Sebentar tadi Dato Seri Tajol Rosli Ghazali telah mengumumkan untuk mengundurkan diri sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan Pengerusi Barisan Nasional Perak berkuatkuasa serta merta. Dato ' Seri Najib Tun Razak pula akan mengambil-alih tugas-tugas beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak dan Pengerusi Barisan Nasional Perak manakala Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula akan bertindak sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak.
Pada sekitar penghujung bulan Mac 2009 atau lebih tepat lagi selepas Perhimpunan Agung UMNO 2009, seorang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak dan Pengerusi Barisan Nasional Perak yang baru akan dilantik kerana perlantikan Dato ' Seri Najib Tun Razak ini hanya bersifat sementara. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang dipegang oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Dato Seri Tajol Rosli Ghazali telah berpendapat bahawa ada pemimpin yang lebih layak dan lebih baik dari beliau untuk memimpin UMNO & BN di Perak. Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat sebentar tadi telah menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh beliau.
30 January 2009
Dato Seri Tajol Rosli Ghazali mengundur diri
at 1:00 AM Posted by localhost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Benarkah Datuk Tajol Rosli mengundur diri atau dipaksa melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri? Apakah ini perancang pihak tertentu untuk menjatuhkan Datuk Tajol secara paksa. Jika diilkuti perkembangan politik di Perak pada mulanya seorang wakil rakyat lompat parti. Kemudian yang dipersalahkan tentulah Pengerusi perhubungan negeri. Akibat malu dan dipaksa maka si Tajol ni kena le lepaskan jawatan. Seterusnya DS Najib pun ambil alih kuasa sebagai Pengerusi perhubungan negeri. Maka simamat tadi pun lompatlah balik ke BN dan ........
maaf sebelum menulis panjang lebar saya ingin menegaskan di sini saya bukanlah orang politik tetapi sebagai ahli akademik yang sentiasa prihatin dengan perkembangan politik di Malaysia masa kini. Saya melihat perjuangan politik masyarakat di Malaysia agak sukar untuk dinilai dari luar.Masing- masing ade agenda yang tersendiri. Politik tidak ada lagi nilai murni. Rakyat Malaysia telah mula hilang perpaduan dalam kontek etnik yang sama . Apatah lagi jika berbeza ideologi. Wadah-wadah perjuangan yang satu ketika dulu penuh dengan nilai perjuangan tulin terhakis. Pemimpin bergaduh, bertikam lidah, jata mengata, membuka keaiban sendiri dan orang lain tanpa ade perasaan segan silu, gila kuasa, jatuh menjatuhkan.... kalau begini seharusnya modal insan yang hendak dibentuk mesti dari kumpulan ahli politik@pemimpin. Kita tak mahu lihat seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Post a Comment