28 February 2008

Events like this make me wish I were Malaysian

Taken from The Malay Mail 28th Feb 2008


Read more!

Lagi Fakta Perihal Subsidi Minyak Di Malaysia


Di petik dari Utusan Malaysia 28 Februari 2008


Read more!

26 February 2008

Pilihanraya 2008 - Undilah Barisan Nasional


Sila Klik Pada Imej Untuk Muat Turun

Laporan Kemajuan & Manifesto Barisan Nasional 2008

Penjelasan Mengenai Subsidi & Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat

Ekonomi Malaysia: Fakta & Maklumat


Read more!

24 February 2008

Calon PKR tertinggal MYKAD ketika proses penamaan calon

Calon PKR Amirudin Bin Shari ( berada di tengah -berbaju melayu biru ) sewaktu pendaftaran.

Sesi bergambar bersama calon calon pembangkang yang lain


Cuai, itulah perkataan yang sesuai untuk Calon PKR Amirudin Bin Shari. Calon PKR tersebut adalah ayam sabung PKR untuk ADUN Kawasan N-18 Batu Caves telah tertinggal MYKAD sewaktu dalam proses pendaftaran sebagai calon di dewan SMK Sungai Pusu pagi ini. Kejadian ini telah menyebabkan beliau dan SPR sendiri terpaksa menunggu sehingga akhir waktu pendaftaran.

Sepatutnya semua calon perlu lebih teliti ketika proses penamaan dilakukan kerana walaupun dengan hanya kesilapan yang dilihat kecil seperti kesalahan ejaan sesama mengisi borang, pencalonan itu boleh dibatalkan oleh SPR atas sebab sebab perundangan.

Bayangkan jika calon yang ini menang, tidak mustahil kecuaian sebegini mampu berulang dan di masa itu mungkin terjadi kepada isu-isu atau perihal yang lebih serius lagi. Ini baru peringkat penamaan calon.


Read more!

23 February 2008

Fakta Harga Minyak - Bahagian Ketiga





Bukankah subsidi LPG & NGV & Diesel amat bermakna dan berguna kepada rakyat keseluruhannya, malah kemudahan subsidi ini juga dapat dinikmati oleh peniaga-peniaga makanan yang menggunakan LPG dalam perniagaan mereka, pemandu-pemandu teksi NGV, nelayan-nelayan boat diesel, dan pelbagai lagi lapisan masyarakat yang mencari rezeki dengan menggunakan sumber tenaga & bahanapi petroleum.


Read more!

22 February 2008

BN telah lama mengamalkan konsep negara kebajikan

Kerajaan BN telah lama mengamalkan konsep negara kebajikan, berikut adalah diantaranya;

Kesihatan

* 98% subsidi ditanggung kerajaan, bagi rakyat miskin RM 1 kerajaan tolak tak perlu dikenakan.
* Wujud tabung bantuan perubatan bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Sebanyak RM20.3 juta diperuntukkan untuk tahun 2008
* Bagi wanita memerlukan ujian saringan momogram bantuan khas diberikan juga oleh kerajaan

Pendidikan

* Kerajaan sediakan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga menengah
* Hapuskan yuran tahunan sekolah dan yuran peperiksaan di semua peringkat sekolah
* Buku teks diberi percuma tanpa mengira pendapatan keluarga
* Kemudahan asrama diberikan percuma kepada pelajar di Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia semua dapat subsidi dari kerajaan.
* Skim Bantuan Tuisyen diberikan kepada pelajar miskin
* Rancangan Makanan Tambahan dibekalkan secara percuma
* Program Susu Sekolah diberikan kepada mereka yang memerlukan
* Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu murid-murid miskin bagi menampung kos menghadiri sekolah
* Sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan ko-kurikulum kepada pelajar sekolah.
* Biasiswa Kecil Persekutuan untuk murid sekolah menengah dinaikan
* Pelepasan Cukai Pendapat RM4,000 diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di Institut Pengajian Tinggi Tempatan dan Luar Negara
* Perlepasan Cukai Pendapatan sebanyak RM 9,000 diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU yang belajar di Institut Pengajian Tinggi.
* RM 22,258 juta telah diberi kelulusan untuk meminjam wang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional jadi sebagai rakyat Malaysia yang berpelajaran dan menghargai jasa dan bantuan yang diberikan maka eloklah dibayar kembali. Bukan untuk kesenangan kerajaan tetapi untuk kerajaan salurkan kepada adik-adik baru yang memerlukan pembiayaan di masa hadapan.

Pengasuhan Kanak-Kanak

* TASKA di sektor awam - RM80,000 diberikan kepada majikan yang mewujudkan TASKA di tempat kerja sektor awam.
* TASKA Komuniti - RM64,000 diberikan untuk penubuhannya dan RM55,000 untuk kos operasi setiap tahun + subsidi RM180 seorang sebulan diberikan kepada kanak-kanak yang menyertai TASKA Komuniti
* TASKA/TADIKA KEMAS - RM150,000 hingga RM170,000 diberikan jika bina bangunan baru TASKA KEMAS. RM20,000 hingga RM26,000 untuk beli peralatan.
* TASKA Rumah - RM10 juta untuk membolehkan NGO beri latihan kepada suri rumah untuk wujudkan TASKA di rumah.

Perumahan

* Kerajaan belanja RM997.0 juta setahun untuk penyediaan Perumahan Rakyat Termiskin
* Program Bantuan Rumah juga diberikan kepada warga emas, OKU dan ibu tunggal

Bantuan Kebajikan

* Bantuan Kanak-kanak - RM100 - RM450 sekeluarga sebulan
* Bantuan Orang Tua - RM300 seorang sebulan
* Bantuan Anak Pelihara - RM250 seorang sebulan
* Elaun Pekerja Cacat - RM300 seorang sebulan
* Bantuan Am Persekutuan - RM80 - RM 350 sekeluarga sebulan
* Bantuan Khas - RM300 sebulan kepada penjaga OKU/Pesakit kronik yang terlantar
* Elaun peserta OKU - RM150 sebulan untuk program pemulihan dalam komuniti
* Geran Pelancaran Perniagaan -RM2,700
* Bantuan Bencana Alam - Maksimum RM 5,000
* Bantuan Mangsa Binatang Buas - RM20,000 (kalau kena baham PAS kerajaan naikan lagi)
* Bantuan Alat Tiruan/Sokongan - Diberi PERCUMA
* Program Tambahan Makanan Seimbang untuk rakyat miskin - RM10 juta
* Bantuan Pengurusan Pusat PDK - RM252,000 setahun setiap pusat
* Bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan - Jumlah keseluruhan lebih kurang RM30 juta

Kemudahan Awam

* Bekalan Air Bersih 97.9% di bandar dan 92.6% luar bandar
* Bekalan Elektrik 100% penduduk bandar dan 93.8% luar bandar
* Kemudahan telefon disedikan
* Kemudahan telefon mudah alih disediakan

Pekerjaan

* Menyediakan peluang pekerjaan baru kepada 200,000 - 400,000 rakyat setahun
* Kadar pengangguran yang rendah di bawah paras 4%

Kebajikan Pekerja Sektor Awam

* Kenaikan Gaji 7.5% - 3.5% dan faedah melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak rm8,000 juta setahun
* Cuti Bersallin bergaji penuh 60 hari dan cuti menjaga anak maksimum 5 tahun tanpa kehilangan faedah kenaikan gaji
* Cuti kepada suami apabila isteri bersalin selama 7 hari
* Cuti tanpa rekod selama 3 hari apabila waris terdekat meninggal dunia
* Kemudahan kesihatan percuma kepada ibu bapa, suami/isteri dan anak
* Balu/Duda tiada kehilangan pencen terbitan apabila bekahwin semula

Subsidi Kerajaan Persekutuan

* Petrol dan Diesel - RM37,000 juta setahun
* LPG - RM3,000 juta setahun
* Padi - RM1,000 juta setahun
* Pendidikan - RM30,000 juta setahun
* Kesihatan - RM9,000 juta setahun
* Lain-Lain - RM1,000 juta setahun
* JUMLAH -------------> RM 81,000 JUTA SETAHUN

Pengangkutan

* Menurunkan cukai jalan bagi semua jenis kenderaan mulai Januari 2007 melibatkan pengurangan hasil kepada kerajaan sebanyak RM250.0 juta setahun
* Cukai Jalan bagi motorsikal berkuasa 150cc dikurangkan daripada RM50 kepada RM2 setahun
* Cukai Kenderaan Persendirian di bawah 1600cc dikurangkan sebanyak 50%


Read more!

Fakta Harga Minyak - Bahagian Kedua






Dalam realiti ekonomi pasaran terbuka di dunia masa kini, harga komoditi seperti minyak tidak terlepas dari kenaikan harga yang disebabkan dari pelbagai punca dan aspek. Dalam konteks di Malaysia yang rakyatnya terdiri dari pelbagai lapisan ekonominya, harga minyak memang akan memberi kesan terhadap belanjawan dan perbelanjaan setiap individu. Bila saya go through attachement kat atas ni, saya rasa bersyukur kerana kita di Malaysia. Malaysia adalah salah sebuah negara yang mengeluarkan minyak dan memberi subsidi kepada rakyatnya. 

Usul parti pembangkang PAS, Keadilan & DAP untuk menurunkan harga minyak sebanyak 30 sen seliter telah menampakkan kelemahan mereka dalam cubaan merencanakan manifesto pilihanraya masing masing.


Read more!

21 February 2008

Pas akui tidak mampu wujudkan negara kebajikan

Dipetik dari Utusan Online 21 Feb 2008

KOTA BHARU 20 Feb. – Pas mengakui tidak mampu merealisasikan kewujudan negara kebajikan seperti yang terkandung dalam manifesto parti itu, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Husam berkata, Pas sedar mereka tidak mampu membentuk kerajaan dengan hanya 60 kerusi Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

“(Negara kebajikan) itu, untuk pujuk rakyat supaya terima kita. Buat permulaan, kita tidak berhasrat memerintah negara, Pas hanya mahu mengurangkan majoriti dua pertiga yang diperoleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Negara kebajikan itu sebagai tawaran. Kalau kita tak beri tawaran, macam mana rakyat nak buat pilihan,” katanya kepada pemberita bagi menjawab pertanyaan berhubung kesungguhan Pas mewujudkan negara kebajikan memandangkan parti itu hanya bertanding 60 kerusi Parlimen yang jauh daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan walaupun menang di semua kerusi yang ditandingi.

Bagi membentuk majoriti mudah dan menguasai Dewan Rakyat, sesebuah parti perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya umum lepas, BN memperoleh majoriti dua pertiga apabila memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen.

Pas sebelum ini menawarkan negara kebajikan menerusi bantuan sara hidup bulanan kepada golongan miskin terutama warga emas, sistem pembelajaran percuma, mengurangkan harga petrol, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta perkhidmatan kesihatan percuma.


Read more!

05 February 2008

Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba memperdayakan rakyat

Dipetik dari sebuah artikel pada 5 January 2008 di Harakah

Negara akan punah jika terus diterajui Umno - Anwar

KANGAR, 4 Jan (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mendakwa negara ini akan menjadi punah kerana diterajui oleh pemimpin Umno yang suka menipu rakyat dengan memutar belitkan kenyataan.

Dalam ceramahnya di Kangar Jumaat lalu, Anwar mengingatkan orang ramai bahawa pemimpin Umno/BN semakin terdesak apabila beliau mengumumkan untuk menurunkan harga minyak sekiranya Barisan Alternatif berjaya mengambil alih pemerintahan negara ini.

Katanya lagi, sekiranya BN terus diberikan mandat rakyat akan terus menderita dengan menanggung kenaikan kos sara hidup seperti kenaikan harga barang dan harga minyak.
"Saya ulangi, sekiranya kita menang malam ini, esok harga minyak akan turun. Tapi pemimpin Umno kata kalau turun harga minyak negara akan bankrap. ini menipu rakyat.

"Bila kita turunkan harga minyak, beban rakyat akan berkurangan. Ini baru minyak petrol sahaja, kita belum sentuh hasil lain seperti sawit, cukai dan lain-lain," katanya.

Selain itu, Anwar menegaskan penurunan harga minyak boleh dibuat kerana hasil keuntungan Petronas adalah terlalu banyak dan ia tidak melibatkan jumlah yang banyak.

"Saya kata turun harga minyak bukannya kita nak turunkan sampai di bawah harga kos. Selama tujuh tahun saya jadi Menteri Kewangan, harga minyak tak pernah naik pun. Kenapa menteri-menteri ni tak pernah fikir?


Komen; Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, harga minyak mentah atau crude oil pada zaman DSAI menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia di antara 1993 - 1998 adalah sekitar USD 20 se tong. Tetapi akibat beberapa peristiwa penting di dunia seperti kejadian 11 Sept di New York, Perang Teluk yang kedua dan juga kebangkitan ekonomi Asia terutama di China dan India harga komoditi tersebut melambung sehingga USD 100 se tong. Apakah pembangkang mampu menurunkan harga minyak di Malaysia ini sedangkan harga minyak semakin hari semakin naik? Patut lah pada zaman DSAI minyak tak naik naik. Di manakah logiknya kenyataan DSAI ini? Harapnya janganlah ada orang mudah percaya dengan permainan politik DSAI ini. Agak-agaknya lah DSAI boleh buat minyak sendiri, tu sebab dia boleh turunkan harga.



"Yang peliknya mereka sedang sibuk buat koridor pembangunan di sana-sini. Jumlah melibatkan lebih RM120 bilion. Oh, nak buat koridor ada duit, nak turun harga minyak, harga barang negara boleh bankrap.

"Tak payah buat koridorlah, kalau duit tu guna untuk rakyat, baiki sekolah-sekolah lagi baik, berapa bilion nak guna pun kita setuju," katanya.


Komen; Sekali lagi usaha DSAI untuk memperbodohkan rakyat-rakyat sekalian. Koridor pembangunan adalah pemankin kemajuan untuk rakyat di sekitar kawasan tersebut dan menjana ekonomi Negara secara amnya. Dengan adanya koridor-koridor ekonomi tersebut akan wujud pelbagai ruang untuk pelaburan dan semakin banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Jangan lah DSAI cuba menyempitkan fikiran kami semua.

Seperkara lagi, usaha Harakah menerbitkan artikel ini dilihat sebagai menjerut tengkuk sendiri, apakah tiada lagi manifesto atau usul perjuangan yang ingin diutarakan, mungkin dari tokoh-tokoh politik PAS sendiri, selain dari suara sumbang dan temberang dari seorang yang telah kecewa dan kecundang dalam arena politik Negara? Akhirnya PAS juga yang rugi.


Read more!