Sekali lagi, Penasihat PKR dan juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggunakan taktik biasanya sebagai gula-gula bagi menarik perhatian pengundi di tiga kawasan berbeza yang akan berlangsung serentak esok.
Berkaitan dengan hal ini, Anwar mendakwa ada menyimpan rahsia besar yang hanya akan dimaklumkan kepada masyarakat selepas memenangi tiga pilihan raya kecil iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Sememangnya ini bukanlah perkara baru yang dilafazkan oleh Anwar bagi menarik perhatian pengundi. Helah dan muslihat Anwar Ibrahim tidak habis-habis malah terus-terusan menunding jari menyalahkan orang lain dalam pelbagai aspek termasuklah mengatakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendalangi aib yang menimpa PKR sedang rakyat sendiri tahu menilainya.
Sebelum ini Anwar mendakwa pernah mendakwa bahawa UMNO cuba merasuah wakil rakyat di negeri dikuasai pakatan pembangkang untuk memujuk mereka menyertai BN.
Katanya, ejen-ejen pemimpin UMNO juga menggunakan kaedah tidak beretika lain termasuk mengugut untuk membuat wakil rakyat pakatan tersebut supaya meninggalkan parti masing-masing dalam usaha mahu menjatuhkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.
Sememangnya, inilah helah yang dilakukan oleh Anwar untuk terus meraih populariti di samping menutup aib yang menimpa ahli-ahlinya.
Dalam hal ini, semua sedia maklum bahawa ini bukanlah kali pertama Anwar bertindak demikian malah sejak sepuluh tahun lalu lagi, semua kejadian atau ‘takdir’ yang menimpanya akan dikaitkan dengan konspirasi UMNO dan BN.
Buatlah apa sahaja walaupun selalunya memang terkena batang hidung sendiri tetapi Anwar tetap begitu, keangkuhannya terserlah dalam setiap kata-kata yang enggan mengakui kesilapan sendiri.
Ini termasuklah ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat lalu, Anwar mendakwa beliau mempunyai bukti-bukti yang menyokong dakwaannya.
Anwar turut memberitahu pemberita di luar dewan kononnya beliau mempunyai rakaman TV litar tertutup bagi membuktikan ejen-ejen UMNO menawarkan rasuah dan akan mengemukakan bukti berkenaan apabila tiba masanya.
Namun sehingga ke hari ini ia tidak didedahkan dan dibiar berlalu begitu sahaja.
Nampaknya sandiwara Anwar terus berlangsung dari satu babak ke satu babak ibarat sinetron bersiri yang entah bila akan tamat.
Dakwaan sedemikian bukan kali pertama dan Anwar akan tetap dengan mainan retoriknya sebagai tarikan apabila mohon publisiti murahan bukan sahaja dari pihak media tetapi juga dari masyarakat awam.
Anwar pernah mendakwa menyimpan enam buah kotak hitam yng turut membuktikan keterlibatan pemimpin BN dan UMNO dalam politik wang dan kesalahan-kesalahan lain.
Namun, sehingga kini cerita kotak hitam tersebut lenyap begitu sahaja dan tambah malang lagi apabila bekas pegawai peribadinya, Ezam menafikan adanya kotak-kotak hitam tersebut.
Sesungguhnya, benarlah Anwar tetap Anwar yang tidak pernah berubah atau sedar dengan setiap kesilapannya malah tingkahnya semakin hari semakin menjadi walaupun telah nyata rakan sekutunya dalam pakatan campuran iaitu Pengerusi DAP, Karpal Singh turut mendakwa Anwar wajar bertaubat atas kekecohan politik yang berlaku.
Jika Karpal yang berada dalam barisan Anwar sendiri mengakui bahawa Anwar yang mula memperkenalkan lompat parti dan mempopularkannya hinggakan akhirnya menjerat puak pakatan campuran sendiri tetapi mengapa Anwar mahu menafikan.
Justeru, katanya Anwar tidak layak menjadi ketua dalam pakatan campuran tersebut.
Sehubungan itu, Karpal Singh menggesa agar Anwar berhenti sahaja daripada memimpin ikatan pembangkang.
Karpal juga turut mendedahkan bahawa anggota PKR dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat untuk melompat parti.
Pendedahan tersebut merupakan kenyataan pertama seumpama itu sejak pakatan campuran ditubuhkan April lalu selepas pilihan raya umum ke-12 dengan dianggotai DAP, PAS dan PKR.
Sememangnya sejak pembentukan parti campuran ini, Anwar telah beberapa kali mengumumkan sasaran membentuk kerajaan persekutuan yang baru malah turut menetapkan tarikh iaitu 16 September.
Namun, sasaran tidak mengena sebaliknya busur yang di panah terkena badan sendiri. Lantas apalagi yang boleh dipercayai apabila ‘orang kuat’ sendiri sudah buat pendedahan...?
Apa lagi yang Anwar mahu buktikan kerana sesungguhnya semakin banyak dia bersuara secara tidak langsung akan semakin banyaklah aibnya akan terbongkar. Bangkai gajah takkan boleh disorokkan.
Sifat iri hati Anwar pada BN dan UMNO memang nyata malah dendam kesumatnya tidak pernah hilang. Anwar memang teringin ‘join’ BN dan UMNO tetapi jika tidak berhasil maka dia akan cuba pula untuk musnahkan BN dan UMNO....
Inilah sumpah Anwar....
Anwar gagal muhasabah diri dan menerima kelemahannya atas apa yang telah menimpa satu demi satu wakil rakyat PKR, atau mungkinkah semua yang berlaku adalah akibat ‘sumpah laknat’ Saiful kerana penganiayaan Anwar terhadapnya...
Nilailah sendiri rentetan politik Anwar dari dahulu hinggalah ke hari ini.
06 April 2009
Anwar Ibrahim dengan gimiknya ( bila nak habis? )
at 10:37 AM Posted by localhost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bila la nak habis, kan
Ramai sebenarnya dah mua dengan gimik beliau yg tak habis-habis
Post a Comment