Segalanya bermula dengan laporan kajian sebuah agensi penyelidikan yang dikenali Merdeka Center mengenai sokongan masyarakat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Setelah pusat kajian itu mengeluarkan kenyataan akhbarnya bahawa 45peratus daripada 1,067 responden memberikan ‘markah lulus’ atau berpuashati dengan Najib sebagai Perdana Menteri, gegak gempita seluruh negara mula mempertikaikan kewibawaan Najib terutama pemimpin pembangkang.
Malah vateran DAP seperti Lim Kit Sing terus mencabar Najib untuk membawa usul percaya terhadap kepimpinannya di Parlimen kerana menyandarkan angka 45peratus yang disifatkannya sebagai bukti kewibawaan Najib dipertikai oleh rakyat.
Bila ada sidang media yang melibatkan tokoh besar, soalan mengenai 45 peratus ini menjadi topik yang cukup panas diajukan dengan harapan angka tersebut akan terus menjunamkan keyakinan orang terhadap Najib.
Semua yang ‘melompat’ dengan angka 45 peratus ini dah memang jadi perangai mereka, hanya cerita apa yang mereka nak cakap dan yang nak mereka dengar sahaja.
Hakikatnya berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh pusat penyelidikan itu secara terang-terang, dalam kenyataan media mereka jelas menyebut sejak dua bulan kebelakangan, isu utama yang mendapat perhatian 23 peratus responden ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi.
Manakala politik pula seolah-olah tidak mendapat tempat kerana ia hanya mendapat perhatian lima peratus responden sahaja.
Malah soal 45 peratus itu, Kit Siang ke atau siapa sahaja patut beri tahu, kajian tentang penerimaan terhadap Najib telah dimulakan sejak Mac tahun lalu.
Sebelum mengambil alih kepimpinan negara, soalan yang diajukan kepada responden ialah sejauh mana mereka bersetuju atau tidak bersetuju Najib akan menjadi Perdana Menteri yang baik.
Setelah Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, soalannya pula sejauh mana responden berpuashati atau tidak berpuashati terhadap Najib menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.
Berdasarkan kajian Merdeka Center, pada Mac 2008, peratusan yang diberikan ialah 46 peratus dan Mei 2009, ia menjadi 45 peratus. Manakala 39 peratus pula menolak untuk menjawab soalan tersebut.
Namun dapatan kajian itu tidak boleh dipisahkan dengan satu lagi soalan yang diajukan kepada responden iaitu dalam keadaan semasa Malaysia sekarang, apakah pendapat mereka mengenai arah negara ini adakah di landasan yang betul atau salah.
Bermula sejak Oktober 2008, dapatan kajian menunjukkan 60 peratus responden menyatakan kita berada di landasan yang salah dan hanya 29 peratus kata di landasan yang betul.
Namun setelah Najib mengambil alih kepimpinan negara, 3 April lalu, 42 peratus kata kita berada di landasan yang betul manakala 41 peratus kata di landasan yang salah.
Oleh itu berdasarkan dua dapatan ini, apakah Kit Siang atau siapa sahaja boleh terus membuat kesimpulan Najib tidak diterima.
Baru tiga tiga bulan menjadi Perdana Menteri, keyakinan kita berada di landasan yang betul meningkat dari 29 peratus kepada 42 peratus.
Tidakkah ini boleh dikatakan sebagai ‘markah lulus’ kepada Najib.
Selain itu dalam soal ‘markah lulus’ atau berpuashati dengan Najib sebagai Perdana Menteri yang disebut hanya 45 peratus, Kit Siang tidak pula sebut 39 peratus tidak memberikan jawapan mereka.
Maka dengan itu, kesimpulan yang dapat dibuat, Kit Siang atau ‘kaum sejenis dengannya’, hanya akan bercakap perkara-perkara yang mereka hendak paksa orang dengar dan percaya. Maklumat sebenar dan menyeluruh akan disimpan dengan harapan orang tidak tahu dan hanya terima apa yang Kit Siang dan ‘kaumnya’ kata adalah benar.
Dengan sebab itu apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya oleh wartawan hari Rabu hanya memberikan komen, apakah angka asas untuk dibandingkan dengan 45 peratus yang diterima oleh Najib.
“Bukankah ini kajian yang pertama kali dibuat...apa perbandingan dengan yang sebelum ini, jadi kita kena tunggu dululah,” ujar beliau
Agenda Daily
04 June 2009
45 peratus jadi modal...hasil sebenar jangan cerita
at 3:45 PM Posted by localhost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment