Berdasarkan Artikel dari Utusan Malaysia bertarikh 9 Disember 2007.
BUTTERWORTH 9 Dis. – Hindu Rights Action Force (Hindraf) hari ini mengisytiharkan secara terbuka bahawa musuhnya adalah UMNO, bukan orang Melayu.
Seorang peguam yang mendakwa mewakili Hindraf, P. Uthayakumar berkata, ini kerana parti itu didakwa mengetepikan masyarakat India dalam arus pembangunan negara.
‘‘Kami telah hidup dengan baik dan bekerjasama erat dengan orang Melayu bukan setakat 50 tahun lalu tetapi sejak 200 tahun dahulu.
‘‘Kami tidak bermusuh dengan orang Melayu kerana mereka banyak membantu. Hindraf hanya memusuhi UMNO,” katanya ketika berucap semasa menghadiri upacara keagamaan di Kuil Sri Mahamariamman di Jalan Jeti Lama di sini hari ini.
Kira-kira 2,000 orang India berhimpun secara aman di kuil itu bagi mengadakan upacara keagamaan untuk mendoakan pembebasan 31 penyokong Hindraf yang ditahan ekoran terlibat dalam perhimpunan haram di ibu negara 25 November lalu.
Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 11 pagi hingga 1 petang itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Puyu, Phee Boon Poh dari DAP.
Uthayakumar berkata, masyarakat India tidak menghadapi masalah untuk terus hidup harmoni bersama masyarakat Melayu dan tidak sekali-kali berasa marah atau benci kepada orang Melayu.
Menurutnya, Malaysia tetap menjadi negara tumpah darah yang dipertahankan oleh masyarakat India negara ini, namun apa yang menjadi masalah ialah kerajaan pimpinan UMNO mengabaikan masyarakat India.
Beliau yang ditemui selepas itu juga berkata, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendedahkan tindakan Hindraf meminta sokongan dan bantuan pengganas antarabangsa iaitu Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka adalah satu pembohongan.
Menurut Uthayakumar, pembohongan itu bertujuan untuk mengalih isu yang ditimbulkan oleh Hindraf dengan mengaitkan mereka dengan kumpulan pengganas.
Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan badan bukan kerajaan antarabangsa dan kerajaan negara asing menjauhi dan tidak menyokong Hindraf.
Justeru, kata beliau, pihaknya membuat laporan polis berhubung tuduhan Musa terhadap Hindraf itu kira-kira pukul 3 petang semalam di Kuala Lumpur.
‘‘Kalau Ketua Polis Negara gagal buktikan kebenaran tuduhan itu dalam tempoh 24 jam, ternyata ia palsu,” katanya.
Mengenai penahanan 31 penyokong Hindraf, beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengadili kes mereka perlu ditukar kepada hakim baru
Komen Warong Kopi;
Berita ini juga telah dilaporkan oleh TV3 di Bulletin Utama 8.00 malam tadi ( 10 Disember 2007 ). Mereka cuba pula meraih simpati orang Melayu secara amnya. Kenapa begitu berani dan sungguh kurang ajar kenyataan mereka ini? Sedarkah mereka dengan memusuhi UMNO juga bererti mereka memusuhi orang Melayu sendiri, ini kerana UMNO itu adalah sebuah parti untuk orang Melayu khususnya? Paling kurang pun Hindraf telah menjadikan lebih 3 juta ahli UMNO sebagai musuh mereka yang nyata.
Hindraf hanya lah satu kumpulan manusia yang hanya menjaja isu perkauman sebagai publisiti murahan dalam "perjuangan" mereka. Mungkin juga ini adalah permainan politik parti pembangkang yang sememangnya cukup anti dengan UMNO.
Masalah mereka ialah kerajaan pimpinan UMNO mengabaikan masyarakat India, tetapi hakikatnya masyarakat India di Malaysia adalah jauh lebih baik dari lebih dari 30% rakyat di negara India hidup di bawah paras kemiskinan. .
Seperti ulasan Dato Seri Najib Tun Razak, Hindraf sebagai sebuah organisasi yang tidak berdaftar dan tidak terurus, tidak mempunyai hak untuk mewakili kaum India di Malaysia.
Hindraf tidak akan rugi apa-apa jika Malaysia kacau-bilau. Oleh itu saya syorkan agar tindakan yang sewajarnya patut diambil ke atas Hindraf dan penyokong-penyokongnya supaya kestabilan dan keselamatan negara lebih terjamin.
10 December 2007
UMNO musuh kami – Hindraf
at 11:50 PM Posted by localhost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
UMNO tidak pernah menjadi musuh kepada sesiapa malah UMNO telah menabur budi dan jasa untuk keselesaan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. UMNO tidak pernah laungkan isu perkauman malah UMNO sentiasa bertolerasi antara masyarakat berbilang bangsa...Seharusnya puak2 HINDRAF masuk balik sekolah, baca dan fahamilah sejarah Tanah Melayu...lagipun apalah gunanya perjuangan sia2 mereka. Paling pelik, buat pa pegang gambat Mathama Gandi...
HINDRAF ini kumpulan haram satu dunia. Di sini dia kata dia bermusuh dengan UMNO bukan Melayu. dia tak baca kah UMNO tu stand for what? kalau bukan melayu. so kalau zaman cowboy, puakpuak HINDRAF elok di panah denga busar red Indian saja
Post a Comment