28 April 2008

Balkis didn't need approval

SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo has challenged the state government to take legal action over the dissolution of Balkis (Wives of Selangor Assemblymen and MPs Welfare and Charity Organisation) and the transfer of RM9.9 million funds.

In response to criticisms of the transfer the former menteri besar said: "Please don't talk rubbish and refer to our lawyer."

Dr Khir was defending his wife, Datin Seri Zaharah Kechik, the past president of Balkis, who has come under fire for calling an extraordinary general meeting (EGM) on March 11 to dissolve the charity.

He said the dissolution of Balkis and transfer of funds to the Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti) was done in accordance with the charity's constitution.

An EGM was convened after one-fifth of Balkis members requested for it, while the dissolution and transfer of funds to Bakti received approval from two-thirds of members, he said.
He said there was no need for auditors of Balkis to be informed or consulted before the charity was dissolved and the funds transferred.

"The role of auditors is to ensure the accounts are according to financial standards."

Dr Khir yesterday also disputed a statement by Selangor executive councillor for tourism, consumer affairs and environment Elizabeth Wong that Balkis accounts for last year had yet to be finalised.

"Everything was finalised before the funds were transferred."

Dr Khir also rejected Wong's view that Balkis needed the approval of the Internal Revenue Board (IRB) before transferring the funds.

Dr Khir said the Balkis constitution stated that funds could be transferred to any organisation with similar objectives and which had tax-exemption status by the IRB.

He said Balkis was a charity and the money raised was for the benefit of orphans and underprivileged students adopted by the charity.

He also lambasted the Bar Council for saying that the dissolution and transfer of funds could be tantamount to criminal breach of trust.

"They (the Bar Council) are lawyers and should not give opinions without studying the constitution of Balkis."

His wife, Zaharah also threatened to take legal action against those who continued to make "false accusations and unfounded allegations" against Balkis.

When contacted, Bar Council vice-president Ragunath Kesavan said Balkis was not a private company but a charitable body which received public funds.

"The dissolution and transfer of the huge amount of public funds are a matter of public interest."

Ragunath questioned the need to dissolve the charity.

"There was a general election and the people have spoken for change.

"New members should take over the charity and continue its purpose."

He said the dissolution of Balkis and the transfer of funds should be investigated.

"Those being investigated have nothing to fear if everything was done in accordance with the law."

Source NST Online


Read more!

23 April 2008

Harga minyak rekod baru AS$118.05 setong

KUALA LUMPUR 22 April - Harga minyak mentah dunia mencatat rekod baru hari ini pada kadar AS$118.05 (RM369.5) setong hari ini berbanding AS$117.56 setong (RM368) semalam.

Kenaikan itu didorong oleh kelemahan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Ketua Penganalisis MIMB Investmet Bank, Pong Teng Siew berkata, peningkatan tersebut berpunca daripada kemungkinan kekurangan inventori gasolin di AS akibat permintaan yang tinggi bagi bahan bakar itu.

''Jabatan Tenaga di AS mengesahkan bahawa pengeluaran gasolin dari loji penapisan telah berkurangan sebanyak 2.5 juta setong berbanding pada minggu lepas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Teng Siew, faktor lain yang mengundang kepada pembekalan tergendala ke AS ialah masalah dalaman di Nigeria dan Scotland.

''Sekumpulan pemberontak di Nigeria telah melakukan sabotaj ke atas saluran paip minyak di negara itu, manakala pekerja loji penapisan di Scotland mengadakan mogok hari ini," jelas beliau.

Selain itu, katanya, kenaikan tersebut juga berpunca daripada permintaan minyak yang tinggi dari negara China, pengguna tenaga kedua terbesar di dunia, pada bulan lalu.

Permintaan minyak dari republik itu telah meningkat sejak tahun lalu dan melonjak sebanyak lapan peratus pada Mac lepas, kadar tertinggi dalam tempoh 19 bulan berikutan langkah China meningkatkan import komoditi itu menjelang Sukan Olimpik.

Dari Utusan Online

Suka atau tidak, kita kena bersedia dengan kenaikan harga barang2 yang akan berpunca dari kenaikan harga minyak dunia. Semoga rezeki saudara saudari akan bertambah, hasil dari kerja kuat dan berkat doa masing masing untuk hari hari mendatang yang sungguh mencabar. Bersediakah anda?



Read more!

16 April 2008

A watershed for Malaysia; the elections have weakened Islamisation


The Church Times merupakan sebuah akhbar mingguan Gereja Anglican terkenal di England dan diasaskan pada tahun 1863 dan kini mempunyai versi online sejak tahun 2006.

Sebuah artikel dari seorang penulis Dr Peter G. Riddell bertajuk A watershed for Malaysia; the elections have weakened Islamisation telah dipaparkan dilaman web The Church Times. Beliau merupakan seorang Profesor Dekan di Fakulti Pusat Pengajian Islam & fahaman-fahaman lain di Bible College of Victoria Australia.

Setahu umum, setiap laman web seumpama ini akan menyiarkan berita-berita yang ada kaitan dengan ajaran Kristian dan aktiviti-aktiviti pengikutnya. Tetapi apakah intipati yang mereka cuba sampaikan melalui tulisan ini. Artikel ini seakan-akan mengiakan yang yang menceritakan hasil dari keputusan pilihanraya yang baru sahaja lepas memang ada kesan positif kepada pihak gereja

Berikut adalah link kepada artikel penuh dari The Church Times



Read more!

11 April 2008

Mengapa Israel prihatin politik Malaysia?

ORANG Melayu yang beragama Islam mesti berwaspada dan hendaklah selalu mengingatkan diri betapa bahayanya mainan Yahudi terhadap umat Islam. Lihatlah negara dan rakyat Palestin bertahun-tahun menderita akibat kekejaman Yahudi.

Sebab itu apabila akhbar Israel Jerusalem Post meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia (Anwar Ibrahim: Malaysia‘s Future Prime Minister), saya bukan gusar Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi saya risau jika negara kita diperalatkan Yahudi.

Biasalah kerja akhbar membuat ramalan seperti itu. DAP pun buat ramalan yang sama: “Anwar Prime Minister in the making.” Tetapi yang menimbulkan musykil kenapa daripada beribu-ribu akhbar di dunia, akhbar Yahudi saja yang membuat ramalan? Mengapa daripada sekian banyak pemimpin di dunia, hanya Anwar yang menarik minatnya?

Israel sendiri tahu Malaysia adalah salah satu negara Islam yang lantang menentang keras pencerobohan dan penindasan yang dilakukannya ke atas negara dan penduduk Palestin. Apakah dengan membuat ramalan itu sebagai satu daripada cara Yahudi memanipulasi keadaan untuk kepentingannya?

Kita ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku? Apakah ada udang di sebalik batu? Kita harap PKR atau Datuk Seri Anwar sendiri menyatakan pendiriannya.

Mungkin mereka akan mengatakan itu adalah kebebasan akhbar. Walaupun alasan itu betul tetapi dalam masa yang sama ia tidak semestinya mengorbankan prinsip.

Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah negara super power di dunia boleh tunduk kepada Israel, inikan pula sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak mustahil boleh tertiarap di kaki Israel. Yahudi menguasai politik AS bukan baru. Kesemua presidennya mengikut telunjuk Israel. Mereka yang tidak mengikut kemahuan Israel tidak akan dapat bertahan lama sebagai Presiden AS.

Bagi orang Islam Yahudi tetap musuh Islam. Allah S.W.T. memberi penegasan jelas di dalam al-Quran mengenai Yahudi. Jangan hanya kerana kepentingan politik kita tidak mempedulikannya.

Kalaulah ramalan akhbar Israel itu menjadi kenyataan pasti seluruh Malaysia akan memuji ramalan Yahudi itu betul. Dan akhbar Yahudi akan membuat pengiktirafan. Mungkin dalam sejarah Islam, inilah satu-satunya pemimpin yang diiktiraf oleh Yahudi.

Semua orang tahu, Islam mengajar umatnya perlu bijak memilih kawan. Kita boleh berkawan dengan orang kafir, tetapi kafir yang bagaimana? Ini perintah Tuhan.

Pilihlah kafir yang bersedia untuk bertolak ansur dengan kita. Islam menghalang kita memilih orang kafir menjadi pemimpin kita.

Saya harap andaian saya ini hanyalah satu khayalan. Ini kerana saya berpegang kepada ajaran Islam bahawa Yahudi tetap Yahudi. Sebaik mana pun mereka adalah musuh Islam, bangsa yang dilaknati Tuhan. Saya tidak terfikir ada orang Islam sanggup menggadai maruahnya kepada Yahudi.

Sebenarnya saya masih musykil mengapa akhbar Israel tiba-tiba begitu berminat dengan hal ehwal Malaysia? Saya harap kita tidak tertipu dengan mainan Yahudi. Saya harap Pas patut memberi ulasan mengenainya.

Dalam hal ini pemimpin ulama patut memberi nasihat yang betul kepada Anwar. Malah Pas patut memperbetulkan pendiriannya apabila menerima DAP dalam Pakatan Rakyat. Saya tidak perlu menghurai atau memperjelaskan siapa DAP.

Semua orang tahu.

Orang Yahudi sedang menunggu saat untuk bertepuk tangan melihat sebuah kerajaan pimpinan orang Islam jatuh di kaki bangsanya sendiri. Mungkin ketika itu orang Melayu akan turut bersorak-sorai memuji, betullah apa yang diramalkan oleh akhbar Yahudi, Jerusalem Post. Semoga kita tidak menang sorak, kampung tergadai.


Read more!

PAS tidak lebih sekadar boneka

di petik dari Ibrahim Baba`s Blog

Dalam perjalanan untuk hadir ke satu majlis pada tahun 2000, Al-Marhum Ustaz Fadhil Nor pernah berkata kepada kami dalam kereta yang dipandu IB sendiri ketika itu, bahawa beliau mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

Apakah kini doa Al-Marhum mantan Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?

Kemusnahan institusi kehakiman, kerosakan akhlak remaja [dan orang-orang tua pun!], kebejatan sosial, rasuah berleluasa, asas ekonomi yang mula goyah … sebahagian besarnya ini adalah hasil tangan Mahathir sendiri. Kebanyakan rungutan yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dari Mahathir sendiri. Pak Lah mungkin sebagai perlengkap sahaja.


Komen;

Bersyukur kerana Al-Marhum Ustaz Fadhil Nor lebih disayangi oleh Allah SWT dari kita semua yang masih hidup ini kerana roh beliau lebih awal telah terpanggil. Tetapi andai kata beliau masih panjang umurnya ketika ini, pasti akan tersentuh hatinya melihat "kejayaan" PAS yang menang sorak kampung tergadai terutama di negeri seperti Perak & Selangor.

Bagaimana perasaan aruah jika melihat perlaksanaan terawal PAS atau tindakan yang hanya dilihat sebagai lembu dicucuk hidungnya selepas keputusan pilihanraya 2008 adalah

1) pemberian hak milik kekal tanah kepada penduduk kampung baru di Perak

2) bakal wujudnya ladang babi terbesar di Malaysia yang berharga RM100juta di Sepang Selangor

3) bakal wujudnya perkampungan China di Pulau Indah Selangor yang juga menempatkan universiti yang sukatan pelajaranya datang dari negara China itu sendiri dan juga kemudahan perumahan untuk warga China untuk menetap disitu dengan alasan untuk mengambil hati dan menarik minat lebih ramai pelabur dari Tanah Besar China.


Read more!

09 April 2008

Dasar DAP sama dengan dasar PAP

Belum reda masalah babi di Sepang, timbul pula cerita tentang satu lagi usul dari "Timbalan Menteri Besar Selangor" Theresa Kok. Kali ini beliau mencadangkan supaya mewujudkan suatu konsep Perkampungan China bertujuan untuk menarik lebih minat pelabur-pelabur dari China. Perkampungan China tersebut akan mempunyai kemudahan dan prasarana asas seperti kolej atau Universiti yang bergaris-panduankan dari negara China sendiri. Tidak terkecuali adanya sekolah antarabangsa dan kawasan-kawasan perumahan. Menurut beliau lagi, cadangan ini masih lagi diperingkat perbincangan awal. Dan antara tempat yang bakal disebut menjadi pusat perkampungan tersebut adalah Pulau Indah.

Dasar DAP sebegini mengingatkan saya kepada satu dasar yang hampir serupa nun tidak jauh di selatan tanahair kita, Singapura. Baru-baru ini Menteri Mentor Lee Kuan Yew dalam satu majlis untuk meraikan Persatuan China Fujian berucap mengenai kepentingan Bahasa Inggeris kepada pendatang-pendatang baru dari China di Singapura. Pada ketika ini pecahan peratusan rakyat Singapura adalah sekitar 75% - Cina, 15% - Melayu dan 10% India dan pelbagai lagi kaum minoriti.

Berdasarkan kajian terbaru, kaum wanita Singapura berbangsa Cina tidak berminat untuk mempunyai anak yang ramai berbanding rakan senegara mereka yang berbangsa Melayu dan India. Mungkin faktor kareer dan modernisasi telah menyebabkan mereka menpunyai mentaliti sedemikian. Oleh itu PAP telah lama cuba mengekalkan kadar peratusan rakyat berbangsa Cina dengan menjemput dan mempelawa mereka yang ada di tanah besar untuk berhijrah ke sebuah pulau yang dahulunya dikenali sebagai Temasik.

Berikut adalah luahan hati seorang peguam, rakyat Singapura yang kini hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.


Read more!

Kerajaan Negeri Selangor lulus RM 100 Juta untuk babi

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR, DAP & PAS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 100 Juta untuk projek ternakan babi di kawasan Sepang. Hasil dari keputusan itu telah menyebabkan banyak bantahan dan segenap peringkat rakyat, khususnya rakyat negeri Selangor.

Apakah kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor tidak peka dengan majoriti rakyatnya yang beragama Islam? Jika kita lihat, 6 daripada 11 senarai Exco Selangor adalah Muslim. Apakah mungkin DAP lebih berkuasa dari kuasa majoriti Exco yang lain? Malah keputusan ini disambut dengan begitu meriah seperti dilaporkan oleh sebuah blog peribadi kepunyaan Exco Negeri Theresa Kok, cerita 1 & cerita 2

Malah rakyat bukan Islam juga menentang perlaksanaan projek ini kerana faktor kesihatan dan alam sekitar. Bukankah perlu dilakukan perancangan yang menyeluruh sebelum sesuatu projek yang boleh merubah keadaan alam sekitar secara total? Mungkin satu kajian seperti Environmental Impact Assesment atau Kajian Kesan Alam Sekitar adalah lebih relevan sebelum sesuatu project seperti ini dilaksanakan.

Satu lagi persoalan yang ditimbulkan adalah kenapa keputusan untuk menempatkan projek di Sepang diambil sedangkan disitu kepadatan penduduk Islam nya adalah tinggi? Kenapa tidak hanya ditempakan di kawasan yang majoriti pendudukan bukan beragama Islam?

Tindakan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan peruntukan sebesar itu adalah dilihat kurang wajar kerana tidak mengambil kira kajian kesan sensitiviti rakyatnya yang beragama Islam, kesan sosial dan juga alam sekitar jika projek ini dilaksanakan.


Read more!

08 April 2008

Projek Babi Di Sepang Selangor


Rakyat Selangor bantah -Isu projek ternakan babi RM100 juta

Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.

Hampir kesemua mereka yang ditemui tanpa mengira keturunan tidak bersetuju ladang penternakan itu dibina di negeri Selangor yang telah mendapat status negeri maju ini.

Syahril Shawaluddin, 26, seorang kerani yang bertugas di sini berkata, pembinaan ladang penternakan ini walaupun dibina dengan teknologi moden sekali pun pasti akan mengundang masalah.

Beliau berkata, ia juga melibatkan sensitiviti masyarakat setempat di Sepang yang pastinya akan menghadapi kemungkinan dan risiko wabak penyakit seperti yang pernah berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka.

‘‘Ia agak mengejutkan. Saya tidak setuju dengan apa yang kerajaan Selangor nak lakukan ini dan saya minta jangan mencemarkan negeri Selangor,” katanya.

Ahli perniagaan, Azwandi Amiruddin, 29, pula ingin tahu apa niat sebenar kerajaan negeri mahu membina ladang penternakan babi ini sama ada kerana kepentingan politik atau kepentingan rakyat.

Selain itu, beliau juga ingin tahu adakah kerajaan negeri melihat kebaikan atau keburukan projek ini dan sudahkah perbincangan mengenai isu sensitiviti rakyat serta pencemaran yang bakal berlaku telah diambil kira.

‘‘Sebagai kerajaan baru pastinya mereka mahu menunjukkan contoh yang baik tetapi adakah langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil kira sebelum mereka meluluskan projek ini?

‘‘Saya harap kerajaan negeri dapat memberikan penjelasan yang adil kepada rakyat,” katanya yang menetap di sini.

Normadi Awaluddin, 40, pula meminta kerajaan negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak hanya menjaga kepentingan politik dan peribadi tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan membelakangkan rakyat.

Katanya yang merupakan seorang pengusaha gerai makanan, banyak lagi projek-projek lain yang boleh dibuat untuk kebaikan rakyat selain ladang penternakan babi jika benar kerajaan negeri benar-benar mahu mengambil hati rakyat Selangor.

‘‘Sudah tentu saya yang menetap di Selangor ini tidak bersetuju jika negeri yang maju ini kelak dicemari pencemaran dan kekotoran.

‘‘Saya berharap kerajaan negeri agar pertimbangkan suara rakyat seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

‘‘Takkan Malaysia yang merupakan negara Islam mahu dikenali sebagai pengeksport babi moden pula,” tambahnya.

Bagi pembantu tadbir kewangan, S. Vijayalakhsmi, 27, beliau memang tidak bersetuju kerajaan negeri Selangor menternak babi secara besar-besaran di Sepang ataupun mana-mana tempat lain.

Katanya, sudahlah binatang itu tidak bersih, penternakannya juga pasti akan menyebabkan berlaku rasa tidak senang kepada penduduk di kawasan berdekatan.

‘‘Di Selangor memang sudah ada penternak babi, takkan tak cukup lagi. Tolong jangan cemari negeri maju ini kerana yang susah dan tak sihat nanti tentunya rakyat,” katanya.

Kata-kata Vijayalakhsmi disokong oleh jurujual sebuah farmasi, Lim Poh Lian, 40, yang berpendapat tidak perlu ada ladang ternakan babi yang besar kerana yang ada sudah mencukupi.

‘‘Saya memang makan daging babi juga tapi tidak payah hendak bina ladang besar kerana pasti sukar untuk kawal bila dah berlaku pencemaran nanti.

‘‘Saya juga kasihan dengan penduduk setempat di mana projek itu dijalankan pasti kebersihan tempat mereka akan terancam dan risiko penyakit juga senang dapat,” katanya.

Sumber Utusan Online


Read more!

07 April 2008

Who really rules Selangor State Government? DAP, PAS or PKR ?

Our beloved State of Selangor under the new ruling of CM Tan Sri Khalid Ibrahim from PKR and State Exco for Modern Agriculture Methods, Natural Resources and Entrepreneurship Development MP Yaakob Sapari from PKR has approved a RM100 million budget for modern pig farm in Selangor. Meanwhile DAP MP - Theresa Kok has expressed her gratefullness toward the exco`s decision in her blog.

Why are we worried about pigs?

Oh ya, on my previous posting that has sparked of controversy, where I have innocently displayed a photo of roast pigs on the blog. Frankly, I really don’t understand why are some people so sensitive about pigs and pork. I have seen pigs running around in Malay village when I travelled to Tumpat at Kelantan few years ago. I always told the BN MPs in Dewan Rakyat that pig is a creature of God too.

Yesterday, the Selangor state exco meeting approved a RM100 million modern pig farm in Selangor. I felt so proud to see this decision being approved by our state excos. The exco who in charge of agriculture port folio is Yaakob from PKR. He is an expert in the field of modern agriculture. I told the excos in the meeting that let the Selangor modern pig farm be an example to all other state governments


Read more!

03 April 2008

UMNO hampir hilang kuasa

Dipetik dari Utusan Online

UMNO dan orang Melayu berhadapan dengan risiko hilang kuasa seperti dialami pada 1988 jika kegawatan yang melanda parti itu ketika ini tidak ditangani secara jujur dan terbuka.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat berkata, dengan setengah dozen negeri yang dulunya di bawah UMNO jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu, kepimpinan parti perlu menerima realiti bahawa UMNO sebenarnya hampir hilang kuasa.

Beliau yang pernah berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri menegaskan, pucuk pimpinan perlu berdepan dengan kritikan dan teguran membina manakala ahli UMNO pula perlu jujur untuk mencari penyelesaian memulih dan menyelamatkan UMNO.

“Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kembali kepercayaan yang hilang. Pada 1988, saya cetak lima juta borang keahlian UMNO (baru) tapi yang kembali (dipulangkan) balik tidak sampai separuh.

“Banyak borang digunakan sebagai pembungkus pisang goreng... orang Melayu (ketika) itu menyampah betul dengan UMNO tapi demi hendakkan UMNO berkuasa semula, kita usaha... akhirnya orang Melayu insaf.

‘‘Mereka sifatkan kematian UMNO pada 1988 serta jika UMNO tidak lagi berkuasa, maka orang Melayu hilang kuasa. Jadi, biarkanlah perbincangan secara terbuka ini, himpunlah segala macam idea asalkan ia dapat menyelamatkan UMNO,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan dan teguran terbuka ahli-ahli UMNO termasuk kepimpinannya yang lepas yang mendesak supaya dilakukan pembaharuan untuk mengukuhkan kembali parti.

Pada 1988, ekoran perebutan jawatan Presiden pada pemilihan 1987 yang menyaksikan perpecahan parti, sekumpulan ahli UMNO telah membawa kes ke mahkamah sehingga membawa kepada pengharaman UMNO.

Mohamed, 70, berkata, tekad untuk menawan semula fikiran dan perasaan rakyat perlu tersemat dalam diri setiap pemimpin dan ahli UMNO setelah rekod pencapaian buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

“Pada 1988, bukan sahaja orang Melayu malah kakitangan kerajaan masa itu juga risau apakah bentuk dan dasar kerajaan akan berubah, tapi akhirnya perlahan-lahan sokongan kembali semula kepada UMNO.

“Hari ini juga, saya nampak rakyat banyak berbicara tentang apa nak jadi kepada UMNO... semacam sudah ada rasa kekesalan dalam diri supaya UMNO kembali berkuasa,” katanya.

Mengulas mengenai kuota kelayakan bertanding pada pemilihan parti Disember nanti, Mohamed berkata, pelaksanaan kuota itu perlu dihapuskan untuk membolehkan suara demokrasi direalisasikan.

Beliau turut mengimbas pengalamannya ketika bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Pusat pada 1974 menentang Syed Jaafar Albar.

Katanya, meskipun beliau dicalonkan oleh 100 bahagian manakala Syed Jaafar cuma satu bahagian, namun kemenangan berpihak kepada lawannya.

‘‘Kadang kala kuota tidak melambangkan hal sebenar.

‘‘Jadi, jika permintaan ramai sekarang mahukan kuota kelayakan itu dilupuskan, maka pucuk pimpinan kena patuh dan akur bahawa itulah yang dikehendaki ahli akar umbi,” katanya.


Read more!

02 April 2008

Laporan akhbar Israel tentang Anwar dicurigai

Sumber Utusan Malaysia Online

Rakyat mempunyai sebab untuk curiga dengan laporan sebuah akhbar Israel yang meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamed Ezam Mohamed Noor berkata, walaupun tidak mempunyai bukti atau mengetahui apakah motif sebenar laporan sedemikian dikeluarkan, umum mengetahui Israel bijak memanipulasi keadaan demi kepentingannya.

‘‘Sejak kebelakangan ini, sudah terlalu banyak percaturan politik yang menggadaikan maruah negara.

“Saya juga ada alasan untuk bimbang mengenai perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Ezam diminta mengulas mengenai laporan akhbar Jerusalem Post bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia’s Future Prime Minister yang sebelum itu turut mendapat reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seorang bekas pemimpin PKR, S. Nallakarupan, semalam.

Dr. Mahathir menyifatkan sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, ia hanya akan membawa satu malapetaka kepada negara ini.

Nallakarupan pula melihat akhbar itu tidak jelas mengenai perjalanan politik negara apabila membuat ramalan sedemikian.

Mengulas lanjut, Mohamed Ezam berkata, itu merupakan satu lagi usaha pemimpin seperti Anwar mengejar cita-cita dalam dunia politik.


Petikan dari Jurusalem Post;

Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?


Anwar has been awarded acclaim by many for his success in creating unity amongst the previously divided opposition parties, which resulted in a coalition that won an unprecedented total of 82 seats out of parliament's 222 seats in the latest election. Considered to be one of Malaysia's most charismatic speakers, Anwar's endorsement of PKR's political platform is gaining significant momentum.

In February 2008, the PKR published the Keadilan Manifesto titled "A New Dawn for Malaysia," detailing the party's vision for putting Malaysia back on a track of economic, political, educational and cultural prosperity. Centering on five central positions, the party first and foremost advocates for a constitutional state for all whereby bumiputera rights are guaranteed fully alongside with non-bumiputera rights² and thus creating non-racial based politics

The main obstacle that analysts suggest is that once Anwar formally re-enters politics, he will need to continue to prove his political competence and ensure the long time fragmented opposition parties sustain a successful coalition and thus an effective governance implementing reforms within the states in which they hold a majority. Should they do so, analysts further predict that the opposition coalition may have a strong chance of defeating the ruling party in the 2013 elections, thus likely placing Anwar as the forerunner as Prime Minister.


Read more!