11 November 2008

MCA dan DAP tidak berpijak dibumi yang nyata

Kali ini MCA pula cuba menyalak senada dengan DAP bila bercerita tentang Barack Obama. Sebenarnya situasi politik Amerika dan Malaysia adalah amat berbeza lebih lebih lagi bila MCA & DAP cuba mengagung-agungkan betapa liberalnya sistem politik Amerika melihat kepada kemenangan Barack Obama.

1 - Barack Obama masih lagi beragama Kristian. Walaupun beliau dilabel sebagai "First Black American President", kita masih tidak boleh menafikan yang ibunya Ann Dunham adalah seorang yang berkulit putih, dan Obama sendiri hanya sempat dibesarkan oleh ayahnya Barack Hussein Obama yang berkulit hitam itu selama dua tahun sahaja kerana perceraian. Tidak pernah dan mustahil bagi Negara Uncle Sam yang berkiblatkan Israel itu akan mempunyai seorang presiden yang bakal menentang polisi pro Yahudi. Siapapun yang dipilih mestilah menyokong kepentingan negara Israel dan bangsa Yahudi. Hayatilah apa yang Lee Hsien Loong cuba zahirkan dalam isu " kaum minoriti di Singapore menjadi Perdana Menteri" yang dipetik dari sebuah laman web MediaCorp Singapore

2 - Di Amerika tidak wujud sistem pendidikan yang pelbagai seperti di Malaysia. Apakah mungkin, kewujudan sekolah venakular dapat dinafikan oleh kaum cina & india dan dapat menerima SRK dan SMK dengan sepenuhnya. Jika dilihat perkembangan sekarang, penggunaan bahasa kebangsaan di jalan raya pun tidak dapat mereka patuhi apatah lagi penerimaan Dong Jiao Zong tentang sistem pendidikan kebangsaan ini.

3 - Baik, white or black di Amerika, dua kumpulan bangsa tersebut bukanlah penduduk asal, tetapi populasi mereka sudah menjadi majoriti berbanding dengan native indian. Jikalau di Malaysia, di Tanah Melayu ini, populasi bangsa Melayu masih lagi menjadi majoriti. Seterusnya definasi Melayu itu tidak perlu diperjelaskan lagi tentang asal usulnya malah terbukti dengan sistem beraja di tanah melayu ini yang telah wujud sejak zaman Kerajaan Kedah tua, Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Melaka dan lain lain lagi.

Dari blog Lim Kit Siang

Obama’s historic win – can a Chinese, Indian, Kadazan or Iban become Prime Minister?

This is the question I posed in Parliament at the beginning of the 16-day committee stage debate of the “wayang kulit” 2009 Budget debate in Parliament today. I started by congratulating Barack Obama for his historic win as United States President as it was unthinkable even until very recently for anyone to believe that it is possible for a black, who were slaves until some 150 years ago, to be able to become President of US.

I said Parliament should also send its congratulations to Obama.

However, Obama’s historic breakthrough make many Malaysians ask whether it is possible for a Chinese, Indian, Kadazan to become the Prime Minister of Malaysia although the Constitution is very clear that any Malaysian citizen, regardless of race or religion can become Prime Minister.

If such a question is asked 50 years ago, the nation’s founders like Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Tun Hussein Onn, Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin and Tun V.T. Sambanthan would unhesitatingly answered in the positive as there is no constitutional bar - separate from the question of whether it was likely to happen.

But if the same question is asked now, there will be strong voices (as heard in Parliament today when this question was posed) who would rise up to say no.

Who is going against the Merdeka Constitution and the social contract reached by the forefathers of the major communities to achieve national independence half a century ago?

Why is Malaysian race relations and nation-building going backwards in the past 50 years as compared to the historic breakthrough in race relations in the United States with Obama’s historic victory in the US presidential elections?

Dari Utusan Malaysia Online

Presiden MCA kaitkan Obama dengan isu PKNS

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman. Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai

contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks. Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih.

"Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS, kata Ong yang juga Menteri Pengangkutan, dalam satu kenyataan di sini.

Ong berkata, reaksi daripada sesetengah ahli politik daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang berhubung pelantikan itu menunjukkan bahawa mereka masih lagi berada di dalam kepompong perkauman mereka sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

Isu ini perlu ditangani dengan bijak kerana orang melayu perlu sedar semakin banyak pihak yang bersikap 'menangguk di air keroh' untuk kepentingan masing-masing. Kalau nak menangguk di Air Keroh pergi la Melaka, kat sana ada Air Keroh...

Anonymous said...

Sure why not? They just have to wait another 150 years!!!! Come on lah.... these people will only comment and want something that suits them. They will fight to their teeth defending the vernacular schools. The reason?... it has better system, better teachers, etc.,etc. If they are honest enough and think that vernacular schools are better, why don't bring the systems into sekolah kebangsaan. In other words, share with other people. After they want Malaysian Malaysia right? By the way, I am dissapointed by the response given by our PM on this issue. He should have rejected the idea outright as what is done by Singapore's PM.