04 July 2007

Komen Lamandau Mengenai LKY Dan Elegent Silence Oleh UMNO

“Apabila orang luar membuat kenyataan mengenai percubaan menyingkir Pak Lah, Tingkat 4 melihatnya sebagai perbuatan dalam usaha meyokong Pak Lah dan bukan sebagai campur tangan dalam hal ehwal politik kita. Perkara seperti ini di galakkan!

Mengapa harus menggunakan menteri mentor negara jiran untuk menyatakan sedemikian. Mungkin Tingkat 4 tidak tergamak mencetuskan polemik percubaan menyingkir Pak Lah. Kalau orang luar cakap, agak senang untuk menepisnya nanti.

Saya melihat kenyataan LKY mempunyai implikasi tertentu dalam arena politik tanahair. Memandangkan LKY mempunyai akses yang begitu baik dengan semua komuniti perisikan di rantau ini, maka kenyataannya itu mempunyai kredibiliti yang tinggi.

KOMENKU:
Risikan LKY ada kredibiliti atau kamu yang mahukan perkara ini berlaku? Bunyi macam seronok sangat! Nak test market?


Maka sahlah bahawa wujud usaha untuk menyingkirkan Pak Lah dari kalangan Umno sendiri. Bila Pak Lah sendiri tak respon, menunjukkan beliau mahu membiarkan isu ini diperdebatkan umum dengan harapan meraih maklumbalas yang tepat sebelum membuat apa jua kenyataan.

KOMENKU:
Kenapa setiap kenyataan LKY harus diberikan perhatian? Pedulikan dia. Biar dia bercakap dengan dinding!


Kenyataan LKY ini juga mejelaskan kepada kita usaha Singapura memantapkan pengaruhnya dalam WPI setelah kita bersetuju diwujudkan JK bersama peringkat menteri.

Amat kesihan melihat gelagat Syed Hamid di Parlimen semalam (2 Julai 2007) cuba memberi penerangan dalam isu ini. Katanya kenyataan LKY bukan pendirian kerajaan Singapura. So naive! Syed Hamid fikir orang Malaysia bodoh macam unta ke? Apa jua keluar dari mulut LKY adalah official kerana beliau mantan PM, Senor Minister dan sekarang Menteri Mentor!

My final analysis : the statement issued by LKY is consonent with Pak Lah's stand to fathom UMNO's reactions!”

Nota: Adakah pandangan Lamandau seperti di atas dikongsikan oleh ramai rakyat Malaysia? Adakah pandangan itu juga mencerminkan hakikat yang sedang berlaku di Malaysia hari ini? – Ruhanie Ahmad

KOMENKU:
Setahu aku engkau memang suka kalau Pak Lah dijatuhkan.

No comments: