25 August 2008

والله أعلم

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Surah Al 'Ankabuut Ayat 3




1. Saiful Bukhari Azlan, budak pembancuh kopi Anwar akhirnya tetap menjadi perhatian di Permatang Pauh. Sepatutnya isu ini mudah ditepis dengan kepakaran pidato Anwar, namun rupa-rupanya isu itu masih menghantui Anwar, walaupun esok hari mengundi.

2. Kalau tidak 'menghantui', sudah pasti tidak perlu diusung ustaz Ramlang Porigi (yang menjadi saksi sumpah) naik ke atas pentas PKR berceramah menyokong Anwar. Ustaz itu pula mendakwa beliau diarah diarah oleh 'pihak atasan' menjadi saksi sumpah Saiful. Katanya lagi ada empat orang imam yang menjadi saksi sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan tempohari.

3. Adakah ustaz itu pula turut bersumpah di depan pengundi Permatang Pauh mengatakan sumpah budak pembancuh kopi itu salah ? TIDAK. Beliau kata beliau hanya menegur sebutan budak pembancuh kopi Anwar yang tersalah sebut sahaja. Lepas itu, beliau turut mendiamkan diri (mengiakan?) sebutan budak pembancuh kopi Anwar itu hingga selesai majlis.

4. Adakah ustaz itu pula turut bertukar imej dari 'tok imam masjid' menjadi 'kempen manager politik Anwar' pula dengan memberi huraian terperinci menyokong teori konspirasi ? TIDAK. Ustaz itu berucap ringkas, beliau dakwa diarah oleh 'pihak atasan' untuk menjadi saksi kepada pembancuh kopi Anwar itu. Ustaz itu sendiri tidak menyebut nama siapakah 'orang atasan' yang telah mengarahkannya apatah lagi mampu menghurai teori konspirasi Anwar secara komplek. Ustaz itu sendiri mengakui beliau tidak mengenalpasti siapakah 'orang atasan' yang mengarahkannya itu.

5. Jadi untuk apa ustaz itu diusung ke pentas ceramah PKR, kalau tidak semata-mata menunjukkan untuk menunjukkan 'isu budak pembancuh kopi' menghantui Anwar. Kalau mahu seret ustaz yang jadi saksi sumpah, sepatutnya Ustaz Anwar dan PKR hereta keempat-empatnya sekali naik ke pentas politik itu. Ustaz Ramlang Porigi hanya salah seorang, mana tiga orang saksi lagi? Adakah dengan kehadiran ustaz itu boleh membersihkan semula semua sumpahan budak pembancuh kopi Anwar itu ?

6. Untuk lebih berkesan lagi sepatutnya Anwar dan PKR heret bekas budak pembancuh kopinya itu naik ke pentas menafikan sumpahnya tempoh hari. Kena tuan badan yang bersumpah menafikan sendiri, bukannya diwakili oleh pihak lain. Ustaz itu hanya menjadi saksi sahaja dan tidak bersumpah pun di pentas ceramah PKR mengatakan apa yang diucapkan adalah benar.

Teori konspirasi?

1. Bermakna kehadiran ustaz Ramlang Porigi masih belum gagal merungkai teori konspirasi yang telah diwar-warkan oleh Anwar. Ustaz itu hanya berjaya memberitahu bahawa beliau tidak bersalah dan beliau diarahkan hadir. Itu sahaja kejayaannya setelah sebelum ini diasak bermati-matian oleh tranungkite.

2. Adakah ini bermaksud kehadiran ustaz itu ke pentas PKR semata-mata untuk membersihkan namanya dan bukan untuk membersihkan nama Anwar?

3. Bagaimana pula hujah sokongan untuk memperkasakan teori konspirasi Anwar ? Adakah masih belum terjawab hingga ke hari ini ?

4. Lagipun, teori konspirasi Anwar telah berubah-ubah. Pada mulanya beliau mengatakan isu liwat itu adalah konspirasi pejabat Najib. Setelah didakwa, beliau menukar pertuduhan mengatakan konspirasi pejabat Pak Lah pula.

5. Barangkali selepas dijatuhkan hukuman, siapa pula yang menjadi mangsa Anwar?. Kenapa beliau sering berubah-ubah tuduhan ?


Sumpah budak pembancuh kopi Anwar

1. Benar atau tidak sumpah budak pembancuh kopi Anwar itu, dia telah serahkan kepada Allah Taala yang menghukumnya. Itu urusan dia dengan Allah. Allah Lebih Mengetahui benar atau tidak lafaz yang telah diucapkan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu.

2. Mufti Wilayah Persekutuan telah mengesahkan lafaz yang diucapkan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu adalah betul . Mufti Perlis pula menegur perbuatan Saiful memegang Al Quran yang dianggap salah, tetapi mengesahkan lafaznya betul. Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Ismail Ibrahim pula mengatakan kedua-duanya perbuatan dan lafaz adalah betul.

3. Bermakna terdapat perbezaan antara lafaz dan perbuatan. Perbuatan yang dilakukan oleh budak pembancuh kopi Anwar itu tidak menyalahi akidah dan tidak boleh membatalkan lafaz yang telah diucapkannya. Kesimpulannya ketiga-tiga tokoh agama yang disebut di atas sebulat suara bersetuju lafaz yang diucapkan budak pembancuh kopi Anwar itu adalah sah di sisi agama.

2 comments:

glokal said...

ternyata sumpah si sayfool tu tak mempengaruhi undi aljubori kt permatang pauh..

apapun, imej dia tetap tercalar sbg seorg peliwat selagi dia tak bersumpah mcm si sayfool tu..

skrg ni org ternanti2 segala pendedahan di dalam kamar mahkamah, pergh...terbuka segala keaiban seorang mp..

Anonymous said...

Dulunya saya memang kesian dengan AI ni tetapi tuduhan dari saiful terhadapnya membuat saya rasa sangsi. Lebih2 lagi dia lari ke embassi turki, kemudian mengatakan ada orang nak bunuh dia. Kenapa ye tidak melaporkan kepada polis? Nanti dia akan kata pula tidak percaya dengan polis sebab kes dulu. Tapi mengapa lari ke embassi turki? Rasa weird tidak? Macam kes sharifah aini pulak. Lepas tu dari satu ke satu dia tuntut, tak yah saya cerita lagi. Langsong saya 'turn-off' nak support dia. He is a little bit too much. Bukan saya fancy sangat dengan BN pon, tapi memang lah bukan AI yang saya minat. Tengokkan telatah dia membuatkan saya rasa malu.