07 January 2008

Nalla to Anwar: 'What've you done for Indians?'

Petikan dari siaran berita NDTV (New Delhi Television)




Anwar cuba memenangi hati masyarakat India di Malaysia &  di India sendiri dengan memberikan kenyataan diatas. Tetapi, Datuk KS Nallakarupan yang merupakan sahabat rapat beliau semasa di PKR telah membuat kenyataan yang agak memeranjatkan kepada "pejuang masyarakat India di Malaysia" ini di malaysiakini.com . Berikut adalah terjemahan dari artikel tersebut;

"Saya dapati ianya menghairankan bagi Anwar mendakwa bahawa kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk membantu masyarakat India.

"Lebih menghairankan lagi ialah dakwaan beliau bahawa partinya akan memastikan masyarakat India tidak dipinggirkan jika beliau memegang kuasa,"

"saya tahu benar bahawa beliau hanya berbohong kepada masyarakat India sekarang, semata-mata untuk mendapatkan undi mereka sahaja".

"Saya berharap beliau akan berhenti dengan segera permainan politiknya untuk menipu masyarakat India.

"Dan kepada masyarakat India, saya berharap mereka akan menyedari bahawa Anwar - yang tidak berbuat apa-apa untuk mereka ketika beliau (Anwar) sepatutnya berbuat demikian - tidak akan berbuat apa-apa untuk mereka sekarang."

Petikan kata-kata diatas bukan datang daripada Presiden MIC, DS Samy Vellu. Ia juga bukan datang daripada mana-mana pemimpin kerajaan mahu pun Barisan Nasional.

Sebaliknya ia diungkapkan oleh Datuk Nallakarupan, seorang sahabat setia Anwar selama lebih sepuluh tahun sejak menjadi orang kuat Magnum Corp pada tahun 90-an. Rakan sepermainan tenis Anwar yang kemudiannya menyertai PKR apabila Anwar dibebaskan dari penjara.

Sebagai seorang sahabat baik Anwar, Nalla boleh mendapat keuntungan jika mendedahkan peribadi Anwar sepuluh tahun lalu. Namun beliau memilih untuk setia bersama Anwar sehinggalah apabila Anwar mengkhianati beliau di Ijok tahun lalu.

Justeru sebagai seorang berbangsa India dan bersahabat baik dengan Anwar ketika senang dan susah, tentulah sudah terang lagi bersuluh mengenai sikap Anwar terhadap kaum India.



2 comments:

myownschooloftought said...

Beria ia bagi sokongan, sanggup membelakangi negara dan bangsa sendiri plak tuh

spongegoat said...

DSAI DGN TAKTIKNYA YG SUKA MEMPERBODOH-BODOHKAN ORANG....

mula2 masa kena pecat dr kerajaan BN dan UMNO pasal kes liwat dan rasuahnya, dia cuba nak memperbodohkan org melayu. akhirnya org melayu tak tertipu dgn dia melainkan segelintir yg ada kepentingan dgn dia.

tgk tak leh blah, dia cuba nak memperbodohkan-bodohkan org cina lak dgn isu DEB dan hak istimewa bumiputra, tp tak blh gak...

sudahnya skrg ni dia nak perbodoh-bodohkan org india lak dgn mcm2 janji yg dia sendiri tahu x mampu nak buat..

lepas ni dgn kaum-kaum minoriti lak sasaran dia...

DSAI ni ada ciri-ciri ORG MUNAFIK! antaranya;
1. Bila berkawan dia khianat. mcm dia buat kt kwn rapat dia si nalla.
2. Bila berjanji, dia dusta. mcm dia janji pada si nalla nak jadikan calon masa p/raya kecil ijok, tp lantik khalid ibrahim.