03 May 2007

UMNO dan Masa Depan Anwar Ibrahim

Pemimpin-pemimpin UMNO gemar membuat kenyataan trivia. Ungkapan Setiausaha Agung UMNO, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad bahawa parti itu tidak akan menerima kemasukan semula penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, adalah satu contoh kenyataan yang dimaksudkan.

KomenKU:
Cuba tanya Ron, kenapa dia asyik buat story Anwar masuk UMNO, dan pakatan KJ dan Anwar. Pemimpin UMNO pun sering diburu media asing, bertanyakan tentang kemasukan Anwar ke dalam UMNO. (Nak bagi tau la ni).

Kenyataan Radzi adalah tidak perlu dan tidak relevan. Ini adalah kerana Anwar sudah berkali-kali menafikan bahawa dia ingin menyertai semula UMNO. Tanpa berniat memperlekehkan Radzi, kenyataan tersebut memberikan gambaran seolah-olah UMNO ialah sebuah parti yang "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong".

KomenKU:
Cakap Anwar mana boleh pakai, dulu kata takkan sekali-kali menentang Tun M tapi akhirnya ada komplot memburukkan Tun M dalam diam. Macam tu cara dia jatuhkan Allahyarham Tun Ghaffar dulu. Kami orang UMNO kami tau cerita, hang orang luar apa tau!

Kesilapan yang sering dilakukan oleh sesetengah pemimpin UMNO ialah mereka merasakan bahawa semua orang ingin berada dalam parti itu. Anwar berpendapat sebaliknya!

KomenKU:
Anwar dah kena kick out bukan tak mau…dia takkan dapat jadi PM kalau berada di luar UMNO. KeAdilan dah lingkup ,maka gigit jari le orang tua tu nampaknya.

Dengan PKR kekalahan yang cukup besar di Ijok, di manakah UMNO hendak meletakkan Anwar sekiranya dia masuk semula ke dalam parti itu? Adakah dia menjadi ahli biasa atau kembali ke jawatan Timbalan Presiden UMNO, satu jawatan yang pernah disandangnya suatu waktu dulu?

KomenKU:
Tak payah tanya tak siapa memandang dia sekarang ni. Blah!!

Bekas Naib Presiden MIC, Dato' MG Pandithan memilih untuk keluar parti itu kerana dia tahu tidak ada laluan untuk dia sampai ke puncak selama Dato' Seri S. Samy Vellu menjadi presiden MIC. Untuk menjadi presiden, dia perlu menunggu Samy meletakkan jawatan atau mati. Itu adalah terlalu lama dan Pandithan tidak mahu menunggu selama itu.

KomenKU:
Dok sibuk pasai parti orang lain buat apa? Jaga sendiri punya parti yang umurnya setahun jagung tu dah le…siap letak jawatan kerana tak setuju dengan pertandingan jawatan Timb. Presiden parti.


Satu-satunya pilihan lain yang ada ialah untuk dia menubuhkan sebuah parti politik baru. Itulah yang dilakukannya. Pandithan mendaftarkan sebuah parti politik bernama Indian Progressive Front (IPF) dan dia menjadi presiden parti itu hingga sekarang.

Begitu jugalah dengan Anwar. Satu-satunya cara untuk dia menjadi "nombor satu" ialah dengan berada bersama-sama PKR. Anwar yang terkenal dengan slogan "lawan tetap lawan" akan terus melawan Barisan Nasional bagi memastikan dia kelihatan relevan.

KomenKU:
Kalau setakat gila kuasa tu , tak kemana? Perjuangan dalam parti Keadilan bukan kerana keikhlasan tapi kerana nak jadi PM. Allah maha mengetahui. Sanggup fitnah sana- sini demi gila kuasa!!!!

Walaupun ada beberapa orang penganalisis politik (sama ada di media perdana atau blog) mengatakan kerjaya politik Anwar berakhir dengan kekalahan yang cukup memalukan di Ijok, namun penulis berpendapat sebaliknya.

Anwar ialah seorang "pejuang" dan dia akan terus berjuang -- walaupun matlamat perjuangannya cukup kabur. Biarpun dia sudah sembilan tahun meninggalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, namun Anwar masih menganggap itu jawatannya yang hakiki.

KomenKU:
Perjuangannya cukup kabur? Kesian, bakal Presiden parti pun mengakui perjuangan KABUR, apatah lagi pemerhati di luar. Wahai rakyat Malaysia keluarlah beramai-ramai daripada parti KeAdilan kerana bakal Presidennya sendiri pun kabur dengan perjuangan parti tersebut!!!


Dia masih dilamun perasaan bahawa jawatan itu harus dikekalkan kepadanya. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak tidak layak berada pada kedudukan itu dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak wajar menggantikan Tun Dr Mahathir -- kedua-dua jawatan itu (Timbalan Presiden UMNO dan Perdana Menteri) adalah haknya.

KomenKU:
Sah GILA KUASA! Kalau dalam perkahwinan , orang panggil Gila TalaQ! Tamak kuasa sebab nak kayakan kroni!!!

Keadaan ini disedari oleh beberapa orang penyokong kuatnya dan mereka menasihati beliau untuk berhenti bercakap "sewaktu saya menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu ..." Sebaliknya mereka mahu Anwar untuk menerima realiti bahawa dia bukan lagi berada pada kedudukan tersebut. Ungkapan "sewaktu saya menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu ..." bukan sahaja berbunyi angkuh, malah memperlihatkan keengganannya untuk berpijak di bumi nyata.

KomenKU:
Nampak sangat takde ketokohan jadi pemimpin. Kesian, kesian,kesiannnnnnnnnn.

Mereka juga mahu Anwar untuk berhenti berfantasi bahawa dia adalah "satu pasukan" dengan Abdullah bagi menjatuhkan Najib. Hakikatnya ialah Abdullah dan Najib adalah satu pasukan dalam UMNO. Anwar ialah pembangkang yang berada bersama-sama PKR, PAS dan DAP. Tidak timbul soal pakatan Abdullah dan Anwar.

KomenKU:
Pak Lah dan DS Najib satu team, ahli UMNO tetap setia dengan pemimpinnya.

Kita boleh memahami mengapa Anwar sukar untuk melupakan bahawa dia bukanlah Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Presiden UMNO. Namun, itulah yang harus dilakukannya sekiranya dia mahu memimpin PKR ke hadapan.

KomenKU:
Pendek kata sekarang ni, PKR ditubuhkan untuk jadi platform cita-cita Anwar jadi PM, bukannya perjuangan. Lagipun apa yang nak dia perjuangkan? Dia sendiri pun kabur!

Pilihanraya kecil Ijok semacam telah memberikan satu kejutan kepada Anwar. Jentera kerajaan yang suatu waktu dulu boleh digunakannya bukan sahaja untuk mengalahkan parti-parti politik pembangkang tetapi juga musuh politik dalam UMNO sudah tidak lagi bersama-samanya. Mahu tidak mahu dia terpaksa bergantung kepada beberapa kerat anggota parti itu.

Pun begitu, ini bukan bermaksud Anwar tidak ada kekuatan. Bagaimanapun, kekuatan itu tidaklah sehebat sewaktu dia bersama-sama UMNO dan kerajaan dulu. Bersama PKR, Anwar terpaksa bergantung dengan kekuatan retorik bagi menarik anak-anak muda yang tidak memahami susur-galur tindakannya sewaktu dalam UMNO dulu.

Melihat kembali kepada apa yang berlaku sewaktu pilihanraya kecil Ijok, kita dapat melihat bahawa Anwar percaya kekuatan retoriknya itu cukup untuk mencipta sebuah kemenangan. Ternyata dia salah dalam soal ini.

Isu kemasukan semula Anwar ke dalam parti itu akan hanya berbangkit sekiranya Anwar berjaya membuktikan kekuatannya dengan memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri.

Sekiranya kekuatan PKR hanyalah setakat mempertahankan kerusi Permatang Pauh, maka ia jauh lebih lemah dari PAS dan DAP. Begitu juga, selama mana Anwar terus menyalahkan jentera kerajaan yang pernah digunakannya dulu sebagai penghalang kepada cita-cita politiknya, selama itulah dia akan kelihatan terlalu kerdil.

"Sudah terang lagikan bersuluh" -- Anwar bukan isu. Radzi sebagai Setiausaha Agung UMNO harus berhenti membuat kenyataan trivia!

KomenKU:
Oleh itu tolong kabor kat Ron , renti kan mengendeng Anwar diterima masuk dalam UMNO semula. Dulu setahu aku dia tu kuncu Anwar !

No comments: