17 September 2008

Kerana Mu Anwar, PAS Berpecah - Part 2

Tindakan Datuk Mustafa Ali yang menyuarakan pandangan peribadinya terhadap temberang Anwar terus mendapat tentangan yang hebat dari Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kali ini temberang yang dimaksudkan adalah ketidakpercayaan tentang tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat yang menggantikan Kerajaan Barisan Nasional pada tarikh 16 September 2008 atas sebab Parlimen tidak bersidang pada tarikh berkenaan.

Jika dilihat dengan lebih mendalam, Datuk Mustafa Ali sebenarnya lebih berpandangan rasional dan realisitik dari Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mengharungi arus perjuangan PAS. Kerana terlampau percayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup membuat kenyataan yang tidak konsisten lebih –lebih lagi dengan reputasi beliau sebagai Tok Guru.

Sebagai contoh, sebuah artikel dipetik dari Bernama 22 Mac 2008 yang bertajuk LOMPAT PARTI KERJA ORANG TAK BERMARUAH - NIK AZIZ NIK MAT;

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.

“Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini, pada hari Sabtu.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa.
Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.

Kemudian, dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan September 17 2008 yang bertajuk LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;

KOTA BHARU . - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.
Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini hari ini.
Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya.
Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Utusan

Akhir-akhir ini, percanggahan pendapat diantara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Mustafa Ali semakin memuncak berikutan sebuah artikel hasil tulisan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA telah diarahkan diarah ditarik siarannya dari Harakah.

Kemelut Pemimpin tertinggi PAS ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur gila kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyemai benih-benih kebencian terhadap penyatuan PAS-UMNO. Perihal ini juga telah menyebabkan terjadinya dua kumpulan di dalam PAS iaitu terdiri dari team Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Husam Musa dan team Datuk Seri Abdul Hadi Awang & Datuk Mustafa Ali.

3 comments:

Kembara Politik said...

PAS nampaknya dah berpecah kepada Team A = Hadi Awang & Team B = Nik Aziz. Presiden vs Mursyidul Am. Terengganu vs Kelantan. Tindakan menggulingkan Team A sudah bermula...

Kembara Politik said...

Assalamualaikum & Salam Ramadhan.

Saya ingin meminta kebenaran saudara untuk meletakkan blog saudara dalam senarai blogroll saya.

http://kembarapolitik.blogspot.com/

localhost said...

thanks and appreciate psytroopers