08 April 2008

Projek Babi Di Sepang Selangor


Rakyat Selangor bantah -Isu projek ternakan babi RM100 juta

Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.

Hampir kesemua mereka yang ditemui tanpa mengira keturunan tidak bersetuju ladang penternakan itu dibina di negeri Selangor yang telah mendapat status negeri maju ini.

Syahril Shawaluddin, 26, seorang kerani yang bertugas di sini berkata, pembinaan ladang penternakan ini walaupun dibina dengan teknologi moden sekali pun pasti akan mengundang masalah.

Beliau berkata, ia juga melibatkan sensitiviti masyarakat setempat di Sepang yang pastinya akan menghadapi kemungkinan dan risiko wabak penyakit seperti yang pernah berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka.

‘‘Ia agak mengejutkan. Saya tidak setuju dengan apa yang kerajaan Selangor nak lakukan ini dan saya minta jangan mencemarkan negeri Selangor,” katanya.

Ahli perniagaan, Azwandi Amiruddin, 29, pula ingin tahu apa niat sebenar kerajaan negeri mahu membina ladang penternakan babi ini sama ada kerana kepentingan politik atau kepentingan rakyat.

Selain itu, beliau juga ingin tahu adakah kerajaan negeri melihat kebaikan atau keburukan projek ini dan sudahkah perbincangan mengenai isu sensitiviti rakyat serta pencemaran yang bakal berlaku telah diambil kira.

‘‘Sebagai kerajaan baru pastinya mereka mahu menunjukkan contoh yang baik tetapi adakah langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil kira sebelum mereka meluluskan projek ini?

‘‘Saya harap kerajaan negeri dapat memberikan penjelasan yang adil kepada rakyat,” katanya yang menetap di sini.

Normadi Awaluddin, 40, pula meminta kerajaan negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak hanya menjaga kepentingan politik dan peribadi tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan membelakangkan rakyat.

Katanya yang merupakan seorang pengusaha gerai makanan, banyak lagi projek-projek lain yang boleh dibuat untuk kebaikan rakyat selain ladang penternakan babi jika benar kerajaan negeri benar-benar mahu mengambil hati rakyat Selangor.

‘‘Sudah tentu saya yang menetap di Selangor ini tidak bersetuju jika negeri yang maju ini kelak dicemari pencemaran dan kekotoran.

‘‘Saya berharap kerajaan negeri agar pertimbangkan suara rakyat seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

‘‘Takkan Malaysia yang merupakan negara Islam mahu dikenali sebagai pengeksport babi moden pula,” tambahnya.

Bagi pembantu tadbir kewangan, S. Vijayalakhsmi, 27, beliau memang tidak bersetuju kerajaan negeri Selangor menternak babi secara besar-besaran di Sepang ataupun mana-mana tempat lain.

Katanya, sudahlah binatang itu tidak bersih, penternakannya juga pasti akan menyebabkan berlaku rasa tidak senang kepada penduduk di kawasan berdekatan.

‘‘Di Selangor memang sudah ada penternak babi, takkan tak cukup lagi. Tolong jangan cemari negeri maju ini kerana yang susah dan tak sihat nanti tentunya rakyat,” katanya.

Kata-kata Vijayalakhsmi disokong oleh jurujual sebuah farmasi, Lim Poh Lian, 40, yang berpendapat tidak perlu ada ladang ternakan babi yang besar kerana yang ada sudah mencukupi.

‘‘Saya memang makan daging babi juga tapi tidak payah hendak bina ladang besar kerana pasti sukar untuk kawal bila dah berlaku pencemaran nanti.

‘‘Saya juga kasihan dengan penduduk setempat di mana projek itu dijalankan pasti kebersihan tempat mereka akan terancam dan risiko penyakit juga senang dapat,” katanya.

Sumber Utusan Online

7 comments:

Anonymous said...

Apsal lak buat kat Sepang??? kampung aku tuh? kalau ye pun buat la kat tempat yang makan barbie tuh, sesuka hati je buat kat Sepang. Memang Dasar DAP.PKR & PAS kat exco selangor tuh 2x5 apsal plak sokong. Sok sok rumah korang tepi kandang barbie tuh baru korang tau.

100 juta tu bukan skit oit, kalau buat binatang halal yang lain ada banyak lagi paedah nyer.

mafizah said...

Anwar dah le pengkhinat melay, hadi awang pun dah jadi penkhianat melayu-islam, mmg sial...

dhomnirhahs said...

dah pindah ke kuala lanagt plak .. hu

hmm .. revise balik manifesto parti pemerintah selangor ni ..

DAP - Just Change It For:

Safer Streets

15,000 policemen to patrol streets in Selangor to reduce crime & protect our families ( belum laksana )

Establish the Independent Police Complaints & Monitoring Commission (IPCMC) ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )

More employment opportunities for the urban poor & marginalized in Selangor ( jawatan telah dibuka - penternak babi )

Lower Costs

Renegotiate unfair contracts e.g. highway concessions for lower tolls ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )

Implement open and transparent tenders for all government contracts ( belum laksana )

Improve public transportation in major cities in Selangor ( belum laksana )

Quality Education

Equal opportunity and access to education for all Malaysian students ( belum laksana )

Ensure that the state government provide quality education through Universiti Industri Selangor (UNISEL)( belum laksana )

Fair and institutionalized financial allocations for vernacular schools, ie SJKCs (Chinese primary schools) and SJKTs (Tamil primary schools) ( belum laksana )

Clean Government

Local government elections to ensure accountability & efficiency ( belum laksana )

Ensure that the state/federal government is accountable to the Rakyat ( dalam proses )

Provide and protect green lungs for densely populated cities in Selangor ( dalam proses - bermula dengan ladang ternakan babi termoden .mungkin mufti baca ni kot )

Stronger Opposition

Provide effective checks and balances to the Selangor government and the federal government ( dalam proses)

Immediately halt the indiscriminate demolition of temples, mosque, surau or churches ( belum laksana)

Legalise temples, mosque, surau or churches built on private or state land. (dalam proses - agaknya )

Protect women’s rights and eliminate discrimination ( babi first - then women )


PAS Selangor

Urustadbir Berwibawa

* Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)

* Menyiasat penyelewengan pentadibiran tanah dan sumber negeri ( dalam proses )
* Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung )
* Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses - agaknya )
* Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung)
* Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses - agaknya )

Sosial dan Kebajikan Rakyat

* Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran
Selangor ( belum laksana)
* Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke
nurseri ( belum laksana)
* Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bg pendidikan pra-sekolah ( belum laksana)
* Membri hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yg mendapat
tawaran ke Universiti ( belum laksana)
* Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor ( diteruskan)
* Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah
tangga ( belum laksana)
* Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang bab* dulu)
* Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas,org kurang
upaya dan anak yatim ( belum laksana)
* Memberi elaun ibu tunggal yang layak ( belum laksana)
* Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga ( belum laksana)
sepenuh masa anak-anak kecil mereka ( belum laksana)
* Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman
sendiri ( belum laksana- buat ladang bab* dulu)
* Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam ( belum laksana)

Kesihatan Rakyat

* Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 thn ke atas ( belum laksana )


Ekonomi Rakyat

* Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( mula dengan ladang bab* dulu )
* Memberi bimbingan perniagaan kepadagolongan belia dan wanita
muda ( belum laksana)
* Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa
minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua
tahun pertama (air ok, elektrik belum.. tq)
* Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai
premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
* Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20
meter padu pertama setiap bulan ( dilaksana bulan jun)
* Menjalankan program bg membolehkan rakyat miskin terutama
petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi
di atas garis kemiskinan ( belum laksana ( atau mungkin akan dilaksana jika termasuk pada projek pemodenan pembelaan ni kot?) )

Keselamatan Rakyat

* Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg
mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir ( belum laksana)
* Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang
lebih berkesan ( peringkat federal, susah skit )
* Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah
dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan pusat khidmat sehenti bab* dulu )

krismas said...

bukan ladang babi aje kawan...tak lama lagi perkampongan baru cina belum lagi sampai 100 hari memerintah dah buat projek yang lari dari apa yang dijanjikan sebelum pru12 dulu pas,pkr sama aje dengan dap sekongkol

Anonymous said...

aku sokong mafizah anuar tu mmg pengkhinat melayu, sama le hadi awang pengkhinat melayu islam, bukan sial lagi anak gampang.....orang yang talam dua muka ni dilaknat olih allah

si_merahhati said...

Woi, bengkek2 aku ni... Nak je aku hadap muka org kuat PKR, DAP dan PAS yg bersekongkol ni. Korang xtau ke hati rakyat cmner? Nyesal giler pengundi yg pangkah korang ni.

Badigol betul korang ni. Ni la yg org kata menang bersorak kampung tergadai. kemain lg Teresa skang ni ek. Melampau! Yg si Khalid ni plak cm lembu dicucuk hidung. Ape ke jadahnya jd cmni? Nape la korang tak tunaikan lg janji2 election aritu? Awal2 dh sebok wat projek lain. Lain drpd manifesto!

Bangaaaaaannnggggggggggggggg!!!!

Daun Keladi said...

allah hu akbarrr

sedarlah kamu orang Melayu...
banggunlah dari tidur....pertahankanlah tanah air kita ini....

Sedarlah PAS san PKR yang kamu gadai sekarang ialah tanah MELAYUUU
tanah warisan daripada nenek moyang kita....jangan sampai kita menangis di tanah air sendiri....jadikanlah pengajaran saudara kita di negara PLASTINNN
hidup terseksa walaupun di bumi sendiri...

Jangan persia-siakan undian daripada pengundi yang telah tersilap pangkah itu dulu...mentadbirlah dengan landasan islam...jangan di ikut sangat DAP tu....fikirlah demi masa depan anak cucu kita