15 July 2008

Signifikasi PAS dalam Pakatan Rakyat

PAS telah menimbulkan persoalan sejauhmana signifikasi perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PAS hanya dominan di Kelantan & Kedah sahaja. Pulau Pinang didominasi DAP, Selangor oleh PKR dan DAP, begitu juga di Perak, walaupun Menteri Besarnya daripada PAS, tetapi majoritinya DAP.

Lebih lebih lagi di Selangor, polisi-polisi di negeri itu lebih digarap mengikut acuan pemikiran PKR dan DAP. Polisi-polisi yang berkaitan dengan Islam adalah tidak jelas walaupun Dato` DR Hasan Ali adalah merupakan Exco Negeri bagi Hal Ehwal Islam. PAS di Selangor seolah-olah tidak lebih dari sekadar menurut apa yang dicanangkan oleh "rakan" Pakatan Rakyat mereka.

Ustaz Hadi Awang juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa “tiada ketua dalam Gagasan Pakatan Rakyat” dikeluaran Harakah 10 Julai 2008. Ini dilihat sebagai luahan isi hati pihak tertinggi PAS kerana telah diterbitkan oleh suara rasmi parti PAS itu sendiri.

Jika dihalusi hasil tulisan Zulkiflee Bakar di dalam Mingguan Malaysia pada 13 Julai 2008, memang ternyata banyak kebenaran yang PAS patut terima.

“Sama ada hendak diakui atau tidak, PAS adalah sebuah parti yang besar dan selama ini berdiri dengan kekuatan serta kemampuan sendiri. Sejarah telah membuktikan bagaimana PAS telah berjaya menawan Kelantan dengan cemerlang dan suatu ketika menawan terengganu. PAS berjaya menguasai Kedah dengan mendapat 16 kerusi. Oleh itu, walaupun PAS tidak berada dalam Pakatan Rakyat, PAS akan mampu berdiri dengan sendiri dan sekaligus tidak akan mengelirukan rakyat dengan matlamat perjuangannya. Kalaulah benar PAS hendak memperjuangkan Islam, mereka tidak boleh selama-lamanya berada dalam Pakatan Rakyat. DAP sudah pasti tidak akan membenarkannya manakala PKR pula tentu akan menentang. Dalam membuat apa juga keputusan politiknya, PAS seharusnya meletakkan kepentingan Islam dan orang Melayu sebagai keutamaannya”.

Sedar atau pun tidak, pada masa yang sama DSAI masih terus dibelenggu dengan isu-isu yang lebih bersifat peribadi atau self centered. Penyokong-penyokong fanatik beliau terus mempertahankan segala tindakan beliau walaupun pada dilihat tidak lebih kepada kepentingan sebelah pihak sahaja.

Yang terkini, DSAI enggan bertemu dengan pihak polis untuk diambil keterangannya berkaitan dengan pertuduhan liwat yang difail oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tindakan beliau ini boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan keatasnya. Apakah yang cuba beliau buktikan dengan keengganan beliau ini? Adakah beliau takut untuk disoalsiasat? Bukankah sebelum ini beliau dengan angkuhnya mengatakan beliau mempunya alibi dan bukti yang kukuh untuk mempertahankan dirinya dari pertuduhan itu? Adakah beliau sengaja ingin ditangkap semata-mata untuk meraih simpati rakyat marhaen?

DAP juga tidak kurang hebatnya di Pulau Pinang. Ucapan pertama Lim Guan Eng setelah berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang bahawa beliau akan mencontohi semangat dan falsafah tindakan Umar Abdul Aziz, mungkin akan menarik minat PAS dalam memperkuatkan hubungan dalam Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang telah beliau lakukan selaras dengan polisi Khalifah yang ternama dalam sejarah Islam itu? Atau itu hanya sekadar gimik untuk menarik minat orang Islam terutapa Parti PAS itu sendiri?

Cuba kita lihat isu Lim Guan Eng ini dengan kisah Lee Kuan Yew suatu masa dahulu. Lee Kuan Yew bukan sekadar bercakap melayu, tetapi menguasainya dan menguasai tulisan jawi. Dia banyak menyuarakan isu melayu. Kerana itu, dia dilantik sebagai peguam Utusan Melayu dan hampir setiap petang di Pejabat Utusan Melayu di Singapura. Ramai orang melayu singapura masa itu merasakan Lee Kuan Yew seolah-olah nasionalis melayu, mengalahkan orang melayu sendiri. Apabila Lee Kuan Yew sesudah berkuasa dan Singapura menjadi sebahagian dari Malaysia mengambil Yusuf Ishaak sebagai Yang DiPertua Negara Singapura yang pertama. Selepas berpisah dari Malaysia, Yusuf Ishak menjadi Presiden Singapura yang Pertama. Tetapi Selepas Lee Kuan Yew berkuasa, beliau lama kelamaan tidak lagi kelihatan seperti Lee Kuan Yew yang dirasakan oleh orang Melayu sebelumya.

Apakah ini yang PAS mahukan?

3 comments:

Anonymous said...

pas??? dorang agk bagus dalam agama tapi jahil dalam percaturan dunia.tidak baik juga untuk agama.kena kencingje..kecian.aku terasa sakit ati jg wlaupun aku ahli umno coz pas didokong oleh orang islam berlatarkn agama!!! aku tetap besama islam!!!

Anonymous said...

malaysia for islam!!islam for malaysia!!malaysia also for malay!! without malay,chinese,indian cannot leave in peace in MALAYSIA!!!!

Pro Umno said...

BN ada kelebihan di 2 bukit 1 batang. sila layari http://proumno.blogspot.com/