Abad Ke 19 menyaksikan sejarah peradaban manusia banyak berkisar tentang kemajuan yang telah dicapai di rantau Eropah. Revolusi Perindustrian juga telah berlaku di zaman itu dan menjurus terhadap penguasaan ekonomi berasaskan industri yang di monopoli oleh mereka. Manakala pada abad ke 20 sejarah lebih banyak tertumpu kepada negara Amerika Syarikat. Amerika yang mempunyai kekuatan ekonomi dan ketenteraan telah menjadi tumpuan pada zaman itu kerana penglibatanya dalam arena politik antarabangsa seperti ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Dingin, Perang Korea Utara dan Selatan, Perang, Perang Vietnam, Perang Teluk, Krisis Asia Barat dan lain lain. Malah penguasaan Amerika dalam budaya dunia juga amat jelas dengan wujudnya teknologi saluran media seperti Televisyen,Radio dan media cetak. Tetapi angin perubahan mula tertulis sejarah dunia dengan kebangkitan Asia yang mula dirasai pada penghujung abad ke 20.
Wujudnya kuasa ekonomi dan teknologi baru seperti Jepun dan yang terkini China, India dan tidak boleh dinafikan, Rusia. Manakala saingan yang sihat terus berlaku di Asia Tenggara. Menjurus ke arah itu, antara aspek penting untuk sesebuah negara itu terus kekal berdaya saing adalah melalui kekuatan tiga komponen utama berikut; Politik, Ekonomi dan Sosial.
Kesungguhan Kerajaan dalam menguatkan sistem politik sedia ada secara tidak langsung akan menjurus ke arah kestabilan dan kekuatan Ekonomi Negara dan objectifnya akan dilihat sebagai cara untuk mengelakan dari terjadinya krisis ekonomi dan krisis kewangan. Perkembangan di Argentina, Turki dan banyak lagi Negara-negara lain, baru-baru ini telah membuktikan yang krisis sebegini akan meninggikan kadar inflasi, kelemahan nilai tukaran wang asing dan pasaran kewangan Negara. Semua ketidakstabilan ini hanya akan menyebabkan kerisauan dan kurangnya galakan terhadap pelabur yang berpotensi dan akhirnya akan mengakibatkan tahap kehidupan rakyat terjejas.
Keamanan yang dapat dicapai oleh sesebuah kerajaan yang ideal akan akhirnya membuahkan kestabilan social itu sendiri. Perubahan dari sebuah kerajaan yang unilateral atau authoritarian kepada ekonomi terbuka atau ekonomi berasaskan pasaran semasa, perkembangan pesat dalam teknologi terbaru seperti di bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat, pertambahan kesedaran tentang industry berasaskan pengetahuan dan integrasi ekonomi dunia melalui perniagaan dan pelaburan, mempunyai kesan yang besar dalam perubahan politik dan kerajaan sesebuah Negara itu.
Kestabilan dan kekuatan Politik adalah satu gambaran atau keupayaan sesebuah Kerajaan yang memerintah untuk bertahan dari tindakan-tindakan yang tidak mengikut perlembagaan seperti rusuhan, tindakan ketenteraan dan sebagainya. Manakala pilihanraya pula dilihat sebagai satu cara yang sihat untuk melakukan sesuatu perubahan dari segi politik. Rakyat Malaysia sudah menyatakan suara hati mereka melalui undi ketika pilihanraya yang baru sahaja kita lalui. Mungkin kerana kesedaran politik yang semakin matang atau hanya sekadar dipengaruhi oleh emosi? Kesedaran politik adalah merupakan proses pembelajaran setiap individu dalam pemahaman tentang pengaruh politik yang melibatkan kehidupan masing-masing secara amnya. Apa juga jawapanya, kerajaan yang berjaya dibentuk di peringkat negeri atau persekutuan perlu bermuhasabah, mencari jalan penyelesaian atas suara permasalahan rakyat dan seterusnya memajukan Negara dalam menghadapi rintangan yang mendatang.
No comments:
Post a Comment