Kebanyakan berita muka hadapan surat hari ni berkisar tentang kisah DSAI yang enggan memberi kerjasama dalam siasat polis dalam siasatan dakwaan kes liwat melibatkan beliau.DSAI bertegas tidak mahu menyumbangkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beliau atas alasan kemungkinan sampel tersebut dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi beliau sebaliknya hanya bersetuju dilakukan pemeriksaan biasa tanpa melibatkan pengambilan sebarang sampel.
DSAI juga secara tidak langsung mengatakan yang beliau tetap tidak akan bekerjasama untuk memberikan sample DNA beliau walaupun ada penglibatan pakar dari luar negara kerana DSAI masih risau kemampuan pihak tertentu untuk menyalahgunakan sample beliau dalam siasat kes terbabit. DSAI pernah mengatakan, yang beliau mempunyai bukti yang cukup untuk menidakkan penyabitkan kes salah laku liwat ini terhadapnya. Apakah beliau masih kurang yakin dengan apa yang dikatakan beliau sendiri tempoh hari?
Persoalan sekarang, apa lagi yang DSAI mahukan supaya siasatan ini berjalan dengan penuh keterbukaan dan professionalisme tahap tertinggi? Jika pembabitan pakar dari dalam dan luar negara masih diragui oleh beliau, siapa lagi yang boleh diharapkan oleh DSAI? Ketika kenyataan akhbar DSAI sejurus beliau dibebaskan semalam, tidak pula beliau menyatakan sebarang cadangan atau usul yang terperinci supaya keberkesanan siasatan ini terjamin. Seperti biasa, beliau akan menyalahkan pihak berkuasa semasa tindakan penangkapan dan penahanan dilakukan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah mengulas tindakan DSAI dengan mengatakan jika kebenaran yang DSAI cari, beliau sepatutnya bekerjasama dengan pihak polis. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan oleh DSAI. Malah menurut Datuk Seri Syed Hamid Albar, DSAI boleh melantik doktor beliau sendiri untuk hadir semasa pangambilan sampel dilakukan. Menurutnya lagi dibawah undang-undang Malaysia, pihak berkuasa tidak boleh memaksa sesiapa untuk diambil sampel DNA. Apakah DSAI dan Peguamnya sedar akan loophole ini? Jika mereka sedar, dan besar kemungkinan mereka sedar, ini boleh menjelaskan kenapa beliau enggang bekerjasama walaupun pada mata rakyat semua, alasan kerisauan salahguna sample DNA digunapakai oleh DSAI.
DSAI juga memberi alasan yang merujuk kepada perbicaraan kes liwat tahun 1998 yang merupakan satu pertuduhan palsu, bukti DNA yang dipalsukan digunakan ke atasnya. Beliau masih tidak percaya dengan sistem perundangan dan kehakiman negara. Apakah satu Suruhanjaya Di Raja khas perlu ditubuhkan untuk mengadili kes beliau ini dan seterusnya akan mengembalikan keyakinan beliau? Mungkin ini jawapan yang dicari DSAI tetapi sikap tarik tali beliau amat meragukan kepada kebanyakan rakyat. Berani kerana benar, takut kerana salah.
18 July 2008
Anwar Ibrahim Part II
at 9:39 AM Posted by localhost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
BOSAN dengan isu putarbelit Anwar ni.Memang sudah sah dia lakukan.Bukan semua orang ramai bodoh belaka percaya membabi buta kepada helahnya.Ada pakar saikologi,ada pakar krimonologi,ada alim ulama tulin yang mampu menilai, membaca apa yang 'tersirat' pada perlakuan dan alibi-alibi Anwar bila timbul satu-satu kes melibatkan dirinya dan pembohongannya.Isu liwat dijaja dan dicanang-seluruh dunia tahu.Dia tak salah orang lain kononnya nak kenakan dia.DIA FIKIR DIA SIAPA? HEBAT SANGAT KE DIA?? TERNYATA HEBAT SETELAH KENA PECAT dr TPM dan SELEPAS KELUAR PENJARA .Buat malu ibubapa(nasib baik sudah tiada)saja.
Lihatlah dunia politik. Manusia berebut kekuasaan untuk kesenangan dunia. Kuasa dan kemewahan dikejar, sedangkan itulah punca kebinasaan diri dan negara.
Pada asasnya manusia dicipta untuk menyembah tuhan. Manusia dibenar mencari rezeki di muka bumi ini. Supaya terus hidup dan menyembah tuhan yang Esa.
Apabila ditempatkan didunia, pelbagai cara hidup, hiburan dan kaedah menambah kesenangan untuk kehidupan atas dunia dicipta oleh mereka yang terlebih dahulu berkuasa sebelum ini. Generasi masa kini pula sibuk mewarisi dan mengejar sesuatu yang mereka sendiri tidak mengetahuinya.
Matlamat sebenar, menyembah pada yang Esa dah jadi agenda yang keberapa dalam hidup manusia dewasa ini.
Sekiranya manusia mengetahui makna kepimpinan yang sebenar, pasti mereka takut untuk menjadi pemimpin. Tanggungjawab seorang lelaki sebagai ketua keluarga pun sebenarnya, sudah tidak terpikul....
Post a Comment