16 April 2009

Khir Toyo Masih Rindukan Zaman Pemuda?

Sebagai bekas Menteri Besar (MB), adakah kenyataaan sebagaimana yang terpapar dalam akhbar ‘cakna’ itu wajar dikeluarkannya?

Permintaan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo kepada Pemuda UMNO agar bersuara lantang dan berani kepada kerajaan dengan mempertahankan kementerian MeCD yang telah dimansuhkan oleh PM dianggap tidak kena pada tempatnya.

Alasan beliau, sekiranya Pemuda gagal mempertahankan MeCD, bermakna mereka juga gagal menyediakan peluang pekerjaan dan peluang keusahawanan kepada golongan muda.

Ketika beliau di dalam barisan exco Pemuda pada satu ketika dahulu, apakah sumbangan beliau di dalam pergerakan itu khususnya biro agama yang dipengerusikannya itu?

Adakah calon Ketua Pemuda UMNO yang kalah itu lebih ‘Melayu’ dari orang Melayu yang lain?

Adakah wajar beliau berfikiran sebegitu, kerana adakah hanya MeCD sahaja yang membela kaum bumiputera dan golongan muda sebelum ini?

Bagaimana pula dengan kementerian-kementerian yang lain?

Jangan disebabkan masalah ‘lama’ dengan kepimpinan Pemuda sekarang, beliau membuat kenyataan yang bermacam-macam. Biarkanlah kepimpinan yang baru dipilih 304 perwakilan itu menjalankan tugas dengan sebaiknya, bagilah beliau peluang.

Ketika mengumumkan barisan kabinetnya minggu lalu, PM Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran kementerian itu, tetapi tidak agensi-agensi yang terdapat di bawahnya.

Berikut fungsi-fungsi dan agensi-agensi MECD yang diserapkan sebagaimana yang telah diumumkan oleh PM semalam:

1. Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

2. Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

3. Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

4. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ke Jabatan Perdana Menteri.

5. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) ke Kementerian Kerja Raya.

6. Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

7. Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

8. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia Japan University (MAJU) ke Kementerian Pengajian Tinggi.

9. Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Cuba duk perati, kementerian-kementerian yang disenaraikan tu, siapakah menteri-menterinya? Ojo riso lak wak.. kerajaan tetap jaga dasar afirmatifnya.

Seharusnya kini, Khir Toyo lebih menumpukan usaha dan merancang strategi bagaimana untuk merampas kembali Selangor yang jatuh ketika zaman pemerintahannya dari tangan pakatan pembangkang.

Begitu juga, beliau perlu beri tumpuan membersihkan dirinya daripada tuduhan-tuduhan Khalid Ibrahim itu…

2 comments:

Anonymous said...

Kabarnya ini adalah atas nasihat dan desakan Omar Ong, Ethos Consulting anak Cina menyamar Melayu yang nak bawak Malaysian Malaysia. Dia budak tingkat 4.

Berhati2 Dato Najib! Selamatkan MeCD.

Melayu

sahabat gunung said...

Apalah masalahnya dengan kenyataan Khir Toyo tu. Adakah dengan mengeluarkan kenyataan yang agak bertentangan sikit tanda kita tak sokong kepimpinan sedia ada.

Apa yang KT buat adalah sebagai membantu menambah baik Pemuda.