TERPEGUN juga melihat lembut dan mesranya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berjalan berpimpinan tangan bersama isteri terbarunya “Madame Jaeanne Danker” semasa melakukan lawatan rasmi ke negeri Sabah minggu lalu seperti yang tersiar di kaca TV. Alahai mesra dan sungguh romantis pasangan kekasih mengadun cinta di negeri di bawah bayu.
Terperanjat menatap “posting” di laman maya Malaysia Today menceritakan keghairahan Abdullah Ahmad Badawi bergurau senda dengan isterinya semasa majlis perasmian Tilawah Al-Quraan di PWTC minggu lalu. Antara lain, penulis tersebut menyatakan “sebaik turun dari pentas perdana Dollah buat hal lagi, kali ini dia bergurau senda dengan isterinya sedangkan di waktu itu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Tuanku Sultan Mizan turut hadir sama....”
Hari ini Jumaat jam 10.30 pagi, penganjur Majlis Pelancaran Buku “lilin membakar diri” terbitan Thinkers’ Library bertempat di Anjong Seri, Puteri Pacific Hotel berhampiran PWTC diburu resah gelisah kerana majlis tersebut dijadualkan bermula dari jam 10.00 pagi, namun, Perdana Menteri masih belum ternampak kelibat batang hidungnya.
“Kenapa perlu mengadakan cerita kalau tak ada bukti!. Majlis Pelancaran Buku “Lilin Membakar Diri” bukan di lancarkan oleh Perdana Menteri tetapi oleh Y.B Dato’ Seri Mohd Radzi. Bukti perasmian ada disertakan di bawah. Jadi janganlah mereka-reka cerita kalau diri sendiri tak ada bukti.”
Kononnya ada usaha dilakukan menghubungi pejabat dan kediamannya , khuatir kalau-kalau ada aral atau masalah disebabkan jemputan sudahpun memenuhi dewan seawal jam 9.00 pagi. Bisik-bisik kalangan wartawan foto menyatakan “Pak Lah masih tidur lagi!” dan majlis tersebut khabarnya terlewat lebih satu jam.
“Ini lagi satu ayat penipuan. Siapa yang dikatakan menghubungi PM. Seperti ayat di atas, Majlis ini bukan di rasmikan oleh PM, PM mempunyai urusan kerja penting yang lain dan dengan itu majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B.D.S. Mohd Radzi. Terang-terang nampaknya mahu menipu dan menuduh tanpa bukti. Cari bukti kukuh sebelum menuduh.”
Sewaktu menerima berita yang dihantar melalui SMS oleh saudara Husein Lampo, yang kebetulan pula dari corong “hi-fi”, Ayu anak kecil saya seperti biasa memainkan pita bacaan surah Ar-Rahman oleh imam besar masjidil haram (menjadi kebiasaan kami mewarnai seisi rumah dengan aroma ayat suci al Quran setiap pagi jumaat).
“Apa maksud perenggan di atas? Hendak menegakkan benang yang basah? Kalau dah terang-terang ditangkap menipu tidak perlulah hendak tunjuk baik. Dengan memainkan ayat-ayat suci Al-Quran boleh membuatkan dosa memfitnah tu boleh padam? Berilah teladan yang baik kepada generasi baru itu. Didiklah mereka agar jangan menuduh dan menfitnah sesuka hati kelak diri sendiri yang rugi”
Aduhai rupa-rupanya tadi malam adalah malam “sunatul jumaat” yang menjanjikan pahala kepada pasangan suami isteri untuk bermesra-mesraan sambil menggauli isteri yang halal di sisi hukum....
Maka segera menerpa di fikiran, apakah kelewatan kehadiran Perdana Menteri merasmikan majlis pelancaran buku berjudul “lilin membakar diri” kesan asyik masyuk menggauli isteri..... hingga kalampun lemah untuk berbicara membuatkan Abdullah Ahmad Badawi terlajak tidurnya hingga terlupa waktu subuh?
“Lagi-lagi fitnah. Memang tepat tajuk buku “Lilin Membakar Diri” fitnah tanpa bukti sekarang biar semua tahu kebenaran cerita ini. Gunalah pendekatan yang lebih baik untuk meyakinkan orang, ini tidak, lebih menjurus menggunakan pendekatan ke arah menghina, baik dari segi penghinaan pada Ketua Negara, keluarganya dan juga bangsa sendiri.
Janganlah fikirkan diri sendiri yang baik, alim dan warak. Bagaimana kiranya PM sendiri ber-Qiamullail dan bermuhasabah diri ? Bagaimana kiranya PM mendoakan kesejahteraan rakyat,bangsa dan negara di dalam solat Subuhnya. Pernahkah kita terfikir tentang itu. Hal-hal hidup dan perjalanan seseorang insan di muka bumi ini telah ditentukan oleh Tuhan. Malaikat di utuskan Tuhan untuk mencatit amalan hidup kita hanya Tuhan yang tahu apa yang kita lakukan sepanjang hidup ini, jadi bukan hak manusia-manusia ciptaan-Nya untuk menentukan amalan ibadah dan kehidupan manusia-manusia lain. ”
Terkadang naik lucu juga memikirkan kisah Abdullah Ahmad Badawi sejak mendapat isteri barunya “Madame Jeanne Danker”. Macam orang tidak pernah berbini, kalau anak muda yang baru melangsungkan perkahwinanpun masih malu-malu untuk berjalan berpimpinan tangan, tetapi Abdullah sedikitpun tidak merasa canggung dengan tingkah lakunya.
Ada kalanya terfikir juga di hati kecil ini apakah Abdullah Ahmad Badawi masih belum sedar bahawa dirinya bukan orang biasa, bukan Dolah Cangkung yang bekerja memancing ikan, bukan dolah biawak yang sering jual temberang di kedai kopi, bukan dolah rambai yang seringkali “melepas” dalam semak-samun tanah orang kampong.
Abdullah Ahmad Badawi bukanlah Dolah rongak yang jual laksa sambil mengayuh basikal di Kepala Batas, bukan juga Dolah tempang yang keluar masuk penjara Taiping, bukan pula Dolah juling yang seringkali tertangkap kerana mengintai anak dara orang mandi di kampong seri wangi. Itu semua bukan.... ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima yang bakal menyambut kemerdekaan genap lima puluh tahun negaranya merdeka.
Abdullah Ahmad Badawi kena sedar diri, kalau mahu terus asyik bercinta, masih mahu terus merayapkan tangannya di paha isteri barunya, nak berlabuh di atas tilam empuk biar sampai matahari mencanak terpacak di ubun kepala, mahu membelasah harta rakyat melalaui pelbagai perampokan, dia seharusnya meninggalkan Seri Perdana.
Perangai perdana menteri mesti tahu menjaga sopannya, tepat pada janjinya, tidak membiarkan rakyat tertunggu-tunggu kehadirannya. Pemimpin mesti menepati janjinya, cakap tidak boleh sembarangnya, janji mesti ditepati bukan menabur angan-angan impian yang tidak kesudahan.
Perdana Menteri bukan jawatan main-main. Dolah Badawi kena tahu semua ini, kalau mahu jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mestilah ada disiplin sebagai seorang Perdana Menteri, jika tidak, turun saja dari jawatan tersebut dan jadi rakyat biasa.
Kalau dah jadi rakyat biasa siapapun tak akan ambil peduli kerana ramai juga di Malaysia ini bernama Abdullah,... ada dolah rongak, ada dolah temberang, ada dolah pondan, ada dolah mata kucing, ada dolah tempurung, ada dolah bubur caca, ada dolah laksa, ada dolah cong dan seribu satu gelaran lain.
Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bahawa pimpinan hari ini terkadang di lihat bagaikan “tunggul kayu” dan rakyat masih terus menyokongnya kerana dia datang dari rumah keramat Umno.
“PM Malaysia kita telah dilantik oleh Tun sendiri. Bukannya perlantikan yang dipaksa oleh sesiapa tetapi perlantikan yang sah dan disokong oleh para menteri, jadi kenapa sekarang Tun sendiri yang menyesal di atas pilihannya sendiri. Sebagai seorang yang berpengetahuan dalam urusan mentadbir negara, Tun dan termasuklah kita sendiri sebagai rakyat Malaysia perlulah membantu dan menyokong PM untuk mentadbir negara ini. Bukannya kita menuding jari dan menyebarkan fitnah serta tomahan yang tidak berasas dengan tujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan ketua negara kita sendiri.”
Kerana Umno itu hebat menjadi tulang belakang Barisan Nasional maka siapa sahaja yang dipilih mewakili parti itu walaupun tunggul kayu maka rakyat tetap akan menyokongnya. Dr. Mahathir tidak kata semua wakil Umno adalah tunggul kayu, tetapi kalangan pengampu Abdullah Ahmad Badawi terus mencanai propaganda seolah-olah Dr. Mahathir sudah keterlaluan kerana beranggapan semua wakil rakyat dari Umno tunggul kayu.
“Sebagai seorang bekas ketua negara, Tun sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan menyokong perjalanan parti. Sekarang Tun sendiri yang merupakkan “Gunting dalam lipatan”. Menggunting di dalam Barisan Nasional dan UMNO - di mana anaknya sendiri merupakan Exco Pemuda. Bila kemahuannya tidak ditunaikan maka mulalah bermasam muka, menuduh dan mereka cerita sana-sini. Memperlekehkan orang lain untuk menagih simpati.
“Tunggul Kayu…!”, untuk maju kehadapan bukan “Tunggul Kayu lama sahaja yang mana telah sampai masanya untuk bersara negara kita perlukan, tetapi negara lebih memerlukan benihnya agar persaraanya itu persaraan yang terindah kerana mampu menyemai benih baru supaya dapat terus maju, bangkit dan terus menyambung perjalanan kejayaan dan kedaulatan negara. Negara tidak melupakan jasanya, negara menghargai setiap kejayaaan yang dicipta olehnya tetapi lama kelamaan tindakannya sendiri inilah yang akan menyebabkan negara sedikit demi sedikit melupakan jasa tersebut.”
Terkadang hairan juga di hati ini melihat beberapa orang penulis yang gagal menterjemah maksud setiap pernyataan pemimpin dan bekas pemimpin. Mungkin kerana mereka juga telah tersampuk oleh perangai dan cara berfikir Abdullah Ahmad Badawi menjadikan setiap buah fikiran orang lain tidak baik, cuma mereka sahaja juara mencanai minda bangsa.. kononnya.
Pesanan Untuk Kamal Amir & Raja Petra yang
“ .. SO CALL PERFECT! ”
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang suka menyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang beriman mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui ( yang demikian)”.
(Surah an-Nur : 19)
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim.”
(Riwayat Muslim)
(67:23) Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati, amatlah sedikit kamu bersyukur”.
29 August 2007
KAMAL AMIR MENULIS
at 11:11 AM Posted by cicakmankampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment