30 June 2008

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta perlindungan di Kedutaan Turki

Negara gempar lagi dengan kejadian yang berkaitan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menerima ugutan atau ancaman bunuh ekoran kes dakwaan meliwat melibatkannya. Pada pagi Ahad 29 Jun 2008, beliau telah pergi mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki dan sehingga diwaktu ini beliau masih lagi berada di sana.

Tetapi ini bukan kali pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kejutan seperti ini. Pada 1998 negara telah dikejutkan dengan tuduhan yang mengatakan beliau telah diracun dengan Arsenik dan disuntik dengan HIV ketika didalam tahanan. Tetapi selepas disiasat dan disahkan doktor pakar, jawapan yang diterima ialah, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dijangkiti oleh unsur-unsur seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Apakah isu kali ini tidak lebih dari satu permainan politik Datuk SeriAnwar Ibrahim? Jika selepas PRU12, pada perhimpunan "Black 14" dipertengahan bulan April, di Kampung Baru, dengan nada yang yakin dan bongkak beliau telah menyatakan yang pihak pembangkang mempunyai angka yang cukup untuk mengambil alih kerajaan. Tetapi sehingga kini Barisan Nasional masih lagi merupakan parti pemerintah di Parlimen.



Untuk isu Saiful Bahri, siapakah sebenarnya yang terancam atau diancam? Perhatikan dalam kes ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat seorang anak muda dan kerana ini beliau menerima ugutan bunuh? Bukankah laporan Saiful Bahri, itu akan mengakibatkan dirinya menjadi sasaran penyokong-penyokong fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim? Siapa sebenarnye yang lebih terancam?

Tetapi siapakah yang akan memperolehi faedah secara langsung atau tidak langsung jika kita renungkan isu terbaru ini dengan lebih mendalam? Pada pandangan ramai, kelebihan tetap akan menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau disabitkan bersalah atau pun tidak. Atau lebih tepat, wujud atau tidak konspirasi yang diwar-warkan oleh PKR dalam kes ini. Lihat sahajalah keputusan mahkamah pada tahun 1998. Rakyat akan lebih mudah simpati dengan "nasib" Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu lagi persoalan yang penting, kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempunyai pengaruh besar dalam senario politik Malaysia, tergamak memohon perlindungan negara asing, sedangkan sekarang ini, pihak pembangkang telah mempunyai 82 kerusi Parlimen. Tidakkah pemimpin yang berjiwa besar seperti beliau tidak percaya dengan sistem kehakiman dan sistem keselamatan dan tambah lagi dengan penyokong-penyokong beliau di Malaysia ini lagi? Tindakan tidak bertanggung-jawab beliau amat memalukan rakyat dan negara kerana tidak mustahil beliau akan melakukan perbuatan yang sama jika ada tekanan sedemikian berulang kembali.

1 comment:

Anonymous said...

Tengoklah nanti -sepandai-pandai tupai melompat akhirnya satu hari jatuh ke tanah juga.Sama-samalah kita tunggu dan saksikan siapa yang benar siapa yang salah.ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN YANG BENAR!