26 June 2007

HADI AWANG SALAH KAN MELAYU!!

Artikel asal : http://www.isuhot.com

Aku menjadi hairan bila Hadi awang juga mendakwa org melayu yg 'mengamuk'semasa peristiwa 13 mei.

"Umno tidak tahan dan sanggup jadi pembangkang dan ini terbukti dengan kejadian 13 Mei apabila Umno dikatakan 'mengamuk' kerana mereka kehilangan banyak kerusi ketika itu," katanya sewaktu sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS yang ke-53 sebentar tadi.

KOMENKU:
Dia tak rasa diri dia Melayu, dia rasa dirdia Pak Arab kot! Pakai baju pun ala-ala Arab. Semangat Melayu mana ada pada dia. Kalau negara dibawah pimpinan dia dan dia pulak dibawah telunjuk LKS maka hancurlah masa depan Melayu negara ini. Dia bukan sayang bangsa Melayu malah suka menyalahkan Melayu dalam segala hal. Dia mati pun LKS akan bacakan talkin kut!! Seingat akau ada orang pernah beritahu , ada seorang hamba Allah meninggal dunia di Marang, jenazah lewat dikebumikan semata-mata mahu menunggu kedatangan Haji Hadi. (terseksa mayatnya tu).
Kemudian ada orang bersuara di kubur yang dikebumikan jenazah ; “ Tolong jaga si mati sebabnya dia ni orang kita”.

Dengan siapa si lelaki yang bersuara itupun tidak diketahui, namun dikatakan kononnya memaklumkan kepada para malaikat bahawa si mati adalah dikalangan ahli PAS yang dikatakan bersabahat dengan malaikat. Lihatlah betapa taksub dan melampaunya pemimpin PAS mendoktrinkan ahli-ahlinya.

aku tak pasti samada hadi awang ini buta sejarah atau pun sudah lebih cina daripada cina semenjak berpeluk2 dgn LKS satu waktu dahulu!!!

Mengata kan umno/melayu yg mengamuk dalam peristiwa 13 Mei itu adalah amat melampau!!!

Seterus nya hadi awang secara bodoh dok mendakwa kononnya PAS yang berlandaskan ajaran Islam sentiasa menjaga kepentingan kaum seperti Cina dan India di negara ini berbanding parti yang diasaskan atas dasar perkauman seperti Umno yang sering kali mendatangkan suasana yang tidak senang di kalangan kaum lain kerana ia lebih menjurus kepada membangkitkan semangat fanatik .

KOMENKU:
Kita patut dakwa dia dibawah akta menghasut. Kita play back ucapan dia dan dakwa dia di mahkamah. Biar dia letih turun naik mahkamah.

Terbukti katanya sewaktu 13 Mei,Kelantan di bawah pemerintahan PAS ketika itu berada dalam keadaan aman dan tidak timbul pergaduhan dan persengketaan antara penduduk berbilang kaum di dalam negeri.

KOMENKU:
Dah majoriti Melayu, Cina pun takut nak keluar bergaduh time tu.Berapa kerat Cina di Kelantan? Akal ada ka, bila bercakap. Patutlah perintah Kelantan pun sepenggal je…

Kenyataan akhir hadi awang itu buat aku hampir terbahak2 ketawa...apalah dangkal sangat fakta presiden pas ni...????

KOMENKU:
Kenyataan yang bodoh dan dangkal mereka memalukan diri je. Lebih baik diam daripada bercakap.

Riwayat Muslim;
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim.”

Riwayat at- Tabarani;
“Peliharalah lidahmu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan.”

No comments: