28 June 2007

Peringatan kepada kalangan yang suka mengkafirkan orang lain

Hadis ‘Itban bin Malik (Radiyallahu’Anhu):

Diriwayatkan daripada Mahmud bin Ar-Rabi’ (Radiyallahu ‘Anhu), katanya: Aku berjumpa ‘Itban ketika aku pergi ke Madinah. Lalu aku meminta beliau meriwayatkan sebuah hadis . Kata beliau : “Mataku ditimpa sejenis penyakit yang menyebabkan aku mengirim utusan kepada Rasulullah (Shallallahu ‘Alahi wa Sallam) yang mengatakan bahawa aku amat mengharapkan kedatangan Baginda Rasul untuk bersama – sama aku dan mendirikan sembahyang di rumah sehingga aku menjadikannya sebagai Musalla tempat sembahyang.”

‘Itban berkata lagi: “Tidak lama selepas itu, Rasulullah (Shallalhu ‘Alaihi wa
Sallam ) pun tiba bersama-sama para sahabat dan baginda Rasul terus masuk ke rumah. Aku mendirikan sembahyang sementara para sahabat masih lagi berbincang sesama mereka di mana sebahagian dari mereka memperkatakan tentang kemunafikan Malik bin Dukhsyum. Para sahabat mengharap agar Rasulullah (Shallallahhu ‘Alaihi wa Sallam) mendoakan Malik bin Dukhsyum. Para sahabat mengharap agar Rasulullah (Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam) mendoakan Malik bin Dukhsyum agar ditimpa malapetaka. Sebaik sahaja baginda Rasul selesai mendirikan sembahyang , baginda Rasul bertanya dengan bersabda: “Bukankah dia mengucap Dua Kalimah Syahadat”.

Para sahabat menjawab: “Dia mengucapnya hanyalah di mulut semata-mata tetapi tidak di hati”. Baginda Rasul bersabda: “Seseorang yang tidak mengucap Dua Kalimah Syahadat nescaya dia akan dimasukkan ke dalam neraka atau dimakan oleh neraka.”

Penjelasan:


Menerusi hadis diatas dijelaskan bahawa orang yang telah mengucap dua kalimah syahadat di mulutnya tidak boleh lagi dianggap sebagai orang kafir. Justeru , kita tidak boleh mendoakan kecelakaan dan keburukan untuknya.

Peristiwa yang menyebut para sahabat ingin agar Rasulullah (Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam) mendoakan orang yang mereka ragui keislamannya mendapat malapetaka, jelas tidak dibenarkan oleh Rasulullah (Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam). Ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak boleh menuduh orang lain kafir sekalipun perbuatannya penuh dengan dosa dan maksiat.


Read more!

26 June 2007

HADI AWANG SALAH KAN MELAYU!!

Artikel asal : http://www.isuhot.com

Aku menjadi hairan bila Hadi awang juga mendakwa org melayu yg 'mengamuk'semasa peristiwa 13 mei.

"Umno tidak tahan dan sanggup jadi pembangkang dan ini terbukti dengan kejadian 13 Mei apabila Umno dikatakan 'mengamuk' kerana mereka kehilangan banyak kerusi ketika itu," katanya sewaktu sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS yang ke-53 sebentar tadi.

KOMENKU:
Dia tak rasa diri dia Melayu, dia rasa dirdia Pak Arab kot! Pakai baju pun ala-ala Arab. Semangat Melayu mana ada pada dia. Kalau negara dibawah pimpinan dia dan dia pulak dibawah telunjuk LKS maka hancurlah masa depan Melayu negara ini. Dia bukan sayang bangsa Melayu malah suka menyalahkan Melayu dalam segala hal. Dia mati pun LKS akan bacakan talkin kut!! Seingat akau ada orang pernah beritahu , ada seorang hamba Allah meninggal dunia di Marang, jenazah lewat dikebumikan semata-mata mahu menunggu kedatangan Haji Hadi. (terseksa mayatnya tu).
Kemudian ada orang bersuara di kubur yang dikebumikan jenazah ; “ Tolong jaga si mati sebabnya dia ni orang kita”.

Dengan siapa si lelaki yang bersuara itupun tidak diketahui, namun dikatakan kononnya memaklumkan kepada para malaikat bahawa si mati adalah dikalangan ahli PAS yang dikatakan bersabahat dengan malaikat. Lihatlah betapa taksub dan melampaunya pemimpin PAS mendoktrinkan ahli-ahlinya.

aku tak pasti samada hadi awang ini buta sejarah atau pun sudah lebih cina daripada cina semenjak berpeluk2 dgn LKS satu waktu dahulu!!!

Mengata kan umno/melayu yg mengamuk dalam peristiwa 13 Mei itu adalah amat melampau!!!

Seterus nya hadi awang secara bodoh dok mendakwa kononnya PAS yang berlandaskan ajaran Islam sentiasa menjaga kepentingan kaum seperti Cina dan India di negara ini berbanding parti yang diasaskan atas dasar perkauman seperti Umno yang sering kali mendatangkan suasana yang tidak senang di kalangan kaum lain kerana ia lebih menjurus kepada membangkitkan semangat fanatik .

KOMENKU:
Kita patut dakwa dia dibawah akta menghasut. Kita play back ucapan dia dan dakwa dia di mahkamah. Biar dia letih turun naik mahkamah.

Terbukti katanya sewaktu 13 Mei,Kelantan di bawah pemerintahan PAS ketika itu berada dalam keadaan aman dan tidak timbul pergaduhan dan persengketaan antara penduduk berbilang kaum di dalam negeri.

KOMENKU:
Dah majoriti Melayu, Cina pun takut nak keluar bergaduh time tu.Berapa kerat Cina di Kelantan? Akal ada ka, bila bercakap. Patutlah perintah Kelantan pun sepenggal je…

Kenyataan akhir hadi awang itu buat aku hampir terbahak2 ketawa...apalah dangkal sangat fakta presiden pas ni...????

KOMENKU:
Kenyataan yang bodoh dan dangkal mereka memalukan diri je. Lebih baik diam daripada bercakap.

Riwayat Muslim;
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim.”

Riwayat at- Tabarani;
“Peliharalah lidahmu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan.”


Read more!

Zahrin Yassin - Bodoh Tak Bodoh Tapi Bodoh

Dipetik daripada: http://www.kpmu.net/

Hari ini saya merasa amat terpanggil untuk menulis mengenai seorang penulis yang selama ini berselindung di bawah nama pena Sang Kelembai. Tentu ramai yang membaca blog-blog tahu akan nama penulis bloG Sang Kelambai.

Jika kita baca kebanyakkan penulisan beliau adalah merupakan penulisan yang banyak menyerang keperibadian Perdana Menteri dan kebanyakan tulisannya adalah merupakan tulisan yang tidak berfakta dan merupakan kutipan dari cakap-cakap di kedai-kedai kopi.

Ramai di kalangan orang-orang UMNO yang mengetahui nama Zahrin Mohd Yasin (Sang Kelembai) kerana muka Zahrin ini berada di mana-mana sahaja , sebelum beliau disingkir dari UMNO.

Malah kehadiran beliau di dalam UMNO , maksud saya adalah apabila beliau menjadi ahli UMNO , beliau adalah merupakan orang yang sentiasa memberikan masalah kepada UMNO.

Kepakaran penulisan beliau tidak pernah digunakan untuk menghentam pembangkang atau pun untuk membantu UMNO dalam bidang penulisan. Ketika itu beliau hanya lantang bercakap dan memberikan maslah kepada pemimpin UMNO.

Jika kita tanya kepada orang UMNO yang mengenal Zahrin, semuanya akan memulakan dengan hembusan kebosanan...ahhhhh Zahrin ..dia tuh........bukan boleh pakai sangat.

Di dalam laman Sang Kelembai kita hanya dapat membaca hasutan demi hasutan dengan satu nawaitu sahaja adalah untuk memburukkan Pak Lah. tak ada lain melainkan meluahkan perasaan kebencian terhadap Pak Lah, di mata Zahrin Pak Lah sememangnya yang terburuk pernah wujud dalam kehidupan beliau.Lebih buruk dari Chin Peng mahu pun Hitler.


Jelas disini kita dapat membayangkan betapa setiap hari jiwa dan Nurani Zahrin terdera dan tersiksa apabila memikirkan tentang Pak Lah.


Ada juga yang bertanya.......apa kerja Zahrin ini? Lawyer ...Engineer ..... Editor ....Doktor ....? Apa kelulusan zahrin ini ...Degree... PHD ....? Bagaimana Zahrin menampung kehidupan beliau, apakah hanya dengan mempunyai blog Sang Kelambai , beliau boleh menampung kehidupan beliau.?


Baik sangatkah Zahrin ini...? Alim sangat kah Zahrin ini....?

Hanya oranbg UMNO yang mengenali beliau boleh menjawab persoalan ini.

Dasyat sangat kah Zahrin ini menulis ? tanya seorang kawan yang tidak membaca blog Zahrin? Boleh kah dia menulis ? tanya kawan ini lagi . Kawan ini adalah bekas wartwan dari akhbar Watan yang merupakan kawan kepada Zahrin juga.

Di pendekkan cerita, siapa sebenarnya Sang Kelembai.... Benarkah Blog ini adalah Blog Zahrin....?

Zahrin jangan temberanglah , kami bukan satu hari dalam alam siber ini , bukannya semalam atau minggu lepas di alam siber ini. Mungkin Zahrin yang baru di alam siber ini , lebih baru dari blog yang beliau akuai bahawa blog itu milik beliau.

Kami tahu , kami kenal Sang Kelembai....namun kami tak perlu menulis atau mahu berlagak hero di sini dan tidak mahu terlalu over mengaibkan Zahrin, kami tahu siapa sebenarnya penulis Sang Kelembai. Kami tahu lenggok penulisan dalam Sang Kelembai . Zahrin sendiri tahu siapa yang menulis dalam Sang Kelembai.


Zahrin hanya menulis menggunakan Hand Phone...kau tulis ini dan kau tulis itu..kau kata macam ni kau kata macam tuh.....kau goreng aja sikit...ok nanti kita jumpalah kat kedai mamak kat UK Hxxxx.

Zahrin faham apa yang kami maksudkan.

Baru ini dalam blog Sang Kelembai, sibuk betul si Zahrin dengan cerita dan gesaan agar Pak Lah agar berkahwin segera dan mendedahkan , kononnya Pak lah nak Kahwin dengan si anu lah si ini lah.....

Kalau Pak lah kahwin, memang patut lah Pak Lah Kahwin , sebab dia pun bujang...tak ada persoalannya yang sesiapa perlu pertikaikan. Pak Lah ada hak untuk berkahwin. Yang Zahrin sibuk sangat ini kenapa?

Apakah mungkin Zahrin mahu menggunakan perkawinan Pak lah sebagai lesen bagi dia mengahwini kekasih nya yang di bawa ke hulu ke hilir tuh.....(tak perlu sebut nama) Zahrin pun tahu , ramai UMNO Cheras tahu si Sang Puteri dahulunya dari Pulau Lagenda Langkawi.

Kalau Pak Lah Kahwin , dia bujang...kalau Zahrin kahwin...masalah juga ..dah ada nak cucu.Tak kan nak biarkan cucu tenguk nenek kejar atuk keliling kampung kerana atuk nak kahwin. Kahwin tuh boleh lah kahwin, orang Islam bolehj kahwin empat.

Yang seronoknya apabila budak-budak Puteri UMNO bercerita sesama sendiri...ishhh apalah yang dilihat oleh si anu tuh kat Zahrin..cakap besar... mulut besar ...perut besar ..ah tentu lah si anu tuh tenguk pada yang besar-besar saja kot.......

Zahrin ni...siapa yang dia suka? pemimpin mana yang dia suka? Sekarang dia suka Tun lah,,,,,dulu dia juga tidak suka Tun...Dialah juga yang hantar surat layang mempertikaikan tingkah laku anak perempuan Tun pada satu perhimpunan Agung UMNO....Tak begitu Zahrin....? Sehingga ada surat layang yang di buat menceritakan tentang tingkah laku Marina yang kononnya Marina ini kaki arak Dll..Tak gitu Zahrin....

Sudah-sudahlah Zahrin...jika ada orang baca blog Sang Kelambai bukannya nak tahu apa yang Zahrin arah untuk tulis, tetapi nak tenguk akan kebodohan Zahrin memberikan arahan.Yang membaca sekarang bukannya bodoh...Mereka dapat bezakan yang mana bodoh yang mana tidak bodoh. Walaupun Zahrin mengakui bahawa dirinya tidak bodoh tapi bodoh lah tuh......macam anjing menyalak bukit.


Read more!

25 June 2007

Pembalakan hutan simpan di Kelantan berleluasa

KOTA BHARU 24 Jun – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengarahkan Majlis Perhutanan supaya menyiasat kegiatan penerokaan hutan dan pembalakan yang semakin berleluasa di Kelantan.

Setiausaha Parlimen Kementerian itu Datuk Sazmi Miah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati bahawa kegiatan pembalakan di kawasan tertentu di Kelantan, dilakukan melebihi had yang dibenarkan.

Katanya, siasatan itu dibuat sebagai susulan kepada laporan sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini, mengenai pembalakan di Sungai Durian, Kuala Krai, yang dikatakan membabitkan kawasan tadahan hujan.

Beliau berkata, pihak kementerian merasa pelik bagaimana pengeluaran kayu-kayan yang membabitkan hutan simpan kekal boleh berleluasa di Kelantan, dan menurutnya majlis perhutanan negeri serta negara perlu memberi penjelasan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Katanya, bersadarkan maklumat awal, lebih 40,000 hektar kawasan hutan sudah diterokai di Kelantan, dan jika dibandingkan dengan negeri lain, Kelantan merupakan negeri yang paling banyak menerokai kawasan hutannya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Sazmi berkata, antara kawasan hutan yang dimaksudkan termasuk kawasan sekitar timur Kelantan, seperti di Ulu Temiang.

Terdahulu Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Dali Husin membuat satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah Kelantan di pejabat badan itu di sini hari ini, menggesa supaya siasatan mengenai kegiatan berkenaan dimulakan.

– Bernama


Read more!

08 June 2007

Merrill Lynch puji gaya kepimpinan serta keputusan tegas PM

dipetik daripada: http://www.utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Jun – Bank saudagar antarabangsa, Merrill Lynch berkata, meskipun pembaharuan yang dicatatkan Malaysia ketika ini menarik banyak perhatian, rejim politik baru negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada umumnya kurang dihargai.

“Tetapi kami merasakan pujian yang sepatutnya tidak diberikan dengan wajar kepada kepimpinan baru negara di bawah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, yang mengambil alih tampuk pentadbiran pada lewat tahun 2003,” kata bank saudagar itu dalam satu analisis terbarunya mengenai Malaysia.

“Kami percaya perubahan dalam kepimpinan ini menjadi satu daripada antara yang kurang sekali dihargai, jikapun bukan paling penting, perkembangan di Malaysia selepas 22 tahun pemerintahan di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad,” kata bank saudagar itu dalam satu analisis yang dijalankan oleh Pakar Ekonomi Hong Kong, Arthur Woo.

Merill Lynch berkata, meskipun Perdana Menteri selalu dikritik kerana agak perlahan, teragak-agak dan sering menyerahkan keputusan kepada persetujuan bersama, “kami percaya gaya baru kepimpinannya mungkin apa yang sebenarnya diperlukan negara untuk memberi nafas baru kepada prospek pertumbuhan jangka panjang negara, terutama ketika berdepan dengan kepesatan globalisasi.”

Ia berkata, dengan suasana kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI), persaingan sengit di pasaran perdagangan global, kesan krisis kewangan Asia yang berlarutan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lemah, tidak mengejutkan pertumbuhan pendapatan mencatatkan prestasi yang lembap sebelum peralihan politik.

“Ini bermakna satu strategi ekonomi baru diperlukan. Justeru, amat penting bagi pihak berkuasa Malaysia memulakan strategi baru bagi membantu memulihkan ekonomi. Berita baiknya ialah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi nampaknya mengemudi Malaysia di landasan yang betul.

“Ia bukanlah untuk mengatakan bahawa Malaysia tiba-tiba menginjak menjadi sebuah ekonomi maju sepenuhnya; sememangnya sasaran untuk mencapai status ini masih kekal pada tahun 2020.”

Merrill Lynch berkata, sejak mengambil alih kepimpinan Abdullah mengambil banyak keputusan yang sukar tetapi kritikal.

“Banyak keputusan ini, yang menyelesaikan isu-isu yang ditinggalkan daripada era Dr. Mahathir, kurang dihargai,” kata bank saudagar tersebut.

Ini termasuk penyusunan semula GLC, liberalisasi pertukaran asing, hubungan luar yang bertambah baik, mengurangkan subsidi bahan api dan membatalkan projek-projek kurang penting.

Merrill Lynch berkata, keputusan Abdullah untuk menangani prestasi buruk GLC dari sudut kewangan dan operasi ini sepatutnya telah lama dilaksanakan.

“Ia bukan hanya mewujudkan sektor korporat yang lebih kompetitif tetapi juga menyokong keseluruhan kewangan sektor awam di masa depan kerana ketika ini GLC membentuk lebih 50 peratus daripada 25 saham utama di Indeks Komposit Kuala Lumpur.”

Banyak daripada GLC ini lahir semasa era 1980-an sebagai sebahagian daripada rancangan penggantian import kerajaan, yang ditubuhkan untuk membangunkan industri berat (contoh, automobil, keluli, kimia dan simen) dan mewujudkan komuniti perniagaan bumiputera yang kaya.

Mengenai liberalisasi pertukaran asing, bank saudagar itu berkata pemansuhan kawalan modal dan tambatan ringgit kepada dolar AS yang dilaksanakan pada tahun 1998, telah berjaya membantu menepis persepsi pelabur antarabangsa bahawa Malaysia tidak terbuka kepada perniagaan.

“Langkah ini memainkan peranan penting dalam menarik semula modal dan pelaburan asing.”

Keputusan untuk mengurangkan subsidi bahan api dan membatalkan projek mega seperti jambatan baru menghubungkan Malaysia ke Singapura dan landasan berkembar elektrik merentas Semenanjung memperlihatkan hakikat bahawa Abdullah memahami kepentingan disiplin fiskal dan mengawal tahap keseluruhan hutang awam.

“Penjimatan daripada keputusan ini seterusnya boleh disalurkan kepada projek lain bagi menambah baik prasarana fizikal negara,” kata Merrill Lynch.

Bank saudagar itu juga berkata, gaya kepimpinan Abdullah yang agak mesra nampaknya telah mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Hubungan dengan Amerika dan Singapura telah menunjukkan peningkatan ketara yang boleh membawa kepada peningkatan hubungan ekonomi,” kata bank itu sambil menekankan Malaysia dan Amerika ketika ini sedang merundingkan perjanjian perdagangan bebas manakala hubungan dengan Singapura juga semakin baik.

– Bernama


Read more!

07 June 2007

Jeanne pilihan Abdullah -- * Majlis pernikahan Sabtu ini * Hidup saya akan lebih bermakna – PM

KUALA LUMPUR 6 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Jeanne Abdullah sebagai pasangan hidupnya kerana wujud keserasian antara mereka berdua dan selepas mendapat restu anak-anak serta adik-beradiknya.

Menurut Perdana Menteri, bakal isterinya itu mampu menjaga beliau dengan baik.

Upacara pernikahan mereka akan diadakan di Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu ini.

Abdullah, 67, mengenali Jeanne sejak lebih 20 tahun lalu. Katanya, wanita berusia 54 tahun itu amat menyayangi arwah isterinya, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood.

‘‘Kasih dan cinta saya pada Kak Endon tetap teguh. Tuhan menciptakan banyak ruang dalam hati sanubari kita bagi berlainan orang untuk disayangi.

‘‘Kita boleh sayangi ibu, anak, isteri, cucu, adik tetapi kita tidak dapat bandingkan kasih kita kepada ibu dengan kasih kepada isteri. Jeanne adalah satu daripadanya... itu adalah kelebihan Allah,’’ kata Perdana Menteri dalam nada ceria pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) 2007 di sini petang ini.

Beliau telah berbincang dengan anak-anaknya, Kamaluddin dan Nori serta adik-beradiknya.

Mereka memberi restu kepada perkahwinan itu.

Pagi ini, Abdullah memaklumkan hasratnya untuk mengahwini Jeanne kepada Yang di-Pertuan Agong selain menyampaikan berita gembira itu kepada menteri-menteri pada mesyuarat mingguan Kabinet.

Selepas mesyuarat itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkahwinan tersebut.

Menurut kenyataan itu, Jeanne dilahirkan pada 29 Julai 1953 di Kuala Lumpur dan

merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka seperti Hotel Hilton dan Hotel Pan Pacific.

Jeanne sebelum ini bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.

Jeanne mempunyai dua anak daripada perkahwinan lalu, Nadiah dan Nadene.

Perdana Menteri berkata, Jeanne pernah berkahwin dengan adik lelaki Allahyarham Endon tetapi mereka bercerai 15 tahun lalu.

Walaupun Perdana Menteri tersenyum bersulam ketawa ketika menjawab soalan-soalan pemberita mengenai perkahwinannya, tetapi beliau terkelu seketika apabila ditanya tentang perasaan kasihnya terhadap Endon yang meninggal dunia kerana kanser payudara dua tahun lalu.

Kasihnya terhadap Endon akan kekal abadi dalam ingatan, tegas Abdullah pada sidang akhbar itu yang dihadiri kira-kira 40 wartawan.

Kerana kasih beliau yang mendalam, Perdana Menteri mahu gambar-gambar Allahyarham Endon yang tergantung pada dinding di Seri Perdana terus dikekalkan.

‘‘Gambar-gambar Kak Endon yang ada itu adalah ingatan memori yang abadi... kalau nak tambah yang dia (Jeanne) punya tak apalah,’’ kata Abdullah.

Menjawab satu soalan mengenai perwatakan Jeanne yang menyebabkan beliau jatuh hati, Perdana Menteri berkata, bakal isterinya itu adalah orang yang cukup sederhana.

‘‘Dia seorang yang cukup sederhana, peramah, kalau diambil kira hubungan dia dengan orang yang datang ke rumah saya semasa Kak Endon masih hidup, dialah yang sambut kawan-kawan dan tetamu yang datang nak jumpa saya,” ujarnya.

Ditanya bilakah beliau mula jatuh cinta dengan Jeanne, Abdullah berkata: ‘‘Baru-baru ini... kurang daripada setahun.’’


Read more!