11 December 2008

Kisah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang

MASALAH sikap didakwa menjadi punca Mohammad Fairus Khairuddin gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Adun Penanti itu dikatakan tidak cekap mengurus tadbir, kerap lewat menghadiri program, mesyuarat dan membatalkan sesuatu perkara pada saat-saat akhir ditambahnya hubungan dingin dengan para pegawai bawahannya. Paling terbaru, seramai enam pegawai beliau termasuk setiausaha politik, setiausaha sulit, pegawai akhbar dan pegawai khas telah mengemukakan perletakan jawatan kerana tidak yakin lagi dengan kewibawaannya.

Pelbagai kisah yang melibatkan beliau, tidak berhenti disitu sahaja,

1) Selepas 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, Pemuda PAS negeri masih gagal bertemu secara rasmi dengan timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin walau telah berusaha beberapa kali.Lalu dewan itu menganggap pemimpin kerajaan Pulau Pinang itu tidak berminat berjumpa dengan barisan kepemimpinannya. Sumber

2) Mohammad Fairus Khairuddin juga pernah mengugut akan ‘menghuru-harakan’ keADILan sekiranya parti itu mencadangkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng agar memecatnya daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. “Saya akan membongkar dan mendedahkan kepada umum (kononnya) segala penyelewengan parti, jika saya dipecat,” Fairus dipetik berkata. Perkara itu dimaklumkan ADUN Penanti berkenaan pada pertemuan tertutup dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Wanita keADILan Permatang Pauh pada 4 Disember lalu. Sumber

3) Imej beliau di Pulau Pinang khususnya di DUN Penanti yang diwakilinya semakin merudum.Di kedai-kedai kopi, majlis kenduri kendara, kematian, pasar, masjid, surau. atau di mana sahaja tempat masyarakat berkumpul, sikap dan imej buruknya meniti dari bibir ke bibir. Rakyat mulai bosan. Mereka memprotes secara diam-diam.Paling jelas pada sidang DUN lalu YB Farid Saad ( Adun BN Pulau Betong) secara terbuka menggesa beliau untuk meletakan jawatan kerana gagal menjalankan tugas.Selepas Mohd Farid Saad ( BN Pulau Betong) menggamatkan sidang dewan kerana menggesa si budak Fairus, meletak jawatan dan digantikan oleh ADUN Batu Maung, Abdul Malik Kassim, dihalanya pula tuduhan, semua itu konspirasi antara Abdul Malik dengan Mohd Farid Saad. Sumber

4) DSAI sendiri khabarnya pernah menerima bukti SMS bahawa TKM 1 ini sedang mengemis RM 20 ribu untuk dirinya sendiri daripada pihak tertentu di Kuala Lumpur dan pihak berkenaan sedang menimbang untuk laporkan kes tersebut ke Badan Pencegah Rasuah (BPR). Menurut sumber yang sahih ini juga, DSAI melenting marah, memberi amaran keras terhadapnya termasuk menyoal isu TKM1 ini mengemis kereta BMW berharga RM275,000,00 daripada pihak tertentu. Sumber

Semuanya ini, kerana gara-gara sikap Mohammad Fairus Khairuddin sendiri, rakyat sukar temui, mungkir janji dan menipu rakyat. Inilah padahnya apabila wakil rakyat tidak melaksanakan amanah rakyat, bercakap merapu dan asyik menipu rakyat.

Di negeri majoriti Cina ni, cuma empat Adun Melayu PR menang. Tiga dari keADILan seorang dari PAS. Dari jumlah tu, dua dilantik Exco, beliau dan Malik Kassim. DSAI yang melantik TKMI1 ini dari Selayang, Selangor jadikan beliau calon Penanti kemudian melantiknya sebagai TKM1, jadi mahu tak mahu "Perdana Menteri dalam pernantian" inilah yang kena selesaikan masalah besar ni. Nak tunggu Anwar melangkah ke Putrajaya pun belum tahu bila, bukan sahaja tarikhnya kabur bahkan entahkan jadi entahkan tidak pelan tersebut.

3 comments:

kayumanis said...

Melayu perlu belajar dari kesalahan lalu. Nak salahkan Fairus pun tak kena kerana dia memang begitu.Terbukti kita sudah salah pilih. Jangan ulang kesalahan yang sama. Jangan pula bakar kelambu. Dan jangan terkejut ada lagi kembar Fairus yang akan muncu dalam PKR.

Anonymous said...

Ternyata Fairus memang bermasalah pada parti..Sikap panas baran dan riak bila menjadi orang atasan amat dikesali oleh pengundi diPenanti.Kita boleh bagi peluang jika dia nak berubah..tetapi ingatlah perangai berhari-hari takkan berubah dalam sehari.Lebih baik suruh dia letak jawatan sahaja senang..hati pun tak sakit.

mohdshariff said...

saya dari kubang semang, adun penanti yang diwakili fairus.sejak menang pru12 yang lepas muka pun tak nampak apa lg bayang- bayang . semua serupa baik bn atau pr sebelum menang mcm- mcm janji lepas menang ja semua janji tu dibuang dalam tong sampah.saya rasa kalau tk ubah sikap kita,saya pasti suatu hari nanti malaysia pasti akan jatuh ketangan bangsa asing.tengok kalau tak percaya.sebenarnya orang kampung masih mahu pada bn cuma sikap bn itu sendiri, tukarlah sebelum terlambat.