24 June 2008

Pegawai Khas MB Selangor Khalid Ibrahim Digantung Kerja


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan Yahya Sahri yang merupakan Pegawai Khas beliau yang sebelum ini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) digantung kerja selama dua bulan berkuat kuasa 23/6/2008.



Menurut Abdul Khalid, tindakan gantung tugas dan gaji itu dibuat bagi membolehkan siasatan dibuat dengan meneliti semula semua dokumen yang pernah dikendalikan pegawai kanan di pejabatnya itu.

Katanya, beliau memaklumkan kepada pegawai kanan di pejabatnya itu mengenai tindakan tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam dan surat rasmi mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

Yahya Sahri menghadapi pertuduhan pecah amanah kerana pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya. Kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai penggantungan Yahya Sahri adalah merupakan satu kenyataan yang berlawanan sama sekali dengan kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini pada 11 June oleh Bernama

SHAH ALAM, June 11 (Bernama) -- Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said Wednesday that the Anti-Corruption Agency (ACA) has found no elements of corruption or power abuse among senior officers in his office. This follows an investigation by the ACA on the officers after four men who claimed they were Parti Keadilan Rakyat members that there was probably an abuse of power or corruption in the awarding a garbage collection contract in Petaling Jaya.

Speaking to reporters after chairing the State Executive Council meeting here, Khalid said that despite the ACA's clearance, the officer involved would be told to attend a seminar or course on integrity and accountability so that he would be more careful in carrying out his duties in future.

No comments: