KUALA LUMPUR 22 April - Harga minyak mentah dunia mencatat rekod baru hari ini pada kadar AS$118.05 (RM369.5) setong hari ini berbanding AS$117.56 setong (RM368) semalam.
Kenaikan itu didorong oleh kelemahan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).
Ketua Penganalisis MIMB Investmet Bank, Pong Teng Siew berkata, peningkatan tersebut berpunca daripada kemungkinan kekurangan inventori gasolin di AS akibat permintaan yang tinggi bagi bahan bakar itu.
''Jabatan Tenaga di AS mengesahkan bahawa pengeluaran gasolin dari loji penapisan telah berkurangan sebanyak 2.5 juta setong berbanding pada minggu lepas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.
Menurut Teng Siew, faktor lain yang mengundang kepada pembekalan tergendala ke AS ialah masalah dalaman di Nigeria dan Scotland.
''Sekumpulan pemberontak di Nigeria telah melakukan sabotaj ke atas saluran paip minyak di negara itu, manakala pekerja loji penapisan di Scotland mengadakan mogok hari ini," jelas beliau.
Selain itu, katanya, kenaikan tersebut juga berpunca daripada permintaan minyak yang tinggi dari negara China, pengguna tenaga kedua terbesar di dunia, pada bulan lalu.
Permintaan minyak dari republik itu telah meningkat sejak tahun lalu dan melonjak sebanyak lapan peratus pada Mac lepas, kadar tertinggi dalam tempoh 19 bulan berikutan langkah China meningkatkan import komoditi itu menjelang Sukan Olimpik.
Dari Utusan OnlineSuka atau tidak, kita kena bersedia dengan kenaikan harga barang2 yang akan berpunca dari kenaikan harga minyak dunia. Semoga rezeki saudara saudari akan bertambah, hasil dari kerja kuat dan berkat doa masing masing untuk hari hari mendatang yang sungguh mencabar. Bersediakah anda?
No comments:
Post a Comment