22 February 2008

BN telah lama mengamalkan konsep negara kebajikan

Kerajaan BN telah lama mengamalkan konsep negara kebajikan, berikut adalah diantaranya;

Kesihatan

* 98% subsidi ditanggung kerajaan, bagi rakyat miskin RM 1 kerajaan tolak tak perlu dikenakan.
* Wujud tabung bantuan perubatan bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Sebanyak RM20.3 juta diperuntukkan untuk tahun 2008
* Bagi wanita memerlukan ujian saringan momogram bantuan khas diberikan juga oleh kerajaan

Pendidikan

* Kerajaan sediakan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga menengah
* Hapuskan yuran tahunan sekolah dan yuran peperiksaan di semua peringkat sekolah
* Buku teks diberi percuma tanpa mengira pendapatan keluarga
* Kemudahan asrama diberikan percuma kepada pelajar di Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia semua dapat subsidi dari kerajaan.
* Skim Bantuan Tuisyen diberikan kepada pelajar miskin
* Rancangan Makanan Tambahan dibekalkan secara percuma
* Program Susu Sekolah diberikan kepada mereka yang memerlukan
* Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu murid-murid miskin bagi menampung kos menghadiri sekolah
* Sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan ko-kurikulum kepada pelajar sekolah.
* Biasiswa Kecil Persekutuan untuk murid sekolah menengah dinaikan
* Pelepasan Cukai Pendapat RM4,000 diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di Institut Pengajian Tinggi Tempatan dan Luar Negara
* Perlepasan Cukai Pendapatan sebanyak RM 9,000 diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU yang belajar di Institut Pengajian Tinggi.
* RM 22,258 juta telah diberi kelulusan untuk meminjam wang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional jadi sebagai rakyat Malaysia yang berpelajaran dan menghargai jasa dan bantuan yang diberikan maka eloklah dibayar kembali. Bukan untuk kesenangan kerajaan tetapi untuk kerajaan salurkan kepada adik-adik baru yang memerlukan pembiayaan di masa hadapan.

Pengasuhan Kanak-Kanak

* TASKA di sektor awam - RM80,000 diberikan kepada majikan yang mewujudkan TASKA di tempat kerja sektor awam.
* TASKA Komuniti - RM64,000 diberikan untuk penubuhannya dan RM55,000 untuk kos operasi setiap tahun + subsidi RM180 seorang sebulan diberikan kepada kanak-kanak yang menyertai TASKA Komuniti
* TASKA/TADIKA KEMAS - RM150,000 hingga RM170,000 diberikan jika bina bangunan baru TASKA KEMAS. RM20,000 hingga RM26,000 untuk beli peralatan.
* TASKA Rumah - RM10 juta untuk membolehkan NGO beri latihan kepada suri rumah untuk wujudkan TASKA di rumah.

Perumahan

* Kerajaan belanja RM997.0 juta setahun untuk penyediaan Perumahan Rakyat Termiskin
* Program Bantuan Rumah juga diberikan kepada warga emas, OKU dan ibu tunggal

Bantuan Kebajikan

* Bantuan Kanak-kanak - RM100 - RM450 sekeluarga sebulan
* Bantuan Orang Tua - RM300 seorang sebulan
* Bantuan Anak Pelihara - RM250 seorang sebulan
* Elaun Pekerja Cacat - RM300 seorang sebulan
* Bantuan Am Persekutuan - RM80 - RM 350 sekeluarga sebulan
* Bantuan Khas - RM300 sebulan kepada penjaga OKU/Pesakit kronik yang terlantar
* Elaun peserta OKU - RM150 sebulan untuk program pemulihan dalam komuniti
* Geran Pelancaran Perniagaan -RM2,700
* Bantuan Bencana Alam - Maksimum RM 5,000
* Bantuan Mangsa Binatang Buas - RM20,000 (kalau kena baham PAS kerajaan naikan lagi)
* Bantuan Alat Tiruan/Sokongan - Diberi PERCUMA
* Program Tambahan Makanan Seimbang untuk rakyat miskin - RM10 juta
* Bantuan Pengurusan Pusat PDK - RM252,000 setahun setiap pusat
* Bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan - Jumlah keseluruhan lebih kurang RM30 juta

Kemudahan Awam

* Bekalan Air Bersih 97.9% di bandar dan 92.6% luar bandar
* Bekalan Elektrik 100% penduduk bandar dan 93.8% luar bandar
* Kemudahan telefon disedikan
* Kemudahan telefon mudah alih disediakan

Pekerjaan

* Menyediakan peluang pekerjaan baru kepada 200,000 - 400,000 rakyat setahun
* Kadar pengangguran yang rendah di bawah paras 4%

Kebajikan Pekerja Sektor Awam

* Kenaikan Gaji 7.5% - 3.5% dan faedah melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak rm8,000 juta setahun
* Cuti Bersallin bergaji penuh 60 hari dan cuti menjaga anak maksimum 5 tahun tanpa kehilangan faedah kenaikan gaji
* Cuti kepada suami apabila isteri bersalin selama 7 hari
* Cuti tanpa rekod selama 3 hari apabila waris terdekat meninggal dunia
* Kemudahan kesihatan percuma kepada ibu bapa, suami/isteri dan anak
* Balu/Duda tiada kehilangan pencen terbitan apabila bekahwin semula

Subsidi Kerajaan Persekutuan

* Petrol dan Diesel - RM37,000 juta setahun
* LPG - RM3,000 juta setahun
* Padi - RM1,000 juta setahun
* Pendidikan - RM30,000 juta setahun
* Kesihatan - RM9,000 juta setahun
* Lain-Lain - RM1,000 juta setahun
* JUMLAH -------------> RM 81,000 JUTA SETAHUN

Pengangkutan

* Menurunkan cukai jalan bagi semua jenis kenderaan mulai Januari 2007 melibatkan pengurangan hasil kepada kerajaan sebanyak RM250.0 juta setahun
* Cukai Jalan bagi motorsikal berkuasa 150cc dikurangkan daripada RM50 kepada RM2 setahun
* Cukai Kenderaan Persendirian di bawah 1600cc dikurangkan sebanyak 50%

No comments: