28 June 2007

Peringatan kepada kalangan yang suka mengkafirkan orang lain

Hadis ‘Itban bin Malik (Radiyallahu’Anhu):

Diriwayatkan daripada Mahmud bin Ar-Rabi’ (Radiyallahu ‘Anhu), katanya: Aku berjumpa ‘Itban ketika aku pergi ke Madinah. Lalu aku meminta beliau meriwayatkan sebuah hadis . Kata beliau : “Mataku ditimpa sejenis penyakit yang menyebabkan aku mengirim utusan kepada Rasulullah (Shallallahu ‘Alahi wa Sallam) yang mengatakan bahawa aku amat mengharapkan kedatangan Baginda Rasul untuk bersama – sama aku dan mendirikan sembahyang di rumah sehingga aku menjadikannya sebagai Musalla tempat sembahyang.”

‘Itban berkata lagi: “Tidak lama selepas itu, Rasulullah (Shallalhu ‘Alaihi wa
Sallam ) pun tiba bersama-sama para sahabat dan baginda Rasul terus masuk ke rumah. Aku mendirikan sembahyang sementara para sahabat masih lagi berbincang sesama mereka di mana sebahagian dari mereka memperkatakan tentang kemunafikan Malik bin Dukhsyum. Para sahabat mengharap agar Rasulullah (Shallallahhu ‘Alaihi wa Sallam) mendoakan Malik bin Dukhsyum. Para sahabat mengharap agar Rasulullah (Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam) mendoakan Malik bin Dukhsyum agar ditimpa malapetaka. Sebaik sahaja baginda Rasul selesai mendirikan sembahyang , baginda Rasul bertanya dengan bersabda: “Bukankah dia mengucap Dua Kalimah Syahadat”.

Para sahabat menjawab: “Dia mengucapnya hanyalah di mulut semata-mata tetapi tidak di hati”. Baginda Rasul bersabda: “Seseorang yang tidak mengucap Dua Kalimah Syahadat nescaya dia akan dimasukkan ke dalam neraka atau dimakan oleh neraka.”

Penjelasan:


Menerusi hadis diatas dijelaskan bahawa orang yang telah mengucap dua kalimah syahadat di mulutnya tidak boleh lagi dianggap sebagai orang kafir. Justeru , kita tidak boleh mendoakan kecelakaan dan keburukan untuknya.

Peristiwa yang menyebut para sahabat ingin agar Rasulullah (Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam) mendoakan orang yang mereka ragui keislamannya mendapat malapetaka, jelas tidak dibenarkan oleh Rasulullah (Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam). Ini menunjukkan kepada kita bahawa tidak boleh menuduh orang lain kafir sekalipun perbuatannya penuh dengan dosa dan maksiat.

No comments: