05 February 2008

Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba memperdayakan rakyat

Dipetik dari sebuah artikel pada 5 January 2008 di Harakah

Negara akan punah jika terus diterajui Umno - Anwar

KANGAR, 4 Jan (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mendakwa negara ini akan menjadi punah kerana diterajui oleh pemimpin Umno yang suka menipu rakyat dengan memutar belitkan kenyataan.

Dalam ceramahnya di Kangar Jumaat lalu, Anwar mengingatkan orang ramai bahawa pemimpin Umno/BN semakin terdesak apabila beliau mengumumkan untuk menurunkan harga minyak sekiranya Barisan Alternatif berjaya mengambil alih pemerintahan negara ini.

Katanya lagi, sekiranya BN terus diberikan mandat rakyat akan terus menderita dengan menanggung kenaikan kos sara hidup seperti kenaikan harga barang dan harga minyak.
"Saya ulangi, sekiranya kita menang malam ini, esok harga minyak akan turun. Tapi pemimpin Umno kata kalau turun harga minyak negara akan bankrap. ini menipu rakyat.

"Bila kita turunkan harga minyak, beban rakyat akan berkurangan. Ini baru minyak petrol sahaja, kita belum sentuh hasil lain seperti sawit, cukai dan lain-lain," katanya.

Selain itu, Anwar menegaskan penurunan harga minyak boleh dibuat kerana hasil keuntungan Petronas adalah terlalu banyak dan ia tidak melibatkan jumlah yang banyak.

"Saya kata turun harga minyak bukannya kita nak turunkan sampai di bawah harga kos. Selama tujuh tahun saya jadi Menteri Kewangan, harga minyak tak pernah naik pun. Kenapa menteri-menteri ni tak pernah fikir?


Komen; Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, harga minyak mentah atau crude oil pada zaman DSAI menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia di antara 1993 - 1998 adalah sekitar USD 20 se tong. Tetapi akibat beberapa peristiwa penting di dunia seperti kejadian 11 Sept di New York, Perang Teluk yang kedua dan juga kebangkitan ekonomi Asia terutama di China dan India harga komoditi tersebut melambung sehingga USD 100 se tong. Apakah pembangkang mampu menurunkan harga minyak di Malaysia ini sedangkan harga minyak semakin hari semakin naik? Patut lah pada zaman DSAI minyak tak naik naik. Di manakah logiknya kenyataan DSAI ini? Harapnya janganlah ada orang mudah percaya dengan permainan politik DSAI ini. Agak-agaknya lah DSAI boleh buat minyak sendiri, tu sebab dia boleh turunkan harga.



"Yang peliknya mereka sedang sibuk buat koridor pembangunan di sana-sini. Jumlah melibatkan lebih RM120 bilion. Oh, nak buat koridor ada duit, nak turun harga minyak, harga barang negara boleh bankrap.

"Tak payah buat koridorlah, kalau duit tu guna untuk rakyat, baiki sekolah-sekolah lagi baik, berapa bilion nak guna pun kita setuju," katanya.


Komen; Sekali lagi usaha DSAI untuk memperbodohkan rakyat-rakyat sekalian. Koridor pembangunan adalah pemankin kemajuan untuk rakyat di sekitar kawasan tersebut dan menjana ekonomi Negara secara amnya. Dengan adanya koridor-koridor ekonomi tersebut akan wujud pelbagai ruang untuk pelaburan dan semakin banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Jangan lah DSAI cuba menyempitkan fikiran kami semua.

Seperkara lagi, usaha Harakah menerbitkan artikel ini dilihat sebagai menjerut tengkuk sendiri, apakah tiada lagi manifesto atau usul perjuangan yang ingin diutarakan, mungkin dari tokoh-tokoh politik PAS sendiri, selain dari suara sumbang dan temberang dari seorang yang telah kecewa dan kecundang dalam arena politik Negara? Akhirnya PAS juga yang rugi.

1 comment:

Unknown said...

DSAI ni memang bengong pun ,jenis yang tak tau malu dah la pernah terlibat dengan skandal seks luar tabie,,kalau orang lain yang mempunyai hati dan perasaan dah lama nyorok tak keluar rumah tapi dengan muka beliau keluar rumah dan menjaja keburukan orang semat-mata nak tutupkeburukan sendiri, dan memang tak relevan dia ni nak turunkan harga minyak ,cakapikut sedaphati je ,kalau betul betulnak tolong rakyat ,bawak la balik duit dia yang berjuta-juta kat luar negeri tu hasil dari tajaan negara negara kroni dia yang suka nak tengok malaysia jatuh dah hasil korupsi dia semasa jadi TPM dulu.pas tu berbakti pada rakyat bagi kat orang susah ke,anak yatim ke ,ni nak menyusahkan rakyat dengan menyanjurkan Reformasi yang ntah hapa -hapa.