23 November 2007

Paul Wolfowitz adalah rakan karib Anwar Ibrahim



Siapa sebenarnya Wolfowitz?

Paul Wolfowitz, 62 tahun, telah membantu Anwar mendapat pekerjaan di peringkat antarabangsa. Selepas pertemuan dengan Paul Wolfowitz pada 28 Februari 2005 di Pentagon, Amerika Syarikat, Anwar telah dilantik sebagai pensyarah jemputan di John Hopkins University dan satu jawatan tertinggi di Bank Dunia. Pada 24 Februari 2005, Anwar telah bertemu dengan Elliots Abrams (Penasihat Presiden Bush dan Pengarah National Security Council) di White House. Pada malam tersebut, Anwar telah makan malam bersama Sir William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan turut hadir Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia). Anwar turut menghadiri Majlis Kebebasan Media selepas itu yang juga dihadiri oleh Paul Wolfowitz. Di mana sahaja ada Wolfowitz, di situ ada Anwar. Apakah sebenarnya yang diperbincangkan oleh antara Anwar dan Wolfowitz?

Pada 1989 hingga 1993, Paul Wolfowitz pernah bertugas sebagai Under-Secretary for Defence Policy kepada Dick Cheney semasa Perang Dingin. Bertanggungjawab merangka strategi pertahanan semasa Perang Teluk dan merangka bajet sejumlah 50 bilion dolar US untuk tentera bersekutu menyerang sebuah negara Islam (Iraq). Berkhidmat sebagai Profesor Strategi Rahsia Kebangsaan di National War College pada 1993. Selepas kejadian 11 September 2001, Wolfowitz dengan tegas menggesa pentadbiran Bush untuk menjatuhkan Saddam Hussien melalu peperangan di Iraq dan Afghanistan. Apa agenda Anwar intim dengan seorang Yahudi yang anti dan merancang serangan terhadap orang Islam? Wolfowitz pernah menjadi Duta ke Indonesia pada 1986-1989 dan Assistant Secretary for East Asian and Pacific Affairs pada 1983-1986. Dengan jawatan ini, Wolfowitz telah berjaya merencana kejatuhan sektor perbankan Indonesia. Seterusnya telah meruntuhkan ekonomi Indonesia. Selepas Perang Vietnam, Robert McNamara (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) telah menjadi agen Amerika di Bank Dunia pada 1968 hingga 1981 dengan sokongan Lyndon Johnson (Presiden Amerika Syarikat ketika itu). Amerika Syarikat menguasai Bank Dunia bertujuan untuk meluaskan pengaruh dan menunjukan kuasa kepada dunia.

Wolfowitz adalah pengantara antara Anwar dengan pemimpin Amerika Syarikat yang lain seperti Elliots Abrams (Penasihat Presiden Bush & Pengarah National Security Council), Sir William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), Jeneral John Abizaid (Komander Pusat Amerika Syarikat), William Burns (Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat) dan Joseph E. Robert Jr (Pengerusi J.E. Robert Companies, pengurus dana terkenal Amerika Syarikat). Anwar bertemu dengan ramai strategis pertahanan Amerika Syarikat dan pengurus dana terkenal Amerika. Untuk tujuan apa Anwar bertemu dengan kelompok sasaran ini?

2 comments:

ashraf haikal affendi said...

Sebenarnya mmg dah ramai yang tahu bahawa DSAI ni memang ada kaitan secara langsung dengan Paul Wolfowitz yang merupakan antara org kuat Bush. Malangnya, DSAI ni bodo, tak sedar diri dan tak tau untung...dia ingat dia cerdik sedangkan sebenarnya dia dipergunakan oleh Bush ngan kengkawan dia untuk memusnahkan Asia, memusnahkan pembangunan Malaysia dan lebih jelas lagi untuk meruntuhkan tamadun Islam di Malaysia. Mujurlah Kerajaan telah menyingkirkan DSAI ni awal-awal lagi jika tidak...tak tau la apa yang akan jadi dengan Malaysia...mungkin akan jadi seperti lembu kena cucuk hidung dan politik tempatan bergolak seperti mana negara-negara jiran kita.
Memang sah dan sahih, menyokong DSAI adalah sama dengan menyokong perjuangan Yahudi yang mahu menumbangkan agama kita...

myownschooloftought said...

Pernah seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang agak berjaya berkata kepada saya, bahawa tindakan Tun Mahathir adalah tepat dan bijak untuk tidak membuat pinjaman dari World Bank ketika krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada 1997-1998. Walhal DSAI yang menjadi menteri kewangan pada ketika itu beria-ia mencadangkan supaya pinjaman dibuat. Sudahlah nilai matawang negara ASEAN jatuh akibat manipulasi Soros, Malaysia akan terus di bebani hutang yg besar jika Tun Mahathir menerima cadangan DSAI. Tindakan Tun Mahathir mengikat ringgit pada nilai 3.8 berbanding US dolar juga berjaya mengelakkan ekonomi Malaysia terjerumus teruk seperti Indonesia, Thailand dan Philippines pada ketika itu