Permainan atau percaturan yang berlaku dalam politik apabila wang dijadikan sebagai landasan untuk mencipta nama dan mendaki tangga jawatan dari satu tahap ke tahap berikutnya? Sesungguhnya persoalan tersebut bukanlah secara tiba-tiba muncul apatah lagi apabila tibanya musim pemilihan seperti sekarang ini.
Sememangnya, menyebut politik wang, tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun atau alasan apa yang digunakan ia tetap salah dan bertentangan dengan nilai dan etika yang ditetapkan. Apatah lagi jika dilihat dari sudut agama.
Sebagai umat Islam yang mendukung perjuangan UMNO, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan kehidupan seharian apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan kepimpinan.
Dalam hal-hal yang melibatkan politik wang tersebut, sesungguhnya bukan sahaja masyarakat yang menolaknya sebaliknya ia juga tidak diterima dalam realiti kehidupan berlandaskan Islam. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.
Berkaitan hal yang sama, Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.
Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas membuktikan bahawa Islam melarang perbuatan yang keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat dalam melakukan dan melicinkan kegiatan politik wang ini.
Melihat kepada konsep politik wang tersebut bukanlah hanya kepada pemberian wang ringgit sahaja tetapi meliputi juga imbuhan-imbuhan lain yang diberikan termasuklah hadiah dan barangan sebagai imbuhan untuk mendapatkan sesuatu.
Bagi UMNO, umumnya hal-hal melibatkan politik wang ini rancak diperkatakan pada musim-musim adanya pemilihan seperti mana yang berlaku sekarang ini.
Memang sejak dari pertengahan tahun lalu lagi, para pemimpin tertinggi telah member ingatan tentang natijahnya mengamalkan politik wang ini, bukan sahaja untuk masa hadapan tetapi fahamilah juga landasan agama Islam yang menjadi pegangan hidup.
Sesungguhnya, kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada kualiti golongan cendekiawan dan profesional yang ada, lantas penularan rasuah dalam hal-hal yang melibatkan politik dan kepimpinan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap pemimpin akan datang.
Dalam masa yang sama, fahamilah juga sejarah keruntuhan empayar lampau termasuklah Kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah yang runtuh ekoran antara puncanya adalah permainan wang dalam pentadbiran.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Misalnya dapat dilihat apabila cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Lantaran itu, pengagihan wang dan kekayaan yang diterima tidak akan mampu untuk diagihkan sama rata dan rakyat akan tertindas dengan sendirinya.
Lantas fikirlah sendiri, apakah landasan sebenar sebagai seorang yang beragama Islam?
18 March 2009
UMNO Dan Politik Wang
at 10:18 AM Posted by localhost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment