20 June 2008

Kenyataan Yong Teck Lee Tidak Berprinsip Dan Tidak Beretika


KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebulat suara mengutuk kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan menganggap bahawa tindakan tersebut adalah tidak berprinsip serta tidak beretika.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa, BN tidak akan mengambil tindakan terhadap SAPP kerana keputusan menentangnya bukan dibuat oleh parti itu tetapi presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

“SAPP tidak membuat apa-apa kenyataan dan ia bukanlah pendirian parti sebaliknya ia melibatkan individu terbabit,” katanya.



Hasil mesyuarat tersebut, beliau menyatakan bahawa BN hanya akan membuat keputusan mengenai keanggotaan SAPP setelah mendapat surat penjelasan rasmi daripada Majlis Tertinggi SAPP mengenai pendirian parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Sebelum ini Datuk Yong Teck Lee membuat pengumuman rasmi bahawa SAPP hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengugut akan menyokong sebarang bentuk undi tidak percaya terhadapnya.

Teck Lee turut mengakui mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hong Kong dan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berhubung kenyataan Teck Lee, beliau yang juga Presiden UMNO mengatakan bahawa Presiden SAPP tersebut tamak dan mempunyai kepentingan peribadi walaupun telah ditawarkan satu jawatan yang berperanan dengan pembangunan negeri Sabah.

“Malangnya Teck Lee lebih berminat dengan tawaran Anwar Ibrahim, jika tidak dia akan memberi sumbangan kepada kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri menasihati ahli-ahli BN agar tidak terganggu dengan isu tersebut khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

“Kita tidak perlu biarkan diri kita dipesongkan dengan isu-isu yang boleh mengganggu gugat kesejahteraan dan permuafakatan dalam BN kerana ia akan melibatkan ahli-ahli yang juga.”

Beliau turut menegaskan bahawa tidak ada sebarang ancaman atau nasihat kepada mana-mana parti dalam kompenan BN dalam menyatakan sokongan sebaliknya ia adalah kesepakatan bersama dalam menjalankan tugas.

Sebelum itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menyarankan agar semua ahli parlimen BN dapat hadir di persidangan Dewan Rakyat pada Isnin depan (23 Jun) dan patuh pada writ yang ada serta mengikut arahan dalam parti.


dipetik dari http://umno-online.com/

1 comment:

siakapsenohong said...

Orang macam Yong Teck Lee ni patut pancung aje...tak guna satu sen pun. Talam dua muka, tak mendatangkan apa-apa untung pun pada BN...menyusahkan adalah.