16 May 2007

Sekadar Renungan

posted by anisahmaisarah

Firman Allah SWT

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini- dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan”. (ayat 6 , surah Al Hujurat)

Huraian;
Berita palsu ini wujud semenjak adanya manusia, yang diadakan oleh musuh bagi melemahkannya atau untuk mengalahkannya atau untuk menghilangkan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atau sebab-sebab lain yang dikira boleh membantu usahanya menjatuhkan orang lain. Dalam catatan yang ada, iblis merupakan makhluk yang pertama sekali melakukannya bagi menghasut Nabi Adam.

Renungan;
Kita hendaklah berhati-hati apabila mendengar sesuatu berita yang dikhabarkan kepada kita , selidiklah latar belakang pembawa cerita itu terlebih dahulu. Dalam situasi sekarang, ada penulis yang menghentam Pak Lah semata-mata kerana tidak puas hati (misalnya tindakan diambil terhadapnya atas salahlaku dalam politik). Sebelum menerima pakai berita-berita yang disampaikannya kajilah terlebih dahulu. Ada kalanya berita palsu disampaikan kerana dendam kesumat.

No comments: