Suatu ketika "kerjasama" masih lagi dalam kamus perjuangan masing-masing, dan juga kelihatan di belakang, seseorang yang telah mengambil pendekatan untuk berubah demi perjuangan agama, bangsa dan negara.
Kerjasama Pakatan Rakyat memang telah dijangka akan goyah. Ini telah pun dibuktikan dengan pelbagai masalah yang tidak sepatutnya terjadi di negeri-negeri di bawah pemerintahan nya, seperti di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. PKR adalah yang paling bimbang dengan perkembangan tidak sihat ini. Yang terkini, satu wawancara bersama Ustaz Hadi Awang yang diterbitkan oleh Harakah, telah memberi gambaran yang jelas bahawa hubungan antara Presiden PAS dengan DSAI berada dalam keadaan yang bermasalah. Isu ini juga telah disentuh oleh seorang penulis bernama Din Tualang di Detik Daily.
"Saya mohon agar kedua-dua parti, PAS dan PKR dapat bertenang, bersemuka, mengambil jalan yang jernih, duduk merenung tentang sokongan rakyat pada pilihan raya lalu. Jangan khianati kepercayaan rakyat yang mahu negara ini berubah, bukan terus bercakaran atas isu-isu peribadi, sedangkan banyak isu-isu nasional yang melibatkan kehidupan sharian rakyat seakan-akan terpinggir begitu sahaja."
Ingin saya ulangi sekali lagi bahawa, Pakatan Rakyat sememangnya adalah satu pakatan yang tidak nyata dan tidak praktikal kerana ia sendiri tidak didaftarkan seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Cubalah bertanding atas satu tiket parti, gunakan satu lambang parti, nescaya kerjasama yang dilaung-laungkan sukar untuk menjadi kenyataan kerana saya percaya parti masing-masing ada agenda mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment