24 January 2008

Apa yang tinggal pada PKR?

Ezam Mohd Nor yang pernah menjadi Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim & Ketua Pemuda Keadilan keluar dari PKR kerana beliau mengatakan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini telah mengamalkan politik secara diktaktor dan hilang arah tuju perjuangan. Beliau juga berpendapat pengaruh Azmin Ali di dalam PKR akan memusnahkan parti itu sendiri kerana tindak tanduk Azmin Ali yang kadang-kala dilihat lebih kuah dari sudu berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Perjuangan Ezam bukan lah sesuatu yang "boleh dipandang remeh" kerana ketika beliau masih setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau pernah dipenjarakan selama 791 hari dibawah akta ISA dan OSA di waktu yang sama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara.  Ezam kini bergiat cergas dengan sebuah NGO yang bernama GERAK ( Gerakan Demokrasi & Anti Korupsi )



Bekas Timbalan Presiden PKR Abdul Rahman Othman pula keluar parti dan menyertai PAS kerana dia merasakan bahawa bergabung tenaga dengan orang bukan Islam mungkin bukan cara yang terbaik, kerana PAS adalah parti yang tidak mengira kaum, asalkan kaum itu beragama Islam.  


Mantan ADUN Lunas, Saifuddin Nasution Ismail kini menempa sejarah baru sebagai ahli politik Pembangkang, dalam politik Kerajaan Pembangkang. Sebagai personaliti pilihan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Dato’ Husam Musa, anak kelahiran Perlis Saifuddin dilantik Pengurus Besar Yayasan Tabung Tok Kenali selama dua tahun itu, kini telah diangkat sebagai Penasihat Strategik PAS, walaupun masih menjadi ahli dan penasihat strategik PKR.

Bekas Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan Ruslan Kassim, bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip, bekas Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan, Hamdan Taha, bekas Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang, Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie, Bekas Ketua Pemuda Keadilan Perak, Mohd Hanafiah Man, bekas Exco Pemuda Keadilan, Fakhrul Azman Abu Bakar, bekas Exco Pemuda Keadilan, Shamsul Bahari Shamsuddin, bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan, Rosli Mohd Johar, bekas Exco Pemuda Keadilan Terengganu, Zainuddin Awang, Datuk Bujang Ulis dari Keadilan Sarawak, bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan, Rusli Mohd Shariff, bekas Exco Pemuda Keadilan Pahang, Jeffry Nizam juga tidak terkecuali dari senarai pemimpin PKR yang bertindak nekad keluar dari parti.

Tidak ketinggalan, nama-nama seperti Dr. Chandra Muzaffar, Dr. Jomo K Sundram, Marina Yusuf, Nell Onn, Lokman Noor Adam, S. Nallakarupan, Zainur Zakaria dan Abdul Rahman Osman juga merupakan tokoh besar dalam PKR merasakan diri meraka tertipu dan seterusnya meninggal kan PKR.

6 comments:

ashraf haikal affendi said...

yang tinggal cumalah kenangan bersama dengan sisa-sisa kehampaan dan penyesalan....kata para pengikutnya "kalau akau tau begini jadinya, tak aku tinggalkan perjuangan melayu...." dan kata para pemimpin yang telah meninggalkannya "tak akan aku toleh ke belakang lagi, untuk apa berbakti pada parti jalanan...." tetapi kata pemimpinnya... "yang aku peroleh adalah populariti...hehehe."

myownschooloftought said...
This comment has been removed by the author.
myownschooloftought said...

agak agaknya la, yang dok follow PKR ni masih lagi ignorant agaknyer. Ramai orang besar dah keluar, apa lagi maknanya tuh? tak paham lagi tak tau ler, confirm memang kena cucuk hidungnyer. yang menarik idung mereka dah tentu si power maniac obsessed authoritarian tuh, siapa lagi.....kesian

Unknown said...

Ada yang tertinggal ke? Macam semakin diingati...AWAS jangan sampai meletak di fikiran rakyat..susah nanti PRU13.

Insaflah dan muhasabahlah diri, kita pun bukan bagus sangat...Dunia ini milik Allah, Dia lebih mengetahui.

Bongkak, Ego, Sombong, Takbur...tiada maknanya.

people-power

Anonymous said...

hurmmm..kita puas menyalak jgn undi pkr..tapi pkr dpt merampas kebanyakkan negeri yg kaya di malaysia nie..macamana nie?

Anonymous said...

agak agaknya la, yang dok follow PKR ni masih lagi ignorant agaknyer. Ramai orang besar dah keluar, apa lagi maknanya tuh? tak paham lagi tak tau ler, confirm memang kena cucuk hidungnyer. yang menarik idung mereka dah tentu si power maniac obsessed authoritarian tuh, siapa lagi.....kesian

Biasanya yang keluar parti ni mesti kata yang perjuangan PKR tak relevan lagi lah..DSAI bersikap diktator lah..perjuangan yang keluar dari landasan lah tapi biasalah manusia,bila DSAI sbg TPM dulu mereka2 ni mungkin senang.Selapas DSAI ditangkap dan dipenjara,kesempitan dan kesusahan menjengah mereka dan sebagai manusia,siapa nak hidup susah.Jadi tidak hairanlah mereka keluar parti dan menyokong kerajaan demi kepentingan peribadi mereka.