24 February 2008
Calon PKR tertinggal MYKAD ketika proses penamaan calon
Cuai, itulah perkataan yang sesuai untuk Calon PKR Amirudin Bin Shari. Calon PKR tersebut adalah ayam sabung PKR untuk ADUN Kawasan N-18 Batu Caves telah tertinggal MYKAD sewaktu dalam proses pendaftaran sebagai calon di dewan SMK Sungai Pusu pagi ini. Kejadian ini telah menyebabkan beliau dan SPR sendiri terpaksa menunggu sehingga akhir waktu pendaftaran.
Sepatutnya semua calon perlu lebih teliti ketika proses penamaan dilakukan kerana walaupun dengan hanya kesilapan yang dilihat kecil seperti kesalahan ejaan sesama mengisi borang, pencalonan itu boleh dibatalkan oleh SPR atas sebab sebab perundangan.
Bayangkan jika calon yang ini menang, tidak mustahil kecuaian sebegini mampu berulang dan di masa itu mungkin terjadi kepada isu-isu atau perihal yang lebih serius lagi. Ini baru peringkat penamaan calon.
at 2:56 PM Posted by localhost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
KALAU MYKAD PUN BOLEH TERTINGGAL PADA HARI YANG PENTING MAKA TAK MUSTAHIL LAH AKAN BANYAK LAGI KECUAIAN YANG AKAN BERLAKU JIKA DIBERI KESEMPATAN MEMEGANG KUASA. NILAILAH SENDIRI MANA LETAKNYA TANGGUNGJAWAB...
Post a Comment