24 July 2008
Rakyat Malaysia sememangnya bertuah, kata pelabur Rusia.
Rakyat Malaysia seharusnya menerima tindakan Kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak dengan hati dan minda yang terbuka, kata Ketua Pengarah sebuah syarikat dari Rusia, Invest-Capital Ltd, Akhmed Shaptukaev.
"Anda sememangnya bertuah kerana masih lagi menikmati subsidi minyak. Malah, harga minyak di sini tidak begitu mahal.
"Rusia mengeluarkan 10 juta tong minyak sehari, itu adalah 10 kali ganda dari apa yang dihasilkan oleh Malaysia. Tetapi harga minyak kami adalah jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia manakala paras gaji di negara kami juga jauh lebih rendah.
"Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keadaan sebenar atau situasi pasaran harga minyak yang berlaku kini kerana simpanan atau faedah dari subsidi minyak Kerajaan akhirnya akan dinikmati oleh rakyat Malaysia sendiri.
Shaptukaev adalah salah seorang dari 4 delegasi dari Republik Chechnya yang dalam rangka lawatan selama 5 hari ke Malaysia yang bermula dari 14 Julai 2008. Lawatan itu bertujuan untuk meneroka peluang-peluang perniagaan dan pelaburan di sini.
Mereka telah berjumpa dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, DRB-Hicom, Majlis Promosi Perabot Malaysi (MFPC), Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC), Universiti Limkokwing dan lain-lain lagi badan yang berkaitan.
Perbincangan banyak menjurus kepada isu-isu perdagangan dan pelaburan dua hala di dalam bidang minyak dan gas, petrokimia, automotif dan komponen-komponen pengeluaran, projek-projek infrastruktur dan pendidikan.
at 11:36 AM Posted by localhost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment