28 January 2008

Jangan Memperjudikan Keselamatan Awam

Berdasarkan artikel dari HarakahDaily bertarikh 27 January 2008

Perjuangan jalan raya mesti diteruskan!
Azamin Amin

Sun Jan 27, 08 11:58:23 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh)-Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan berpendapat perjuangan jalan raya seperti demonstrasi dan perhimpunan rakyat mesti diteruskan kerana kaedah tersebut sahaja yang boleh menentukan perubahan besar sama ada dalam pilihan raya dan demokrasi negara.

Katanya hanya melalui 'jalan raya', pemerintah akan gentar dan sedar akan kebangkitan rakyat yang semakin jelak dengan segala kepincangan dan penyelewengan yang berlaku selama ini.

Komen;

Bukan ke kita ada Parlimen? Bukan ke kita ada pilihanraya? Kenapa mesti guna jalanraya? Kenapa mesti mencabar undang-undang? Kenapa mesti bertekak dan mengeji pihak polis yang menjalankan tugas? Apakah akan tercapai matlamat saudara-saudara sekalian jika berterusan sebegini?


"Kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup takut dengan demonstrasi dan himpunan rakyat kerana melalui itu rakyat akan tahu kesalahan dan terdedahnya rahsia penyelewengan.

Komen;

Buat “pengetahuan” saudara penulis, kita rakyat Malaysia ada hak mengundi, jadi praktikan sebijak-bijaknya, bukan hanya dengan usaha menghalalkan cara saudara iaitu dengan perjuangan jalanraya . Setahu saya taktik jalanan ini amat berleluasa di sebuah negara jiran kita dan melalui sahabat saya di negara tersebut menyatakan bahawa wujud keadaan di mana peserta-peserta demostrasi jalanan di upah oleh segelintir pihak tertentu untuk hadir ketika itu. Maka tak mustahil, pihak saudara sanggup membayar sesiapa sahaja untuk meraih sambutan terhadap taktik jalanan ini.

Saya pasti majority rakyat Malaysia menolak cara jalanan saudara ini? Dengar cerita semalam depan penjara pudu pun juga demostrasi jalanan, tapi hanya melibatkan tak lebih 5 orang???? Kesian pun ada kepada 5 orang tuh, apa yang dapat? Penat? Tak abis-abis di pergunakan oleh ketua ketua pembangkang yang giler kuasa gamaknye.

Nasib baik semakin ramai yang sedar keadaan yang sebenarnya.

"Sebab itu pelbagai cara dilakukan seperti tidak beri permit, halang himpunan dan buat tangkapan seperti yang berlaku hari ini," katanya.

Komen;

Atas faktor keselamatan, demostrasi jalanan begini tidak boleh dibenarkan, bayangkan lah saudara, jika puak ini berani menentang undang-undang yang mengharamkan mereka berhimpun apatah lagi apabila mereka benar benar berhimpun?

Beliau berkata demikian ketika ditemui dua minggu lalu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur kerana menghadiri prosiding perbicaraan kes melanggar perintah larangan berhimpun di bangunan Parlimen pada 11 Disember tahun lalu.


Turut dituduh dalam insiden itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli;Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh; AJK PAS, Dr Lo' Lo' Ghazali dan Pengerusi protem Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim.

Masing-masing telah dikenakan ikat jamin sejumlah RM1,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan bagi pendakwaan tersebut pada 23 sehingga 27 Jun depan.

Walaupun ditangkap pada hari kejadian, Arutchelvan akhirnya digugurkan daripada sebarang pendakwaan kerana dipercayai tiada sebarang bukti yang boleh menyabitkan beliau malah perhimpunan yang didakwa itu tidak 'wujud' tetapi yang ada hanyalah serahan memorandum Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada parlimen

Arutchelvan menjelaskan kerajaan BN sentiasa 'mencabar' rakyat untuk meluahkan rasa tidak puas hati di dalam pilihan raya dan bukannya di atas jalan raya malah Bersih digesa menjadi parti politik untuk bertanding kerana melalui pilihan raya mereka boleh melakukan pelbagai tipu muslihat sehingga mereka berjaya mencapai kemenangan.

Komen;

Kenapa lah menulis macam orang yang duduk bawah tempurung, kalau Kerajaan sekarang ni penuh dengan tipu muslihat, bagaimana PAS masih berkuasa di Kelantan? Sedangkan pegawai SPR bersilih-ganti? Bukankah sistem pilihanraya di Malaysia masih lagi berfungsi dengan baik? Kenapa masih berdegil dengan taktik jalanan nih?

"Apabila menang, mereka kata rakyat pilih sedangkan mereka melakukan penipuan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya, media dan jentera kerajaan.

"Maka untuk melakukan satu perubahan yang besar kita mesti teruskan perjuangan rakyat melalui jalan raya seperti yang berlaku di Indonesia, Filipina, Thailand dan Myammar," katanya yang dipetik daripada akhbar Harakah keluaran terbaru.


Komen;

Elokler tuh, ikut sangat nasihat orang-orang sosialis nih

Katanya walaupun dengan pelbagai sekatan dilakukan melalui pihak berkuasa, ugutan dan amaran daripada kerajaan, namun rakyat tetap melahirkan rasa tidak puas hati di jalan raya kerana sudah tidak percaya lagi dengan kewibawaan dan kredibiliti kerajaan membela nasib mereka yang semakin terhimpit kini dan jelak dengan salah laku pemimpin BN yang memuncak.

"Pilihan raya kali ini kita harap rakyat sanggup menolak pemimpin BN demi kesejahteraan negara dan rakyat jelata di samping meluahkan bantahan melalui jalan raya dan kita akan berhimpun sekali lagi pada 23 Februari depan," katanya.

Semalam, Arutchelvan telah ditangkap beserta 57 yang lain kerana didakwa menghadiri satu perhimpunan aman anjuran Protes yang bakal diadakan bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang dekat sini.

Sehingga berita ini ditulis, hanya Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan 10 individu lain telah dibebaskan jam 1 pagi tadi dari Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), manakala 47 yang lain termasuk Arutchelvan masih lagi dalam tahanan. - Az/mks.

No comments: