24 June 2009

PAS akur desakan DAP & PKR tolak kerajaan perpaduan

Idea kerajaan perpaduan serlah nilai sebenar ulama Pas

Hadi tempelak kemelut dicetusnya kepada orang lain demi kepentingan survival politik diri sendiri

SELEPAS mencetuskan idea pembentukan kerajaan perpaduan di negara ini, kelmarin Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, dalam kenyataan yang ditandatanganinya bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menolak ideanya sendiri selain mendakwa ia adalah fitnah, tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat gabungan pembangkang.

Sebenarnya, lontaran idea mengenai kerajaan perpaduan ini bermula dengan laporan akhbar Siasah (bil 0138) terbitan 1-7 Mac, 2009, dengan tajuk besar di muka depannya: 'Negara Tanpa Pembangkang'. Laporan berita itu antara lain menyatakan:

"Selepas dua keluaran berturut-turut Siasah menyiarkan cadangan agar satu pendekatan politik diambil ekoran kegawatan politik dan ekonomi yang melanda, dalam satu wawancara khas, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, mencadangkan agar kerajaan perpaduan dibentuk di negara ini.

"Kerajaan ini adalah kerajaan tanpa pembangkang dan dibentuk dengan pembabitan semua parti politik yang ada dan bersatu demi kepentingan negara. Beliau mencadangkan kerajaan perpaduan pimpinan Habibie di Indonesia, selepas kerajaan Suharto dijatuhkan, dijadikan contoh.

"Melalui kerajaan perpaduan ini, Habibie berjaya memberi impak besar kepada sistem demokrasi, penentangan terhadap rasuah, ketelusan media dan lain-lain di Indonesia, sehingga negara jiran itu berjaya keluar daripada kemelutnya dan berada di depan sekarang. Kini, Presiden Pas melontar idea ini untuk diamalkan di Malaysia dan menunggu reaksi daripada Umno terhadap cadangan ini."

Itu adalah petikan laporan akhbar Siasah. Kemudian, pelbagai reaksi diterima, ada yang positif namun pandangan itu hilang daripada perdebatan umum sehinggalah Hadi sekali lagi melontar perkara yang sama pada Muktamar Agung Pas, baru-baru ini.

Bukan itu saja, ulama ini bahkan melangkah lebih jauh apabila berkata 'cadangan menubuh kerajaan perpaduan ini akan dapat dicapai jika mendapat maklum balas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno'.

Bertonggakkan perjuangan untuk memperkasakan bangsa Melayu yang agak goyah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Hadi dalam ucapannya kelihatan begitu yakin gagasan pembentukan kerajaan perpaduan cadangannya itu akan diterima baik oleh rakan pakatan pembangkang lain iaitu PKR dan DAP.

"Gagasan kerajaan perpaduan ini adalah penyelesaian kemelut negara dan Pas tidak mahu menjadi pembangkang yang membuta tuli... selagi ada ruang kita akan bincang cara demokrasi.

"Terpulang kepada maklum balas parti-parti politik tetapi ia mesti diteliti dengan perbincangan yang mendalam kerana saya percaya ia dapat menyelesaikan masalah negara," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas ke-55 itu.

Hasil daripada pandangannya sebagai ulama berpendirian sederhana dan tidak membelakangkan kepentingan bangsa, majoriti pemimpin Pas yang dikatakan di bawah kemnya menjadi pilihan utama untuk menduduki barisan kepemimpinan utama Pas pada peringkat pusat, menewaskan kumpulan Erdogan yang pro- Anwar.

Apa yang berlaku selepas itu kini berada dalam lipatan sejarah. Idea murni untuk menyatukan semula bangsa Melayu pimpinan barisan baru Pas ini mendapat tentangan hebat pimpinan tertingginya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, sehingga mencetus polemik dalaman parti yang serius.

Ironinya, bukan Hadi yang menjadi sasaran, sebaliknya timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, yang dikepung wartawan di Parlimen terpaksa memberi jawapan pantas, selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, menyatakan kesediaan untuk duduk berbincang sekiranya Pas serius mengenai perpaduan bangsa Melayu.

Hadi ketika itu berada di luar negara dan Nasharuddin menjadi 'kambing hitam' apabila mahu tidak mahu terpaksa menjawab soalan bertalu-talu media massa yang mencetus kemarahan Mursyidul Am Pas, sehingga meminta Ahli Parlimen Bachok itu meletak jawatan dalam Pas dan 'masuk Umno'.

Presiden Pas kembali dari luar negara dan kelihatan cuba menenangkan emosi semua pihak berikutan krisis yang tercetus antara Nik Aziz dan Nasharuddin.

Pada masa sama, Hadi yang menyedari dirinya turut tersepit dan mula berdepan krisis kepemimpinan yang serius, mengambil jalan pintas yang pantas untuk memastikan dia tidak turut menjadi 'korban' politik.

Tetapi jalan pintas yang diambil amat mengecewakan bangsa Melayu, kerana Presiden Pas itu ternyata tidak mempunyai keberanian untuk mempertahankan ideanya membentuk gagasan kerajaan perpaduan atau sekurang-kurangnya duduk berbincang dengan Umno mengenai kemelut yang sedang melanda bangsa sendiri.

Dia tunduk dan akur dengan desakan pemimpin Pakatan Rakyat lain untuk mengeluarkan bersama-sama kenyataan yang ternyata membuatkan Presiden Pas ini bagai 'meludah ke langit tapi jatuh ke muka sendiri'.

Hadi mungkin tidak dapat membayangkan betapa kecewanya bangsa Melayu yang sanggup mengenepi ideologi politik masing-masing, demi melihat bangsa Melayu dapat bersatu dan meleraikan pelbagai isu lebih penting daripada pertelagahan politik yang tidak kunjung padam sejak Pilihan Raya Umum Ke-12.

Rakyat, tanpa mengira bangsa sudah muak dengan permainan politik yang dicetuskan parti politik, apa lagi ketika negara turut berdepan krisis ekonomi yang sedang melanda dunia hari ini.

Ketika kepemimpinan kerajaan BN di bawah teraju Perdana Menteri baru, sudah banyak beralah dan mula menilai serta menyusun semula landasan perjuangan untuk rakyat, cetusan 'kerajaan perpaduan' atau lebih tepat 'perbincangan perpaduan' pada awalnya dilihat sebagai suatu nafas segar untuk memulihkan kewibawaan Malaysia sebagai sebuah negara aman, damai dan makmur di gelanggang antarabangsa. Namun, kenyataan terkini pemimpin ulama itu pasti amat mengecewakan mereka yang benar-benar mahu melihat kejayaan kerajaan perpaduan itu.

Pastinya rakyat akan terus dengan anggapan bahawa dunia politik ini penuh drama, gimik dan lakonan semata-mata. Apa lagi selepas melihat seorang ulama seperti Hadi membelakangkan idea dan pendirian sendiri, malah menempelak kemelut yang dicetusnya kepada orang lain, demi kepentingan survival politik dirinya sendiri.


Read more!

22 June 2009

Melayu bersatu?

Dalam konteks ajaran Islam itu sendiri menganjur umatnya supaya bersatu padu dan jangan sekali-kali berpecah-belah. Bahkan Allah SWT telah berulangkali mengingatkan di dalam kitab sucinya, perpecahan pasti akan membawa kepada kehancuran.

Bagaimana mungkin kesucian dan kedaulatan agama Islam dapat dijaga dan terus terpelihara jika umat yang mendokongnya sentiasa berada di dalam perpecahan?

Kesan dari perpecahan itu juga secara langsung akan menjadikan kita umat yang lemah dan mudah digugat serta diperhinakan oleh orang lain. Oleh sebab itu, adalah amat penting sekali bagi masa hadapan dan kelangsungan umat Islam ianya terletak pada perpaduan. Jelas ini merupakan ikatan dan nadi kekuatan.

Tetapi, bagaimana pula boleh timbul pula segolongan orang yang berfikir dan menganggapkan bahawa soal perpaduan ini tidak begitu penting?

Ada setengahnya pula yang sengaja menimbulkan isu-isu tertentu, walaupun mereka tahu ia akan membawa kepada perpecahan umat. Yang diutamakan oleh mereka ini ialah populariti dan sanjungan oleh satu-satu golongan.

Tindakan mereka itu amat jelas terkeluar dan lari daripada prinsip-prinsip pokok dan ajaran Islam yang menyuruh kita bersatupadu dan melarang berpecah-belah.

Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa kecemerlangan yang telah dicapai oleh umat Islam di zaman Rasullullah SAW dahulu adalah disebabkan mereka bersatu dan tidak berpecah-belah.

Perpaduan umat Islam ketika itu jelas kelihatan melalui sambutan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh golongan Ansar di Madinah kepada orang-orang Muhajirin yang berhijrah ke kota itu.

Perpaduan yang berteraskan pengorbanan, takwa dan iman inilah yang melahirkan suatu umat yang kuat dan teguh, yang dapat membangun dan memperluaskan agama dan negara Islam ketika itu, serta dapat memberi sumbangan yang besar kepada tamadun manusia.

Usaha bagi memupuk perpaduan di kalangan masyarakat Islam adalah tanggungjawab semua umat Islam. Bukan sahaja ahli politik, malahan golongan alim ulamak dan cendikiawan Islam perlu bekerjasama serta memberikan pandangan yang positif bagi mengatasi masalah yang dihadapi kini.

Justeru, sukar benarkah untuk menerima perpaduan?


Read more!

17 June 2009

Kisah Balak Di Kedah

MB Kedah yg tahu akan perkara ni buat tak tahu saja. Bila ditanya “Saya tak tahu…” itulah jawapan yg selalu dia sebutApa nak jagi dgn manusia yg bertopengkan PAS sekoq ni. Menjatuhkan maruah saja. Kerja dia tak ada lain kikis harta rakyat yg kononnya apa yg dia buat utk membantu parti PAS. Boleh aku katakan PAS menghalalkan pendapatan dari kerja kotor ini sebagai dana pergerakan parti. Wahai sekelian rakyat Kedah, ketahuilah pembongkaran ini…..

15 September 2008 - Sebuah syarikat “AY TRADING” pengurusnya Aziz bin Ahmad telah membuat permohonan bersurat kepada YAB Tuan Pengarah Perhutanan Kedah atas tajuk “Permohonan untuk mengeluarkan saki baki kayu balak dalam tanah kerajaan lot 1771 dan lot 1805 Bukit Kaci Pelanduk, Mukim Temin, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman”. Keluasan kawasan yg dipohon lebih kurang 254 ekar.

18 September 2009 – Bayaran memproses permohonan (RM200.00) dan bayaran pertaruhan permohonan (RM10,000.00) telah dibuat kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

19 September 2008 – AY Trading telah membuat perjanjian dgn org perseorangan CH Lim. Perjanjian disedikan oleh Tetuan Sharifah, CP Yeap & Co. Ditanda tangani di hadapan MURSHIDAH MUSTAFA (Peguambela & Pweguamcara).

Antaranya perjanjian itu berbunyi:
Pihak Pertama (AY Trading) adalah sebuah syarikat mempunyai lessen balak kelas B.
Pihak Kedua (CH Lim) akan menggunakan lessen balak kelas B Pihak Pertama utk membuat permohonan membalak.Pihak Pertama bersetuju member sepenuh kerjasama kepada Pihak Kedua dlm segala urusan berkaitan permohonan tersebut.Pihak Kedua telah menyediakan RM10,000.00 bayaran atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Kedah sebagai deposit kpd Permohonan Membalak.Sebagai balasan pengunaan balasan menggunakan lesen pembalak kelas B Pihak Pertama, Pihak Kedua bersetuju membayar kpd Pihak Pertama sebanyak RM25,000.00. Segala kos memproses permohonan, kos urusan pembalakan urusan pentadbiran, perjalanan perniagaan pembalakan dijalankan sepenuhnya oleh Pihak Kedua.

Pihak Pertama setuju tidak akan membuat sebarang perjanjian, perkiraan atau apa-apa urusan dgn mana-mana pihak ketiga selepas perjanjian ditanda tangani.Perjanjian dibuat mengikat waris-waris peribadi, wakil-wakil peribadi, waris-waris dan wasi-wasi kedua-dua pihak.

24 Septembar 2008 – Pemungut Hasil Hutan Sarinah binti Said, mengirim surat kpd AY Trading makluman resit bayaran (RM200.00) dan resit pertaruhan (RM10,000.00).

15 Febuari 2009 – Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Kasim bin Osman telah meluluskan permohonan yg dibuat oleh “AY Trading” dgn bayaran yg dikenakan : Harga premium RM1,454,184.002Deposit jaminan lesan RM 10,000.00Bayaran menyediakan lesan RM 100.00Bayaran menyediakan plan RM 20.00Tetapi durian rutuh yg bakal dikecapi oleh CH Lim keputusannya amat mengecewakan. Beliau mendapati bahawa AY Trading iaitu Aziz bin Ahmad telah membuat satu lagi perjanjian atas tanah yg sama kpd syarikat “METRO SUNVIEW SDN BHD”. AY Trading telah melanggar perjanjian.AY Trading diarahkan oleh Metro Sunview (yg tak ada RM yg cukup) mempergunakan RM CH Lim bagi mendapatkan projek pembalakan. Alasannya hasil balak tersebut dapat membayar balik kos yg dikeluarkan oleh CH Lim. Malah lebih lagi apa yg CH Lim keluarkan boleh dibayar balik.

Metro Sunview mengugut AY trading, dgn kuasa yg ada pada beliau boleh membatalkan permohonan tersebut atas alasan PROJEK ALI BABA.Metro Sunview menegaskan bahawa sedikit hasil balak tersebut dapat disumbangkan kpd PAS Kedah persediaan memperkukuhkan parti.

Siapa DALANG dlm METRO SUNVIEW…..?

Nama syarikat : Metro Sunview
No. syarikat : 828477-V
Alamat berdaftar : No. 66B, Damai Komplex, Kuala Lumpur
Tarikh penubuhan : 8 September 2008
Direktor 1 : Che Had bin Dhali
Direktor 2 : Akashah bin Ismail
Direktor 3 : Roslizan bin Zakaria
Direktor 4 : Jamal Akma bin Ibrahim
Setiausaha : Noorma binti Mohd Zain
Pemegang syer 1 : Zatizam binti Zahari
Pemegang syer 2 : Faridah binti Ghazali
Oooooooooo patut la Metro Sunview kata kuasa ada dlm tangan dia…..

Baru aku tau:
Che Had bin Dali adalah Pegawai Khas Ekonomi MB KedahRoslizan bin Zakaria adalah Pegawai Khas Kanan MB KedahPatut la dua ekoq ni begitu riak, bangga, besar diri dan bermegah di Wisma Negeri. Selalu menjadi kebanggaan MB Kedah kata depa ni pandai cari duit tak semacam exco Kedah yg lain.Ini yg kita nampak. Yg kita tak nampak entah la berapa banyak….. Patut la Batu 9 Kota Sarang Semut markas utama PAS Kedah berapa puluh tahun tak siap-siap, mai dari hasil yg tak ketahuan punca…..

Sumberpisau.net


Read more!

MEMPERLEKEH PERJUANGAN UMNO

1. Terdapat usaha berterusan untuk memperlekeh perjuangan UMNO dan orang Melayu untuk kemerdekaan.

2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.

3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.

4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.

6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.

8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.

9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.

10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.

11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.

12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga.

Dipetik dari CheDet


Read more!

15 June 2009

Wajah Sebenar Pakatan Rakyat


KARPAL: HADI, YOU ARE AN EMBARRASSMENT TO PAKATAN

DAP chairman Karpal Singh today scolded fellow Pakatan Rakyat (PR) leader Datuk Seri Hadi Awang for publicly embarrassing the alliance with his talks of a unity government with archrival Umno.

Speaking to The Malaysian Insider from Penang, the no-nonsense Karpal bluntly said the PAS president was fast becoming an “embarrasment” to the fledgling coalition.

He noted Hadi’s recent claims that both DAP and PKR had agreed to let the Islamist party continue its talks with the main ruling party over Malay/ Muslim matters, which are top of the party’s list on the national agenda.

“All that is not true. And something untrue is embarrassing, isn’t it?” Karpal said over the telephone.

“He owes us all an apology. He has no business to say that DAP and PKR agreed when we didn’t,” he added.

The bellicose chairman of DAP also pointed out that Hadi’s own team-mate, Datuk Nik Aziz Nik Mat, the spiritual adviser and soul of PAS, had publicly disagreed with his thoughts for a sit-down with Umno.

Karpal advised Hadi to consult his partners before shooting his mouth on his own ideas in future.

“He must not only think of one side,” the outspoken lawyer said, in a softer tone.

Malaysia Today

Cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Hadi Awang atas tujuan mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk UMNO untuk kepentingan negara nampaknya meresahkan sekutu pakatan campuran.

Belum pun sempat Hadi Awang menerangkan secara terperinci berkaitan idea yang dikemukakan, tiba-tiba muncul pula Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Mustapha Ali meminta semua pimpinan PAS dan pakatan pembangkang berhenti cakap mengenai hal berkenaan.

Ini ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan terbuka dari para pemimpin DAP termasuklah Pengerusinya, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Namun demikian, Anwar cuba pula menegakkan menang yang basah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa kononnya pakatan campuran tidak menghadapi sebarang masalah.

Lantas seperti biasa juga, Anwar mempalitkan masalah yang membelenggu sekutu mereka dengan melemparkan tuduhan bahawa UMNO dan BN yang membuat spekulasi berkaitan perselisihan mereka.

Sememangnya, bangkai gajah tak mungkin boleh disembunyikan, apatah lagi apabila aib sendiri ditunding kepada pihak lain yang langsung tiada kena mengena dengan apa-apa permasalahan yang mereka hadapi.

Rakyat sendiri tahu siapa yang benar dan siapa yang salah, dan Anwar tidak perlulah hendak mengalihkan kenyataan dengan mengatakan bahawa media massa yang dikuasi oleh BN dan UMNO sengaja mensensasikan isu berkenaan.

Perlu difahami oleh Anwar dan sekutunya bahawa media massa mempunyai etika sendiri dan melaporkan berlandaskan kepada berita dan fakta sebenar.

Apatah lagi, sejak cadangan kerajaan perpaduan dikemukakan oleh Hadi dalam muktamarnya minggu lalu, saban hari para pemimpin dalam pakatan campuran mengeluarkan kenyataan yang ternyata melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Presidennya.

Lebih teruk lagi apabila Mursyidul Amnya, Nik Aziz sendiri secara terang dan terbuka juga turut menentang cadangan yang dikemukakan oleh Hadi biarpun ia adalah untuk kepentingan bersama rakyat Malaysia dalam negara.

Rentetan daripadanya, seorang demi seorang para pemimpin DAP membuat kenyataan termasuklah Lim Guan Eng yang nyata tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senang hati terhadap isu kerajaan perpaduan.

Kemarahan Guan Eng terluah sendiri dengan anggapan ke atas Hadi sebagai orang kuat beragama bukan saja perlu menjawab pada DAP dan pakatan pembangkang tetapi juga pada Tuhan.

Begitu juga Karpal Singh yang turut memberi kata dua kepada PAS dengan mengatakan sepatutnya PAS sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang dan tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian (kerajaan perpaduan).

Pada Muktamar lalu juga, Hadi turut mendakwa bahawa ideanya untuk menubuhkan kerajaan perpaduan telah dipersetujui oleh PKR dan DAP namun malangnya, pemimpin PKR dan DAP menyangkal kenyataan tersebut.


Read more!

06 June 2009

WRONG LANE YB!!


PAS Changkat Jong assemblyman Mohd Anuar Sudin (in baju Melayu) found himself in an awkward situation when he strayed into the motorcycle lane on the Federal Highway yesterday. Motorcyclists alerted him but when he moved to the side of the lane, he drove into a pothole and got stuck. Anuar was on his way to Stadium Malawati.


Read more!

05 June 2009

Agenda yang terlindung

Pakatan pembangkang sejak akhir-akhir ini bertindak seakan merekalah yang berkuasa dan menjadi penentu kepada hala tuju perjuangan dalam negara sedangkan realiti yang berlaku adalah sebaliknya.

Memang tidak dinafikan, sejak pilihan raya pertama 1955 dan kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 lagi, sikap parti-parti pembangkang tidak pernah berubah iaitu lebih sudu dari kuah, mengkritik untuk menjatuhkan lebih banyak dibuat daripada membantu untuk membina apa yang kurang.

Semakin lama, sikap tersebut semakin terserlah apatah lagi sekarang ini ada perancang yang menjadi duri dalam daging dan api dalam sekam kepada bangsa dan negara iaitu sanggup untuk mengadaikan agama yang dijunjung, bangsa yang dikendong dan bumi yang dipijak.

Apa yang pasti, nilai dan jati diri dipergadai sedemikian rupa hanya lantaran kuasa dan pangkat mengaburi mata.

Tidak kiralah apa yang mereka lakukan, sama ada PKR, PAS atau DAP sendiri, saban hari pasti mereka akan menimbulkan permasalahan yang bukan sedikit malahan hingga menimbulkan kegusaran dan kegelisahan di hati rakyat ekoran tindakan mereka.

Sikap tidak bertanggungjawab, biarpun sebagai pemimpin dan mentadbir negeri-negeri yang berjaya dimenanginya dalam pilihan raya lalu malangnya gagal berbuat apa-apa biarpun bukan baru semalam mendapat kuasa.

Percaturan dalam melaksanakan tugas masih berlangsung dan kerja-kerja yang diharapkan untuk ditunaikan oleh para pemimpin mereka kepada masyarakat tidak dilakukan.

Sememangnya, keputusan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dijadikan kayu pengukur kepada pakatan campuran kononnya mereka diterima oleh semua lapisan masyarakat sedangkan sebenarnya kelemahan dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO disimbolikkan sebagai kekuatan mereka.

Lantaran itu, sikap parti-parti pembangkang semakin ketara dengan memanipulasi setiap isu dan paling teruk mengatakan setiap agenda dan langkah yang diambil oleh Kerajaan serba-serbi tidak elok.

Dalam masa yang sama juga, janji demi janji ditaburkan… kononnya jika pakatan campuran mendapat kuasa mentadbir negara maka rakyat akan senang lenang sedangkan baru sahaja menguasi lima negeri sudah kucar-kacir jadinya.

Keangkuhan dan keegoan yang digunapakai dalam pentadbiran menampakkan hasil apabila kesepakatan gagal direalitikan seperti semudah berkata-kata dan akhirnya kuasa yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat terlucut dengan sendirinya.

Namun demikian, tidak cukup setakat itu sahaja sebaliknya, rakyat terus-terusan diperalat dengan pelbagai provokasi. Pakatan campuran, terus menguatkan perancangan dengan helah buruk mereka iaitu menimbulkan propaganda negatif terhadap BN/UMNO biarpun terbukti mereka juga mendapat hasil yang sama sebagai rakyat Malaysia.

Fikirkanlah, untuk apa semua itu sedangkan bukankah lebih baik sekiranya masa yang ada diisi dengan merealisasikan janji-janji yang diluahkan sepanjang kempen pilihan raya umum yang lalu daripada terus memfitnah dan mengeji kepimpinan BN/UMNO.

Fikirkanlah juga apa yang akan berlaku sekiranya benar pakatan pembangkang menguasai kerajaan, tentunya DAP akan berusaha mewujudkan sebuah negara republik; negara tanpa Raja!

Fahamilah bahawa lazimnya gerakan parti yang beridealogi sosialis akan bertindak menahan golongan intelektual dan menawan media (seperti mana yang pernah PKR lakukan apabila menghalau media RTM di Selangor), merampas harta-harta dan memiliknegarakan firma-firma seperti mana yang pernah berlaku kepada beberapa negara lain di medan antarabangsa.

Lantaran itu, fikirkanlah semula hala tuju masa hadapan untuk diwariskan sebagai kesinambungan dan pusaka kepada generasi akan datang lantas fikirlah adakah hanya dengan berbekalkan populariti sahaja mampu menjamin agama, bangsa dan tanah air?


Read more!

04 June 2009

45 peratus jadi modal...hasil sebenar jangan cerita

Segalanya bermula dengan laporan kajian sebuah agensi penyelidikan yang dikenali Merdeka Center mengenai sokongan masyarakat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Setelah pusat kajian itu mengeluarkan kenyataan akhbarnya bahawa 45peratus daripada 1,067 responden memberikan ‘markah lulus’ atau berpuashati dengan Najib sebagai Perdana Menteri, gegak gempita seluruh negara mula mempertikaikan kewibawaan Najib terutama pemimpin pembangkang.

Malah vateran DAP seperti Lim Kit Sing terus mencabar Najib untuk membawa usul percaya terhadap kepimpinannya di Parlimen kerana menyandarkan angka 45peratus yang disifatkannya sebagai bukti kewibawaan Najib dipertikai oleh rakyat.

Bila ada sidang media yang melibatkan tokoh besar, soalan mengenai 45 peratus ini menjadi topik yang cukup panas diajukan dengan harapan angka tersebut akan terus menjunamkan keyakinan orang terhadap Najib.

Semua yang ‘melompat’ dengan angka 45 peratus ini dah memang jadi perangai mereka, hanya cerita apa yang mereka nak cakap dan yang nak mereka dengar sahaja.

Hakikatnya berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh pusat penyelidikan itu secara terang-terang, dalam kenyataan media mereka jelas menyebut sejak dua bulan kebelakangan, isu utama yang mendapat perhatian 23 peratus responden ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi.

Manakala politik pula seolah-olah tidak mendapat tempat kerana ia hanya mendapat perhatian lima peratus responden sahaja.

Malah soal 45 peratus itu, Kit Siang ke atau siapa sahaja patut beri tahu, kajian tentang penerimaan terhadap Najib telah dimulakan sejak Mac tahun lalu.

Sebelum mengambil alih kepimpinan negara, soalan yang diajukan kepada responden ialah sejauh mana mereka bersetuju atau tidak bersetuju Najib akan menjadi Perdana Menteri yang baik.

Setelah Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, soalannya pula sejauh mana responden berpuashati atau tidak berpuashati terhadap Najib menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

Berdasarkan kajian Merdeka Center, pada Mac 2008, peratusan yang diberikan ialah 46 peratus dan Mei 2009, ia menjadi 45 peratus. Manakala 39 peratus pula menolak untuk menjawab soalan tersebut.

Namun dapatan kajian itu tidak boleh dipisahkan dengan satu lagi soalan yang diajukan kepada responden iaitu dalam keadaan semasa Malaysia sekarang, apakah pendapat mereka mengenai arah negara ini adakah di landasan yang betul atau salah.

Bermula sejak Oktober 2008, dapatan kajian menunjukkan 60 peratus responden menyatakan kita berada di landasan yang salah dan hanya 29 peratus kata di landasan yang betul.

Namun setelah Najib mengambil alih kepimpinan negara, 3 April lalu, 42 peratus kata kita berada di landasan yang betul manakala 41 peratus kata di landasan yang salah.

Oleh itu berdasarkan dua dapatan ini, apakah Kit Siang atau siapa sahaja boleh terus membuat kesimpulan Najib tidak diterima.

Baru tiga tiga bulan menjadi Perdana Menteri, keyakinan kita berada di landasan yang betul meningkat dari 29 peratus kepada 42 peratus.

Tidakkah ini boleh dikatakan sebagai ‘markah lulus’ kepada Najib.

Selain itu dalam soal ‘markah lulus’ atau berpuashati dengan Najib sebagai Perdana Menteri yang disebut hanya 45 peratus, Kit Siang tidak pula sebut 39 peratus tidak memberikan jawapan mereka.

Maka dengan itu, kesimpulan yang dapat dibuat, Kit Siang atau ‘kaum sejenis dengannya’, hanya akan bercakap perkara-perkara yang mereka hendak paksa orang dengar dan percaya. Maklumat sebenar dan menyeluruh akan disimpan dengan harapan orang tidak tahu dan hanya terima apa yang Kit Siang dan ‘kaumnya’ kata adalah benar.

Dengan sebab itu apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya oleh wartawan hari Rabu hanya memberikan komen, apakah angka asas untuk dibandingkan dengan 45 peratus yang diterima oleh Najib.

“Bukankah ini kajian yang pertama kali dibuat...apa perbandingan dengan yang sebelum ini, jadi kita kena tunggu dululah,” ujar beliau

Agenda Daily


Read more!

PAS Dulu Lain, PAS Sekarang Lain

“Dulu lain, sekarang lain, dahulu bujang sekarang dah kahwin,” tentu mereka pencinta lagu ‘evergreen’ Tan Sri S. M. Salim masih segar di minda dengan lirik lagu itu. Dan pastinya ia kini sesuai digandingkan dengan sikap parti yang kononnya mengaku lebih Islam daripada yang lain. Tiada yang Islam melainkan perjuangan mereka sahaja.

Jika dahulu, haram berpakat dan bekerjasama dengan orang bukan Islam di Negara ini dalam urusan politik dan pemerintahan hingga tahap mengkafirkan, mengharamkan memakan ternakan hasil penyembelihan saudara seagama, memulau kematian teman sekampung dan juga enggan berimam bersama.

Adakah mereka yang membuat ‘fatwa’ sendiri itu kini telah taubat dan memperbetulkan kembali penyelewengan itu?

Hingga kini masih ada lagi penyokong-penyokong mereka berpegang kesan daripada amanat Haji Hadi dan juga sebagaimana Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Haji Awang Abu Bakar, ketika berceramah di Gong Duek, Besut, Terengganu, 1 April 1981 dengan mengatakan;

“Dan lagu ni Allah Taala beritahu orang ini sebenarnya orang munafiq.

“Orang munafiq ni lagu mana perangai? Allazina yattakhizuunal kaafiriina auliyaa min duunil mukminiin. Iaitu orang-orang munafiq ini mereka yang mengambil orang-orang kafir buat kawan baik.

“Sehidup semati, sesirih sepinang, sebantal, setelaga setimba, semampus sehidup, semerintah negeri, sedewan. Sama-sama jadi wakil rakyat, sama-sama jadi menteri, sama-sama jadi exco, sama-sama jadi timbalan menteri, sama-sama jadi setiausaha parlimen, sama-sama jadi pegawai kerajaan.

“Siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik, siapa? (orang ramai jawab.. UMNO). Tengok tu. Sekali lagi saya ulang tayang. Siapa saudara-saudara yang mengambil orang kafir buat kawan baik? (penonton jawab.. UMNO). Haa.. UMNO.

“Kalau pandai begitu senanglah dan tahu tanda gak! Buboh tanda ‘molek atas dahi gak ha yalah tu. Apa hukum orang ini? (sama-sama jawab dengan orang ramai) MUNAFIQ.”

Tetapi, kini, bukan sahaja berpakat dan bersekongkol, malah hingga tahap ‘bersatu’ dengan penubuhan kelab penyokong dan terdesak ingin dijadikan sebagai sayap pula.

Mudahnya dahulu mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan parti MCA, MIC, Gerakan dan juga parti bumiputera di Sabah dan Sarawak. Akhirnya mengakui ‘menjilat ludah sendiri’ apabila bersekongkol dengan Dap, parti yang terang-terang memusuhi Islam sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Pengerusinya ‘langkah mayatnya dahulu jika mahu dirikan Negara Islam’.

Kelu lidah pemimpin Pas ketika itu, hinggalah kini, langsung tiada kedengaran tentang Negara Islamnya!

Ke mana agaknya hilang slogan ‘Membangun Bersama Islam dan hududnya?

Diganti pula dengan ‘Pas untuk semua’! Itu semua demi menjaga hati rakan sekongkolnya sahaja serta sanggup mencabuli prinsip dan dasar parti sendiri demi kepentingan rakan-rakan politiknya, satu bersifat liberal dan satu lagi sosialis.

Akhirnya, mereka mengakui formula yang selama ini dipakai oleh UMNO selama 52 ini adalah formula yang terbaik. Sebagai Negara majmuk, Negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, perlu ada perkongsian kuasa yang diwakili oleh kaum yang khusus kerana hanya sesuatu kaum sahaja yang tahu kehendak kaumnya.

Ianya kemudian bergabung menjadi satu gabungan yang kukuh, seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN), bukan seperti pembangkang yang berpakat semata-mata untuk menjatuhkan BN, bukan satu gabungan memberi khidmat yang terbaik kepada Negara dan rakyat ini.

Tambahan pula, pakatan mereka jelas satu pakatan yang longgar, terdapat satu sikap saling mencurigai, jika tidak, sudah lama mereka bergabung sebagai satu entiti.

Berbeza dengan UMNO kerana sejak penubuhannya tetap dengan agenda dan usaha untuk memartabatkan agama, bangsa dan Negara serta mempunyai satu gabungan dengan rakan-rakan komponennya dengan amat baik.


Read more!