15 January 2009

PAS Tunduk Pada DAP?

Sudah terang lagi bersuluh.... Itulah kenyataannya yang berlaku sekarang ini. Semua orang tahu, nampak dan dengar sendiri pendirian DAP yang menjadi sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat untuk tidak menerima hudud dan tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

PAS seakan hilang punca, tak tahu mana hendak lari apatah lagi telah jelas nampak gaya Pas tunduk kepada DAP, membelakangkan cerdik pandai Islam dan memalingkan mukanya kepada bukan Islam yang sememangnya nyata anti Islam dan orang yang diketahui ilmunya mengenai Islam untuk megharapkan pendapat bagi menjayakan Hudud.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pernah mengumumkan pada 7 Mac 2000, ketika dia menjadi Menteri Besar Terengganu bahawa Hudud tidak terlalu penting untuk disegerakan dan pelaksanaan Hudud ibarat 0.0001 peratus daripada aspek hukum-hukum Islam.

Tapi ia muncul semula apabila Kuala Terengganu berdepan dengan pilihan raya kecil. Jelas sekali hudud PAS sekarang ini adalah hudud pilihan raya yang digunakan untuk PAS memancing undi setelah tahu calonnya Mohd Wahid Endut semakin tersepit.
Mengikut rentetan retorik PAS mengenai hudud yang menjadi antara agenda politik, Kerajaan Pas Kelantan membayar RM250,000 kepada perunding bagi menyiapkan Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang dinamakan Hudud tetapi tidak dilaksanakan hingga sekarang.

Antaranya ialah fasal 56 terpakai untuk melantik orang Islam sahaja, manakala fasal 68 syarat lantik hakim ikut mahkamah sivil dan ini bermakna bukan Islam boleh jadi hakim mahkamah Hudud dan pada 25 Disember 1999 dimana PAS menang pilihan raya umum Negeri Terengganu dan persoalan berkaitan hukum hudud diajukan maka jawab Menteri Besarnya, Hadi Awang kata, Hudud ibarat 0.0001 daripada aspek hukum Islam.

Persoalannya, mengapa hukum hudud ini ditimbulkan setiap kali PAS bertanding dalam pilihan raya.

2 comments:

Anonymous said...

sheikh buat-buat mengucap... hukum tuhan tue. bersyukur kita masih ade pihak yang cuba memulihkan imej islam masa kini. kalau tidak dah lame bala tuhan turun kat kite...

Anonymous said...

Saya sokong ada pihak yang cuba memulihkan Islam...tapi sayangnya golongan ini mengambil kesempatan dengan mempergunakan Islam untuk kepentingan peribadi...tu yang saya lawan habis-habisannnnn...