadi, maka tidaklah lagi ada pertentangan antara sesama kita dan terpulanglah kepada kejujuran serta keikhlasan kedua-dua pihak menghormati persetujuan itu serta bersama-sama mentadbirkan negara untuk kemajuan dan kebahagiaan rakyat.

Saudara-saudara

Selain dari persetujuan di atas, baiklah saya terangkan juga kedudukan mengenai kerusi-kerusi pilihanraya yang jatuh kosong dan cara penyelesaiannya. Bagi tempoh pilihanraya yang berjalan sekarang, kerusi yang dipegang oleh Perikatan tidak akan dipertandingkan dengan PAS dan begitu juga bagi kerusi yang dipegang oleh PAS bila tidak bertanding. Jadi kawasan Parlimen Kuala Kedah yang dikosongkan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj) tidak akan dipertandingkan oleb PAS. Sebaliknya kawasan pilihanraya Negeri Kota Bharu Tengah yang akan dikosongkan oleh Datuk Asri kita tidak akan meletakkan calun. Ini bolehlah dianggap sebagai ujian pertama persetujuan konsep Kerajaan Campuran yang sama-sama dicapai itu. Berkenaan kawasan-kawasan yang dimenangi oleh PAS pada tahun 1969 tetapi anggota-anggota atau wakil-wakil rakyatnya telah masuk UMNO, jika ada pilihanraya kecil, maka penetuan calun akan dirundingkan.

Seterusnya, kawasan pilihanraya parti lain yang jatuh kosong akan dirunding dan dipertimbangkan menurut keadaan samada akan dipertandingkan oleh Perikatan atau PAS. Tidak ada pesetujuan yang dibuat mengenai kedudukan Pilihanraya Umum yang akan datang dan ini hanya akan dirundingkan apabila tiba masanya kelak.

Saudara-saudara,

Itulahah butir-butir besar berkenaan konsep Kerajaan Campuran yang telab dipersetujui oleh kedua belah pihak bagi melahirkan “sifat Kerajaan Campuan Perikatan-PAS" di semua peringkat yang dirasakan menasabah dan memuaskan kedua-dua pihak. Saya percaya saudara-saudara bersetuju dengan saya, Tun Dr. Ismail dan pemimpin-pemimpin Tertinggi UMNO yang lain bahawa butir-butir persetujuan ini adalah adil dan saksama kepada dan juga PAS.

Dalam pada itu, patut juga saya mengingatkan bahawa Parti kita UMNO dan Perikatan adalah sebuah Parti yang teragung dan terkuat sekali dalam Negara kita dan dasar Parti kita tidak berubah dengan wujudnya Kerajaan Campuran Perikatan-PAS ini. Bagi melahirkan Kerajaan Campuran ini, PAS telah dengan secara langsung menerima konsep dan dasar perjuangan UMNO dan Kerajaan Perikatan kerana, kalau tidak, masakan ia mahu bekerjasama, apa lagi masuk berkongsi dengan kita memerintah Malaysia dan Negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Trengganu.

Saudara-saudara

Sekianlah penjelasan yang ingin saya sampaikan mengenai konsep Kerajaan Campuran dan butir-butir persetujuan yang telah dicapai. Saya berterimakasih kepada Y.A.B. Datuk Asri dan rakannya atas semangat kejujuran dan pengertian yang ditunjukkan oleh mereka dalam beberapa perundingan yang berlangsung antara pihak PAS dengan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail dan saya. Kita semua berharap semangat ini akan sentiasa dikekalkan oleh kedua-dua pihak supaya pelaksanaan Kerajaan Campuran ini berjalan dengan teratur dan sempurna bagi kebaikan bangsa, dan tanahair kita Malaysia yang dicintai. Kita telah fikir habis-habisan dan semasak-masaknya dan mendapati bahawa inilah, menerusi Kerajaan Campuran ini, satu-satunya jalan keluar bagi memecahkan pertelingkahan tidak persefahaman politik di kalangan bangsa kita selama ini.


Kita mengetahui juga iaitu Konsep Kerajaan Campuran ini telah dibincangkan dengan hangatnya dalam kongres PAS yang berlangsung sehari suntuk semalam. Tetapi syukur kita bahawa pihak Datuk Asri dan penyokong-penyokong konsep ini telah mendapat kemenangan undi yang agak besar. Dalam masa pihak kita dan pihak PAS menimbangkan perkara ini, kita dapati ada pihak-pihak dan golongan-golongan samada dalam negeri dan juga Iuar negeri yang menjalankan hasutan-hasutan terhadap pihak PAS khasnya dan cuba campurtangan dengan tujuan yang tertentu supaya menentang konsep Kerajaan Campuran. Kita faham ada negara-negara luar yang tak suka parti dan Kerajaan kita kuat kerana mereka bimbang yang mereka itu tak boleh mempengaruhi kita.

Saya suka menegaskan di hadapan saudara-saudara sekalian Kerajaan yang saya pimpin hari ini dengan izin Tuhan tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak khasnya kuasa-kuasa luar kita akan menjalankan dasar berpandu semata-mata kepada kepentingan negara dan rakyat. Kita menjalankan tugas-tugas dengan iman yang kuat dan jiwa yang bersih.

Saudara-saudara

Tugas yang kita hadapi untuk dua tiga tahun ke hadapan ini amatlah berat oleh kerana kita semua ingin mencapai matlamat-matlamat Dasar Ekonomi Baru dalam Rancangan Malaysia Kedua dengan seberapa penuh kejayaan. Dengan belakunya Kerajaan Campuran ini maka kita semakin hampir kepada kepada pembentukan National Front yang memberi jaminan besar untuk eketeguhan dan ketahanan Negara. Marilah kita berdoa mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha kita dan melindungi Negara serta rakyat dari segala bencana.

Saya sedia memberi keterangan-keterangan yang lanjut jika ada soalan-soalan dari wakil-wakil.

Terima kasih.


Read more!