20 November 2008

Bukan Islam persoalkan Fatwa?





Terjemahan dalam Bahasa Melayu;

1.Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2."Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3."Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
4."Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5."Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
6."Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Translation in English;

1. Say (O Muhammad (Peace be upon him)to these Mushrikûn and Kâfirûn): "O Al-Kâfirûn (disbelievers in Allâh, in His Oneness, in His Angels, in His Books, in His Messengers, in the Day of Resurrection, and in Al-Qadar, etc.)!
2. "I worship not that which you worship,
3. "Nor will you worship that which I worship.
4. "And I shall not worship that which you are worshipping.
5. "Nor will you worship that which I worship.
6. "To you be your religion, and to me my religion


Kenapa segelintir bukan Islam semakin berani bersuara dalam hal-hal yang melibatkan Islam di tanah air kita yang tercinta ini? Apakah rasionalnya mereka untuk membangkang atau tidak bersetuju untuk sesuatu fatwa yang telah dicapai? Apa hak mereka untuk mencampuri urusan berkaitan Islam? Adakah kita akan terus berdiam diri dengan tindakan-tindakan sebegini? Lebih menyedihkan lagi, ada orang Islam sendiri yang berfikiran dan bertindak seperti mereka ini.

2 comments:

Ziarah76 said...

Bukan Islam langsung tidak layak mempertikaikan hukum hakam Islam atau fatwa ulama. Jika mereka degil maknanya, mereka memang tak faham, dangkal dan bebal. Orang Islam yang mempertikaikannya pula seperti menghina dan memperbodohkan diri sendiri.
Semoga Allah beri hidayah kepada bukan Islam untuk memeluk Islam dan hidayah kepada umat Islam untuk mengamalkan suruhan Allah serta meninggalkan larangan Allah.

KHAIRUL NAZRI said...

Salam Sejahtera,

1. Secara peribadi saya bersetuju dengan pendapat mutakalim. walaubagaimanapun, kita seharusnya lebih professional terutama kepada pihak JAKIM atau jabatan-jabatan yang berkaiatan didalam mengeluarkan fatwa iaitu ia harus jelas untuk golongan sasaran serta fata yang dikemukakan tidak memberi ruang kepada penganut lain mempertikaikannya.

2. Kita boleh nampak keadaan semasa bahawa penganut-penganut agama lain mula mempertikaikan sebarang undang-undang dan fatwa yang sebenarnya berkaitan dengan penganut Islam sahaja sedangkan perkara tersebut tidak memberikan sebarang kemudaratan terhadap mereka.

3. Ini jelas, tindakan mereka ini lebih kepada sikap suka mengacau, berfikiran bebas dan cuba menjauhkan umat Islam dengan ajaran Islam itu sendiri.

4. Pada fikiran saya, setiap penentangan dari golongan bukan Islam terhadap dasar dan hukum Islam adalah perkara lumrah dimana-maan. Tetapi yang amat mengecewakan penentangan tersebut datangnya dari umat Islam kita sendiri yang telah hanyut dengan keduniaan dan kelekaan.