15 January 2008

‘Bintang baru’ yang sedang menyerlah


Husam Musa, merupakan ‘bintang baru’ yang sedang menyerlah dan digilap bersinar, terutama dalam PAS Kelantan, kubu terkuat parti politik itu. Beliau berjaya melonjak naik dalam masa yang begitu singkat kerana ‘naungan’ yang diberikan MB Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat, yang juga Murshidul Am PAS. Penampilan moden dan dinamisma yang beliau dan rakan rakan seangkatan bawa kedalam PAS, terutama semenjak pemimpin golongan muda PAS ini mengambil peluang penuh dan memodalkan ‘kemarahan rakyat’ dalam sentimen isu pemencatan Anwar Ibrahim dari UMNO dan Kabinet hampir sepuluh tahun dahulu juga dijadikan ‘modal’ untuk ‘melonjakan’ diri mereka naik dalam parti yang secara tradisinya dikuasai para ulama’. Dengan itu, golongan muda dilabel sebagai ‘Young Turks‘.

Satu laman blog, Masterdedah.com kini memapar dan menyenaraikan segala usaha Husam, dengan mengunakan wang dan bajet yang diujudkan dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk terus mengukuhkan kedudukan beliau, dan secara tak langsung boleh jadi tatapan minda kita semua pada hari ini. 

Berikut adalah antara petikan dari artikel tersebut; 

Secara tidak sah menerima sejumlah wang tunai RM 7000 dari Pengarah Urusan CAM Contract Work & Development (M) Sdn. Bhd. Pada akhir tahun 2005 bagi tujuan membolehkan CAM Contract diberikan tempoh lanjutan bagi menyiapkan projek menaiktaraf paip dari tangki air Bukit Hangus & pembinaan tangki air Bukit Peraksi oleh Air Kelantan SDN BHD (AKSB), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Secara tidak sah menerima sumbangan dari syarikat SBJ Development Sdn. Bhd bagi membiayai pembinaan tempat letak kereta rumahnya & pembinaan pagar Tanah Perkuburan Islam dihadapan rumahnya di Kampung Kota sedangkan Syarikat SBJ Development Sdn. Bhd mempunyai kepentingan mendapatkan projek dari Kerajaan Negeri Kelantan. Husam meletakkan orang2 ditempat strategic untuk bantu karier politiknya di Kelantan agar dia mudah untuk mengakses keseluruhan pentadbiran kerajaan negeri termasuk syarikat-syarikat dibawah pentadbiran kerajaan negeri kelantan. Antara yang menjadi BUAH CATUR HUSAM adalah :

a) Mohd Fazli Ab. Samat ( Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK). Penama ini menyalahgunakan wang syarikat untuk projek kambing dan kini digantung perkhidmatan kerana sedang disiasat BPR.


b) Mohd fauzi Abdullah ( Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB). Penama ini juga sedang disiasat BPR kerana menyalahgunakan kewangan syarikat untuk kepentingan parti.

c) Anual Bakri Haron ( Setiausaha Politik Menteri Besar ). Penama ini telah ditampar oleh Cikgu Kadir @ Hamid Musa ( Pegawai Pejabat Pelajaran Negeri ) selepas majlis tahlil di Kg Bunut Payong kerana Annual menuduh Cikgi hamid KAFIR & perlu mengucap semula sebab masuk UMNO.

d) Khir Zahari Abd Ghani ( Pegawai Urusetia Penerangan SUK ). Penama ini ditugaskan meminta duit daripada KPK & AKSB untuk menyewa permit akhbar SIASAH ( kepunyaan Mohd Sayuti Omar – dibayar RM 6000 sebulan ) serta permit Mingguan Wasilah ( kepunyaan Mohd Ramli Abd Halim – dibayar RM 1000 sebulan )

e) Saifuddin Nasution Ismail ( Pengarah Urusan Yayasan Tabung Tok Kenali). Husam telah menggunakan duit Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk membayar penama ini sebanyak RM 8000 sebulan. Wang Tabung Tok Kenali digunakan untuk mengatur program Ceramah PAS seluruh Kelantan.

f) Abd Hamid Abd Aziz ( Pegawai Urusetia Penerangan SUK & Penyelia DUN Tendong). Penama ini menjadi orang tengah untuk mengutip komisyen daripada syarikat-syarikat kroni balak yang diluluskan Husam.

g) Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary ( Sheikh Kickdefella ) sebagai blogger & penulis internet. Penama adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas dibayar RM 6000 sebulan menggunakan wang PMBK. Blogger ini sering memaparkan poster serta foto yang telah diedit untuk mengaibkan Pak Lah sekeluarga.

h) Zulkifli Yaakub ( Pengarah Urusan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Bhd. (APKBB)). Husam mengarahkan Fazli menggunakan duit KPK sebanyak RM 6 Juta untuk dimasukkan kedalam akaun APKBB sebagai modal untuk Projek Kambing Jihad Ternak. Penama ini adalah bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan & bekas ADUN Guchil.

2 comments:

Cik_Awe said...

Mungkinkah seorang hamba Allah yang tinggal di kawasan Pasir Tumbuh dan bernama Harun kalau tak silap saya ada terlibat dengan kegiatan Husam dalam skandal balak di kelantan ini kerana dari maklumat yang saya dapat tahu individu terbabit mendapat 5 juta hasil komisen balak dan telah membeli C200 Kompresor dengan TUNAI. Kalu nak pastikan boleh lah tanya tokey MOFAZ Exoticar di Kota Bharu.

ejarll said...

bole sy dpt kn maklumat terperinci... tq