Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Dato’ Mohamad Norza Zakaria ketika sidang media bersama Ketua-Ketua Pemuda negeri pada 30 Julai bertempat di Pejabat Pemuda UMNO Malaysia menyarankan agar kerajaan menggubal undang-undang yang lebih menyeluruh untuk memastikan pemilik dan pengendali laman web dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas semua isi kandungan laman web masing-masing bagi mengelakkan perkara-perkara seperti yang berlaku pada kali ini berulang.
"Laman web berita Internet juga sepatutnya mempunyai permit yang sah termasuk undang-undang yang perlu dipatuhi oleh pihak pengurusan dan pemberita laman web”.
"Selain itu, kita juga melihat perlunya kerajaan dan Polis menubuhkan unit ‘Cyberpolice (Polis Siber)’ untuk memantau dunia siber. Bagi Pemuda, sekiranya kita masih kekurangan dari segi kemampuan, kita perlu tubuhkan pasukan ini dengan pendedahan teknologi terkini dalam usaha mengekang gejala yang tidak bermoral", tambahnya lagi.
Tegas beliau, Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri sehingga bloggers-bloggers yang tidak bertanggung jawab itu dikenakan tindakan. Pemuda negeri-negeri juga akan mengambil tindakan susulan untuk memantau kegiatan Bloggers yang tidak bertanggung jawab tersebut.
"Kita khuatir, jika tidak ada pemantauan ianya dibimbangi akan membawa budaya yang tidak langsung sesuai dengan bentuk acuan pemikiran masyarakat yang telah kita bentuk selama 50 tahun ini", akhir beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
01 August 2007
Polis Siber ?
at 10:16 AM Posted by cicakmankampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment