21 October 2008

Wartawan Malaysiakini letak jawatan, mengaku bertanggungjawab

Wartawan portal Malaysiakini, Wong Choon Mei yang menulis mengenai laporan berhubung manifesto yang kononnya dikeluarkan Datuk Seri Najib Razak, Ahad lalu, hari ini meletakkan jawatan.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini jam 11.13 pagi ini, Wong berkata: "Ia kesalahan saya dan saya bersedia mengambil tanggungjawab penuh terhadap laporan itu dan meletakkan jawatan."

Beliau yang dilaporkan berpengalaman 10 tahun dalam bidang kewartawanan, baru tiga bulan menyertai Malaysiakini.

Wong pernah berkhidmat dengan The Edge, Reuters and Channel News Asia.

Laporan portal itu juga memetik Ketua Pengarangnya, Steven Gan, sebagai berkata mereka terkejut dengan laporan itu dan menambah ia tidak sepatutnya disiarkan.

"Ia kesilapan yang serius di pihaknya dan kami menerima peletakannya jawatannya," katanya.

Semalam, Pejabat Timbalan Perdana Menteri menegaskan laporan yang disiarkan portal itu adalah usaha pihak tertentu untuk mencemarkan imej Najib.

2 comments:

Anonymous said...

This is the noble thing to do for the malaysiakini journalist to admit the mistake for publishing something without checking the truth and facts. But how about those from Utusan who have done the same thing? Do they have balls to admit their mistake and be responsible? Or they are too arrogant and prefer to hide under the skirt of their political master who has all the power to defend them.

PsyTroopers said...

Semua ni agenda nak jatuhkan Najib. Siapa dalang di belakang Wong Choon Mei?