21 March 2009

Perjuangan Belum Selesai

Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Ini lah sajak yang ditulis dakn deklimasikan sendiri oleh mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996. Sajak ini membawa erti yang amat bermakna dan mendalam sebagai pesanan dari seorang negarawan unggul kepada kita semua rakyat Malaysia.

Segala cabaran yang mendatang perlu kita tangani bersama demi agama, bangsa dan tanah air tercinta. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, sokongan dan usaha dari semua pihak adalah amat diperlukan. Ketepikan perbezaan pendapat yang ada, dengan satu tujuan untuk kesejahteraan bersama.


Read more!

18 March 2009

UMNO Dan Politik Wang

Permainan atau percaturan yang berlaku dalam politik apabila wang dijadikan sebagai landasan untuk mencipta nama dan mendaki tangga jawatan dari satu tahap ke tahap berikutnya? Sesungguhnya persoalan tersebut bukanlah secara tiba-tiba muncul apatah lagi apabila tibanya musim pemilihan seperti sekarang ini.

Sememangnya, menyebut politik wang, tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun atau alasan apa yang digunakan ia tetap salah dan bertentangan dengan nilai dan etika yang ditetapkan. Apatah lagi jika dilihat dari sudut agama.

Sebagai umat Islam yang mendukung perjuangan UMNO, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan kehidupan seharian apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan kepimpinan.

Dalam hal-hal yang melibatkan politik wang tersebut, sesungguhnya bukan sahaja masyarakat yang menolaknya sebaliknya ia juga tidak diterima dalam realiti kehidupan berlandaskan Islam. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Berkaitan hal yang sama, Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas membuktikan bahawa Islam melarang perbuatan yang keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat dalam melakukan dan melicinkan kegiatan politik wang ini.

Melihat kepada konsep politik wang tersebut bukanlah hanya kepada pemberian wang ringgit sahaja tetapi meliputi juga imbuhan-imbuhan lain yang diberikan termasuklah hadiah dan barangan sebagai imbuhan untuk mendapatkan sesuatu.

Bagi UMNO, umumnya hal-hal melibatkan politik wang ini rancak diperkatakan pada musim-musim adanya pemilihan seperti mana yang berlaku sekarang ini.

Memang sejak dari pertengahan tahun lalu lagi, para pemimpin tertinggi telah member ingatan tentang natijahnya mengamalkan politik wang ini, bukan sahaja untuk masa hadapan tetapi fahamilah juga landasan agama Islam yang menjadi pegangan hidup.

Sesungguhnya, kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada kualiti golongan cendekiawan dan profesional yang ada, lantas penularan rasuah dalam hal-hal yang melibatkan politik dan kepimpinan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap pemimpin akan datang.

Dalam masa yang sama, fahamilah juga sejarah keruntuhan empayar lampau termasuklah Kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah yang runtuh ekoran antara puncanya adalah permainan wang dalam pentadbiran.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Misalnya dapat dilihat apabila cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Lantaran itu, pengagihan wang dan kekayaan yang diterima tidak akan mampu untuk diagihkan sama rata dan rakyat akan tertindas dengan sendirinya.

Lantas fikirlah sendiri, apakah landasan sebenar sebagai seorang yang beragama Islam?


Read more!

17 March 2009

YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding

YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah dilarang untuk bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO. Begitulah keputusan Lembaga Displin UMNO melalui sidang medianya sebentar tadi. Beliau yang memegang jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia dan Ketua Bahagian Bukit Katil, didapati bersalah dibawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO. Dengan kata lain, kesalahan tersebut merujuk kepada wujudnya perkaitan kesalahan yang melibatkan politik wang diantara agen-agen yang dilantik oleh beliau dan beliau sendiri.

YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga didapati bersalah dibawah perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO tetapi hanya diberikan amaran.

YB Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah dibawah Perkara 5.1.2, 5.5, 5.6 & 5.6.1


Read more!

04 March 2009

BUKIT SELAMBAU: Umno seen likely to do better

PARTIES within Barisan Nasional, especially Umno and the MIC, are clamouring to put up their candidates for the up-coming by-election in Bukit Selambau.

Though the seat was last contested by MIC, I feel the leadership of MIC should make way for Umno to contest the seat.

By allowing Umno to contest the seat, MIC will have to sacrifice a seat which, by tradition, is theirs to contest.

But looking at the current political scenario, I doubt that any other party candidate within the BN will have a fighting chance against Parti Keadilan Rakyat.

I hope the BN will come to a compromise, whereby the Bukit Selambau seat is temporarily given to Umno and that the MIC will be assured of a replacement seat to contest in Kedah in the next general election.
I am not denigrating the strength and credibility of MIC and its candidate per se, but one must be realistic when looking at the issue.

As the Bukit Selambau electorate is more than 50 per cent Malay, it is best that MIC gives way and supports the BN coalition.

From Letters To The Editor NST March 4 2009


Read more!

Bila Anwar berbicara tentang moral

Berikut adalah petikan dari satu artikel dari Anwar Ibrahim di Utusan Malaysia hari ini; " Pakatan pembangkang mahukan DUN Perak dibubarkan & pilihanraya negeri diadakan kerana kami mempunyai kekuatan moral & keberanian untuk berdepan rakyat"

Sungguh pelik dan geli hati bila membaca kenyataan orang yang tak bermoral bercakap tentang moral. Dalam satu lagi kes yang melibatkan reputasi moral ADUN Bukit Lanjan, pendekatan penasihat PKR dalam menangani isu anak buahnya itu sungguh berlainan. Bila kena batang hidung sendiri, habis satu negara diporak-perandakan semata-mata untuk meraih simpati. Bila kena anak buah, terus dinasihatkan "bercuti" dan sebagainya.

Jika benar beliau berani berdepan dengan rakyat, janganlah kita lupa yang beliau jugak berani mengada-adakan "rancangan 16 September" yang sudah terbukti gagal. Beliau lah yang mula-mula menjaja idea lompat melompat ini. Ikut fahaman Anwar Ibrahim jika BN lompat ke Pakatan maka itu adalah tindakan mulia dan dipandang tinggi, tapi jika sebaliknya berlaku, pelbagai tomahan dan segala yang negatif dihamburkan, lihat sahajalah apa yang berlaku di Perak sekarang.

Wahai Saudara Anwar Ibrahim, cakap tuh biarlah berdisplin, jangan sekadar sedap mulut sahaja.


Read more!