14 May 2009

Peningkatan Kadar Jenayah & Warga Asing

Hampir setiap hari, ada sahaja berita-berita jenayah yang berlaku di segenap pelusuk tanah air tercinta dipaparkan oleh media. Kes rompak, rogol, bunuh bukanlah sesuatu yang asing buat kita rakyat Malaysia pada ketika ini. Seingat saya ketika awal 80an kadar jenayah yang berlaku pada ketika itu amatlah kurang. Malah anak-anak kecil pada zaman itu bebas bermain di mana sahaja. Setakat pergi ke kedai untuk membeli barangan runcit tidak menjadi masalah. Tetapi kini, saya yang kini sudah berkeluarga, akan memastikan anak-anak kecil saya bermain dalam lingkungan pemerhatian mata saya sahaja. Adakah anda juga kongsi kerisauan saya?

Kenaikan kadar jenayah di Malaysia dewasa ini memang ada kaitan dengan kebanjiran warga asing. Sebagai contoh, mengikut statistik dari Kementerian Dalam Negeri, seramai 2,906 kes bunuh dilaporkan bermula 2004 hingga 2008 dan tahun lalu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 652 kes kesemuanya. Semakin ramai warga asing datang maka semakin tinggi kadar jenayah yang berlaku.

Ada yang berpendapat, kita tidak boleh menyalahkan 100% masalah kadar kenaikan jenayah ini berpunca dari mereka sahaja kerana ada juga golongan warga tempatan yang menjadi penyumbang kepada statistik jenayah tetapi warga asing sebenarnya juga bertanggungjawab sedikit sebanyak menyumbang kepada perlakuan penjenayah-penjenayah warga tempatan. Pertembungan budaya dan cara hidup mereka yang kadangkala amat berlainan dengan cara kita di sini sebenarnya memberi kesan yang agak negatif rakyat tempatan. Mungkin impak pertembungan budaya itu kecil jika jumlah warga asing tidak seramai yang ada sekarang ini.

Kerajaan perlukan pendekatan yang lebih keras dan tegas bila melibatkan isu keselamatan awam seperti ini. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan pihak kerajaan untuk mengkaji pendekatan yang berkesan yang dilaksanakan oleh negara-negara maju lain untuk menangani masalah yang serupa. Seumpamanya di negara Matahari Terbit, Jepun telah mengambil pendekatan yang begitu praktikal dan berkesan dalam menangani masalah yang dibawa oleh pendatang asing. Sedar tak sedar rakyat kini semakin risau dan takut dengan kadar jenayah akibat dari kebanjiran warga-warga asing ini.

2 comments:

Wasilah said...

Benar.Banyak faktor penyebab peningkatan jenayah. Rasanya macam dah pupus moral manusia di muka bumi ni.Walau bagaimanapun ia dilihat,tetap berbalik pada punca utama; SOAL HATI dan FAKTOR SEKELILING...Tapi warga asing memang bawa banyak masalah jenayah..So,pandai2lah kita tangani mereka...

Anonymous said...

Mungkin jenayah meningkat kerana polis tak berkesan! tak boleh salahkan polis, kerana tugas polis sentiasa betul. Mungkin salah agensi yg bawa masuk pekrja asing! tak benar kerana agensi itu tolong urus orang asing nak kerja je. Mungkin salah majikan yg mengaji pekerja asing! mana boleh begitu, deme dah upah tak kan menyamun lagi! Mungkin kita semua cuai sampai org asing boleh rampok kita punye harta! Kan dah ada polis ditugas utk jaga... kerajaan yg bayar gaji polis, kenapa tak jaga. mungkin ramai orang asing berbanding polis, maka tak terjagalah polis, dan polis sentiasa betul! habis apa penyelsaiannya. Hah, pihak pembangkang yang salah... meke tak berperanan untuk banteras jenayah dan gagal mendidik pendatang asing
bahawa buat jenayah adalah berdosa! betui ke gitu? entah!